Sebelum ini, ada pihak mendakwa Tiz Zaqyah enggan bergandingan dengan Remy Ishak selepas mereka putus cinta lima tahun lalu. Katanya, tak boleh nak hadap secara berdepan. Apatah lagi nak bertentang mata, memang tak lalu.
Sejak itu, tak ada drama atau filem yang menggandingkan mereka berdua. Last sekali, drama Cinta Jangan Pergi, tak salah Mary Jane ditayangkan pada 2013. Masa itu mereka menjadi pasangan kekasih dalam drama berkenaan.
Ala, semua itu cerita lama. Entah macam mana terbuka juga pintu hati Tiz untuk berlakon dalam satu projek drama khas yang sama dengan Remy. Mary Jane tabik kepada Tiz sebab dah boleh move on, lupakan kisah lama antara mereka berdua yang pernah terjadi sebelum ini.
Memang dah patut pun Tiz lupakan cerita cinta lama mereka itu. Dah bersawang sangat pun, tak payahlah lagi nak dikenang lama-lama. Buat sakit hati je pun. Lagipun dalam hal mereka berdua ini, Remy dilihat lebih profesional.
Sebelum ini, Remy pernah memberitahu yang dia tak kisah untuk berlakon bersama Tiz. Malah turut memuji mutu lakonan Tiz yang dianggap sangat berkesan dan hebat selepas digandingkan dengan beberapa aktres dalam drama dan filem.
Buat julung kalinya, Tiz memuat naik wajah Remy dalam instagram selepas sekian lamanya mereka putus cinta. Walaupun dalam gambar itu tertera wajah pelakon lain, tapi sudah cukup membuktikan tiada lagi kecewa dan amarah di hati Tiz.
Lagipun kes artis putus cinta sesama artis ini kan kes biasa. Jadi tak ada apalah nak diperbesar-besarkan Tiz. Yang penting dalam hati bahagia.
|