CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15014|Reply: 141

Jom kongsi kenangan zaman sekolah dan kanak-kanak

[Copy link]
Post time 2-2-2017 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Zaman sekolah dan kanak-kanak pasti akan tercatat seribu satu macam jenis suka duka dan kenangan yang tidak mungkin akan berulang.

Setiap peristiwa yang berlaku pasti akan disimpan kemas untuk menjadi kenangan yang bakal diceritakan kepada anak-anak dan sudah pastinya akan menjadi topik utama bila berkumpul dengan kawan-kawan zaman persekolahan.

Aku akan kongsikan pelbagai kenangan zaman kanak-kanak dan ketika alam persekolahan.

Biarlah aku mulakan dengan kisah sewaktu aku bersekolah menengah.

Semasa bersekolah, aku aktif bersukan. Aku mewakili sekolah untuk acara hoki dan badminton.

Dikampung pula, aku mewakili kampung dan daerah untuk acara bola sepak wanita. Pasukan kami pernah terpilih untuk mewakili pasukan Balai Polis sebuah daerah di tempat aku. Pasukan kami agak terkenal di daerah tersebut kerana kerap menjuarai setiap pertandingan bola sepak yang dianjurkan.

Pengurus pasukan kami tidak lain dan tidak bukan adalah emak dan abah aku sendiri..hehe
Setiap yuran penyertaan, mak juga yang akan membayar dan setiap piala yang kami menangi akan disimpan oleh emak.
Jadi tidak hairanlah jika rumah aku terdapat pelbagai bentuk dan saiz piala kejohanan.
Medal pun bergantungan dengan kemas dan elok didinding.


Kampung aku sendiri kerap mengadakan perlawanan bola sepak. Setiap hari ahad, maka kampung aku akan dibanjiri oleh penduduk2 dari sekitar daerah.
Malah ada pasukan luar dari daerah tersebut yang menyertai pertandingan. Sebenarnya, selain daripada bersukan, ini juga bakal mendatangkan rezeki kepada penduduk kampung yang ingin berniaga. Biasanya menu yang dijual adalah tauhu goreng kuah kicap. Rojak buah. Telur rebus. Pelbagai jenis air. tak dilupa, kacang kuda dan jagung rebus serta kacang tanah goreng bubuh sedikit garam. Nyummyyy...
Awal tahun 90'an, dikampung masa tu mana ada macam-macam makanan.

Tak seperti sekarang, macam-macam ada...burger, apam balik, mee goreng, kuay tiaw goreng, nasi lemak....huurrmmm

Memandangkan abah orang kuat BN, maka senang untuk abah memohon sumbangan piala daripada pelbagai pihak.

Setiap tahun semasa kawasan kami dibawah pimpinan arwah Datuk Patinggi Hj. Adenan bin Satem, pasti ada sumbangan piala daripada beliau. Sehinggakan pernah dianjurkan pertandingan bola sepak Piala Adenan Satem lelaki dan wanita.

Sudah pastinya piala wanita dimenangi oleh pasukan kami. memandangkan aku ni panjang kaki dah tentulah aku bermain sebagai 'wing' dan sekali sekala sebagai midfielder.

Mak aku?? Dia lah defender aka last man...kikikik

Bila aku merantau bertugas ditempat lain, aku tidak berpeluang untuk berlari mengejar bola di tengah padang. Namun delegasi itu disambung oleh adik beradik dan sepupu2 aku.

So, aku ni peminat bola yang bukan kaki bangku tau...aku pun reti main bola...

Sat lagi aku share kisah lucu semasa aku mewakili sekolah untuk pasukan hoki...heheh









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cter mistik xda update kah tt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2017 03:45 PM | Show all posts
Ketika disekolah menengah aku mewakili sekolah untuk sukan hoki.

Seminggu 3 kali kami akan berlatih dan pada setiap hari rabu kami akan dibawa berlatih ke Stadium Hoki Negeri Sarawak yang terletak di Petra Jaya untuk menjalani latihan bersama-sama dengan jurulatih SUKMA pasukan Hoki Wanita Sarawak.

Masa tu memang berasa bangga sebab berjaya mencatatkan sebuah kejayaan didalam sijil persekolahan.

Semasa memasuki pertandingan di peringkat sekolah, pasukan kami berjaya merangkul naib juara, dibelakang pasukan yang rata-ratanya terdiri daripada wakil Sukma. Dan secara automatik layak untuk mewakili daerah untuk pertandingan peringkat daerah.

Semasa diperingkat daerah, pasukan kami menduduki tempat ke-3. Alhamdullilah..boleh la dibanggakan. Tapi yang paling bangga apabila aku dan seorang lagi rakan sepasukan terpilih untuk memasuki pasukan sukma setelah kerap kali menjalani latihan bersama jurulatih Su

Tetapi sayang.... abah aku tak benarkan memandangkan aku bakal menduduki peperiksaan SPM. Maka aku terpaksa lepaskan peluang tersebut.

Yang aku nak ceritakan sebenarnya adalah kisah kenakalan remaja yang berumur 16/17 tahun.

Peluang untuk menaiki bas untuk ke Stadium Hoki adalah yang paling dinanti-nantikan. Sebagai pelajar yang duduk di asrama, itulah peluang yang tidak akan dilepaskan.

Seperti biasa pada hari Rabu, pukul 1.30 petan kami akan berkumpul di padang hoki sebelum menaiki bas ke Stadium Kuching. Perjalanan yang mengambuil masa hampir sejam dari sekolah ke stadium bakal menyajikan pemandangan yang mengujakan. Bukan senang tau nak jalan-jalan ke Kuching..hehehe..

Dalam pasukan hoki tersebut, kebanyakkan adalah kawan-kawan kamceng..jadi tempat duduk dah tentulah dekat-dekat.

Aku dan 4 orang rakan memang dah chop tempat duduk kerusi panjang dibahagian paling belakang. Nak tau sebabnya??

Sebab kawan-kawan aku ni suka menyakat pemuda-pemuda yang menaiki motosikal disepanjang perjalanan. Asal berselisih dengan motosikal yang dipandu oleh lelaki muda jer, dorang lambai-lambai tangan.

Aku jarang nak join aktiviti lambai melambai ni...tapi aku layankan ajer kawan-kawan aku tu.

Apabila kami menghampiri Pekan Bt. 7, kawan-kawan aku ni mula menyakat seorang penunggang motosikal yang memakai helmet fullface..setiap kali dorang melambai pemuda tersebut, dorang gelak-gelak.

Sesekali pemuda tersebut memicit-micit lengan mungkin sebab lenguh menunggang motosikal.
Dikala itu juga la kawan-kawan aku kata pemuda tersebut nak tunjuk muscle.

Tiba di satu tempat, motosikal tersebut semakin menghampiri. Ketika berhenti di salah satu trafik light, salah seorang rakan aku membuka tingkap bas dan berkata 'Hai'...

Pemuda itu berpaling dan membuka cover depan helmet......

OPOCOT!!!!!

pemuda tersebut adalah cikgu pendidikan jasmani kelas aku merangkap cikgu pendidikan moral kawan aku yang say 'Hi' tadi..mampussssss!!!!

Lagi sadis sebab keesokkannya, kelas pendidikan moral kawan aku tu adalah slot ke-2...hambik korang...

makan tak lenyang, tidur tak lena, mandi tak basah dorang malam tu memikirkan apa bala yang bakal menimpa esok pagi...hahahaha

Dan seperti yang dijangkakan.... habis jer waktu sekolah, aku jadi penyiasat..

"Weyh...apa jadi masa kelas Moral korang tadi?" tanya ku..

"Apa lagi...cikgu tu perli kami la" kata kawanku.

Sengaja cikgu tu buka topik bersopan santun. Pastu dia cakap, dia ada kenal beberapa pelajar ni...dalam kelas, baik, elok jer perangai... bila diluar kelas, ada peluang jer terus perangai mengalahkan monyet. Tak reti duduk diam dalam bas. Hi orang sana, hi orang sini.

Macamana cikgu tau? Sebab cikgu sendiri pernah kena..baru je semalam...

hahahahaha....walaupun cikgu tu tak sebut nama pelajar yang terlibat, tapi biasalah...sapa makan cili mesti terasa pedas kan??

Lagi tak syok sebab cikgu tu tinggal serumah dengan cikgu yang melatih kami sukan hoki...hadoooiiii... malu weyyhhh....asyik kena perli jer..






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2017 03:50 PM | Show all posts
mrizumi replied at 2-2-2017 04:07 PM
Cter mistik xda update kah tt?

sorry darling... yang mistik2 tu ada beberapa tgh taip..nnt dah siap aku tepek kat benang mistik..


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 03:54 PM | Show all posts
masa sekolah rendah boleh tahan lasak la..
main netball dengan hoki..
ada sekali tu tengah lawan hoki, mangkuk ayun ni hayun kayu hoki macam nak pukul bola golf..
kelepuk kena kepala aku..
berpinar nampak bulan bintang jugak la..
aku diam-diam je tak bagi tau mak ayah..
tapi spoil bila ada pulak anak staff ayah aku bagitau bapak dia..
bapak dia bagitau mak aku..
terus tak boleh main hoki dah

petang-petang mak ayah hantar ngaji kat rumah staff ayah..
aku mesti nak dulu pasal nanti nak layan moero attack..
kalau tak layan moero attack, pusing la keliling rumah main..
habis pokok bunga orang kena petik buat main masak-masak..
kalau malas gi ngaji, pakat dengan geng kata ada sekolah petang..
pastu lepak kat sekolah main guling-guling tepi bukit..
tak pun merayap masuk kem ikut anak sojar..

sekolah menengah masuk asrama..
aktif juga pasal student tak ramai..
segala ada apa aktiviti sukan masuk je..
yang paling tak lupa, masuk lari 4x4..
orang pecut time nak sampai..
tapi aku belasah pecut dari awal dapat baton..
mampus nak pancit time hujung-hujung..
tapi control macho punya pasal aku gagahkan jugak..
berbaloi dapat pingat emas walaupun separuh pitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2017 04:20 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-2-2017 04:54 PM
masa sekolah rendah boleh tahan lasak la..
main netball dengan hoki..
ada sekali tu tengah lawan h ...

hahaha...seronok bila ingat balikkan?

tapi ada gak yang x der kenangan kanak2 yang mencabar..

macam aku mmg lasak la..mandi kat sungai mesti nak panjat pokok..lepas tu terjun dari dahan tu buat aksi terjun junam...smpi pernah mendarat kat belakang buaya..huhuhu

aku confirm tu mmg buaya sebab masa tu mandi kat muara sungai kat kampung nenek aku...
sungai tu bersebelahan dengan sungai samarahan yang ada buaya..

kami main kejar2 sesambil jadi tarzan la kekonon..

terjun punya terjun landing kat permukaan yang bergeriji...keras plak tu...
sedangkan sebelum2 tu dah beberapa kali terjun, x der plak benda tu kat situ..
mmg tak tunggu lama...
terus cabut balik rumah dan tutup mulut kemas2 takut nnt kena marah dgn nenek..

nasib baik x dinganganya mulut...huhuhu




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2017 04:24 PM | Show all posts
klu hujung minggu atau cuti sekolah, aku rajin memanjat pokok ara untuk lastik burung..
selalu dapat burung punai...daging burung ni sedap mcm burung puyuh..
mak aku selalu goreng garing jer..

biji lastik biasanya aku guna batu ang aku kutip kat tengah2 jalan...sebab sebelum jalan tu ditar, jalan kat kampung tu penuh dengan batu..kekadang aku pilih yang cantik2 untuk main batu seremban.

Kalau tiba masa rajin, aku korek tanah liat tepi sungai...lepas tu uli bulat2 dan bakar...untuk lastik burung.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2017 04:28 PM | Show all posts
memandangkan aku duduk di asrama, setiap hari jumaat aku akan bawa balik kelambu.
kekonon nak basuh...walhal sebenarnya aku nak jadikan sebagai jaring untuk menangkap ikan seluang dan pipi merah yang banyak dlaam sungai...

Aku pernah ada sepasang cermin (google) dan senapang ikan yang aku buat sendiri menggunakan besi rangka payung. Ni semua aku belajar daripada abang2 sepupu aku. Menyelam udang dan ikan dalam sungai tu seronok dan mencabar. Tapi, kadang2 terserempak dengan ular..

Buaya??? Tak pernah terfikir pasal kewujudan buaya dalam sungai kampung aku yang sejernih dan sesejuk air kat Sungai Congkak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertelan chewing gum masa perhimpunan sekolah nasib baik masih hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 09:33 AM | Show all posts
Potong buluh ramai2 then buat tabung syiling
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 09:34 AM | Show all posts
Naik sampan dengan budak pulau..then balik rumah kena marah teruk dengan mak. Kalau la sampan tu terbalik..dahla tak pandai berenang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 09:36 AM | Show all posts
Loginlogoff replied at 3-2-2017 12:59 AM
Tertelan chewing gum masa perhimpunan sekolah nasib baik masih hidup

camner leh tertelan chewing gum tu nok??
aku plak curi2 makan gula2 masa perhimpunan..
sekali nyanyi lagu negaraku, terus tertelan..sib baik x tercekik..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 09:51 AM | Show all posts
Aku ni mmg jaguh memanjat pokok kat kampung. Dari setinggi pokok jambu batu kepada setinggi2 pokok durian pun aku panjat.

Tak kira lagi pokok kedondong yang ada kerengga merah...
tp sebelum aku panjat tu, aku siap2 lumur pokok tu dengan minyak tanah...
lepas tu panjat macam biasa...



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Main tengteng kenqngqn paling best
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Main rebut tiang plg best..smp jatoh guling2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 11:37 AM | Show all posts
pyaarAmor replied at 3-2-2017 11:32 AM
Main rebut tiang plg best..smp jatoh guling2

main zero point!
Bangga weyh kalau dapat lompat yg paling tinggi...
ala2 atlet lompat tinggi gitu....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2017 11:42 AM | Show all posts
bangga betul kalau dapat buat lompatanyang tertinggi..haha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 11:43 AM | Show all posts
main segi tiga.... fobia weyh klu ada member pakai selipar bata tat sing tu...
boleh naik birat belakang badan kena smashed dengan selipar bata tu...uhuhu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 12:07 PM | Show all posts
mandi sambil main kejar-kejar sambil berenang dalam sungai.

pernah member kena follow dgn ular air sbb dia ingat rambut member yang panjang mengerbang sbb belum basah sepenuhnya terapung mcm rumpai air...
kelam kabut member berenang...
yang kelakarnya sebab ular tu pun terkejut sama bila dengar member menjerit..
kelam kabut ular tu lari..

ular air ni, yang jenis terapung atas air..badan dia tak tenggelan..badan kurus keding jer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk longkang besar..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.148247 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list