CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2941|Reply: 1

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN LALUAN KE PERSIARAN BARAT DARI ARAH KL DAN SEBAHAGIAN JA

[Copy link]
Post time 5-2-2017 10:46 AM | Show all posts |Read mode
KENYATAAN AKHBAR
PEMBERITAHUAN PENUTUPAN LALUAN KE PERSIARAN BARAT DARI ARAH KL DAN SEBAHAGIAN JALAN UTARA.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan melakukan penutupan sementara laluan ke Persiaran Barat dari arah Kuala Lumpur dan sebahagian Jalan Utara mulai 15 Februari 2017 sehingga 14 Mac 2017.
Tujuan penutupan sementara ini dibuat bagi melaksanakan Kajian Keselamatan Pengguna Jalan raya Persiaran barat seperti yang di syorkan oleh Perunding Keselamatan Jalan raya yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Pembahagian jalan akan di letak di Jalan Timur (bersebelahan Amcorp Mall) dari jejambat Jalan Timur ke pepulauan bangunan TNB.
Pengguna jalanraya yang ingin menuju ke Bangunan Amcorp Mall dan sehaluan dengannya boleh meneruskan perjalanan di Lebuh raya Persekutuan naik ke jejambat berhampiran PJ Hilton dan membuat pusingan di jejantas menuju ke Lebuh raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur dan naik semula di jejambat Jalan Timur dan menuju ke bangunan Amcorp Mall dengan selamat.
Bersama-sama inin disertakan peta cadangan laluan dan peta penutupan laluan. Sepanjang penutupan laluan ini, pengguna jalanraya dinasihatkan agar mematuhi tanda arah serta arahan daripada petugas trafik yang bertugas bagi menjamin kelancaran lalu lintas.
Mohon kerjasama pihak media massa untuk menghebohkan penutupan jalan ini kepada pengetahuan orang ramai.
Dikeluarkan oleh:
Sekretariat Media
Unit Komunikasi Korporat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Laman web: www.mbpj.gov.my, facebook: Majlis Bandaraya Petaling Jaya, twitter: pjcitycouncil, emel: media@mbpj.gov.my Tel : 03-79563544 sambungan 203/208, Faks : 03-79582695. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


SALAM,NAK TANYA WARGA PETALING JAYA...ADAKAH MENGGANGGU PERJALANAN SAYA DARI SHAH ALAM KE TEMPAT SAYA BEKERJA DI JABATAN KIMIA JALAN SULTAN?KALAU MENGGANGGU,APE JALAN ALTERNATIF SAYA UNTUK KE TEMPAT KERJA?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok Tq for the info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049558 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list