CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3861|Reply: 28

Cabar Diri Bawa Watak Komedi, Raja Ilya Akui Pada Mulanya Tidak Yakin

[Copy link]
Post time 11-2-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Siapa tak kenal nama pelakon hebat Raja Ilya dan geram dengan lakonan watak antagonisnya yang berkesan kebelakangan ini.


Namun sejak tahun lalu, aktres berusia 32 tahun berkelahiran Ipoh ini telah cuba mempelbagaikan watak lakonannya kerana tidak ingin hanya terhad dengan watak antigonis sahaja dalam bidang lakonannya.


Dan jelas, keputusan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Appalam ini membuahkan hasil.


Akui Ilya, dia pada mulanya mengambil masa untuk menerima tawaran Razak Mohaideen dan tidak yakin untuk membawakan watak komedi.


Bagaimanapun dia mencabar diri untuk menerima dan ternyata percubaan itu berjaya kerana pada sesi pratonton filem berkenaan, ramai yang memuji keberkesanan lakonannya.


"Saya akui agak bimbang juga pada mulanya, tapi bila dengar ada yang ketawa, sedikit sebanyak saya lega."


"Saya tidak buat banyak rujukan pada mana-mana watak. Saya dengar penjelasan Prof Razak dan kemudian cuba mengembangkan ikut imaginasi saya."


Tambah Ilya, gandingan pertama kalinya bersama Taufik Batisah juga dianggap berjaya dan dia berterima kasih kepada isteri penyanyi tersebut, Sheena Akbal yang banyak membantu memecahkan rasa segan dan janggal mereka.


Selain Ilya dan Taufik, turut membintangi filem yang akan ditayangkan pada 16 Februari depan adalah Erra Fazira, Douglas Lim, Azhari Zain, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.- CARI

sumber foto: https://i0.wp.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2017 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah sehari dua ni,  citer dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 11:24 AM | Show all posts
ok lah,..drpd cerita hajah jual tudung, hajah pegi dating....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 11:33 AM | Show all posts
Memula teruja tapi bila nampak Prof Razak... terus sendu otak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 11-2-2017 03:33 AM
Memula teruja tapi bila nampak Prof Razak... terus sendu otak aku...

Khuennnzzzz  
Dah la hero dia tngk mcm.....
Tak selera
Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dua menjak ni nama raja ilya naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cantik lah, aku suka tgk muka dia, walaupun kadang2 seksi giler
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Appalam tu ke heronya taufik batisyah? Makin hitam mamat boyan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik.dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja Ilya Nie Kalau pegang watak jahat mmg best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 08:55 PM | Show all posts
sheols bakal menjadi lufya 2.0

raja ilya berlakon filem holiwud, berlakon watak komedi, raja ilya berlakon watak orang gila, raja ilya berlakon watak lesbian etc....semua nak kena bukak thread
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tertengok td iklan raja ilya dlm soulmate hingga jannah tadi ... hero nya taufiq batisah kahh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa dia ni..n blakon pun xla kayu..
Rasanya prnh tgok dia blakon drama tamil kat tv2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 09:37 PM | Show all posts
terer jugak dia cakap Tamil ye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem ap0alam tu sbnrny dlm bhs apa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia ni. Mesti best dengar dia cakap tamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 01:34 AM | Show all posts
Cerita Afdlin, taklah semua tamil kut. Afdlin pun tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:32 AM | Show all posts
good luck ilya... ok ler dr hajjah garit je cite nya...

bosan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
suka tgk raja ilya ckp tamil dgn keith foo masa jd penyampai anugerah...

mohon gandingkan deme dua org utk drama yg ada dailog tamil
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:57 AM | Show all posts
baguslah banyak berita sal lakonan. daripada cite chenta je kan




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.083814 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list