CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

[Dunia] 4th Melayu Day of Yala, Thailand

[Copy link]
Post time 13-2-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Archipalaotak boleh la geng dengan warfair

Seko robot seko monyet

Dua2 bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 13-2-2017 08:18 PM
warga tanah besar china komunis bleh dikira malay archipalago tak?

Entah la...nak kata diorg ni org asal Tanah Besar China pon tak boleh sebab tamadun Austronesia ni boleh jumpa di sana jugak lebih awal dr dinasti Song.

Austronesia ni penduduk di Tamadun Liangzhu.

Laluan puak2 Middle Chinese lalu semua dah di lalui oleh puak2 Austronesian...cam mana mereka nak ngaku Son of Soil.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:32 PM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 13-2-2017 05:44 PM
oh mcm tu .. maknanya samalah dgn di indonesia .. tapi agak berbeza. bezanya kalo yg kat thailand  ...

Perkongsian menarik bro, kalu di selatan Thai cuma bilangan etniknya tak seramai di Indo, tapi boleh kata usaha menThaikan rakyatnya berjaya walaupun tak 100%. Yang tak pandai cakap melayu tu generasi yg bwah umur 20, senior & orang2 tua masih ramai boleh berbahasa melayu.
Kat Sumatera pun ramai generasi baru xboleh berbahasa Melayu riau ke ?

Lagi satu ko paham bahasa Melayu Selatan Thai ?



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:35 PM | Show all posts
turboturtle replied at 13-2-2017 08:32 PM
Perkongsian menarik bro, kalu di selatan Thai cuma bilangan etniknya tak seramai di Indo, tapi bol ...

sume orang kat indon pandai berbahasa kaumnya sendiri ,,orang palembang pandai bahasa palembang ,,orang sunda  pandai bahasa sunda

mengarut je yang cakap keturunan tak pandai bahasa kaum sendiri kat indon ,,sume pandai bahasa kaum leluhur masing2 dan pandai berbahasa kebangsaan ,,
hanya kat malaysia ade masalah rakyat tempatan tak mampu berbahasa kebangsaan sendiri



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 13-2-2017 08:38 PM
turboturtle replied at 13-2-2017 08:32 PM
Perkongsian menarik bro, kalu di selatan Thai cuma bilangan etniknya tak seramai di Indo, tapi bol ...


Lol

Pada aku okey jah mereka nak belajar budaya Tai   sebab budaya Tai tu dr Khmer dan Mon.

Kira mereka convert budaya ke zaman moyang purbakala dulu la.

Bukan budaya Sriwijaya...tapi melangkau ke zaman Funan.

Cuma bahasa je lah...bahasa Tai-Kadai..kalau pakai bahasa Aslian lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:41 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 13-2-2017 03:23 PM
Kalau Melayu belajar tulisan Thai automatik diorg belajar tulisan Melayu Tua zaman Buddha dulu...t ...

Kalu tak silap aku, bahasa Melayu asal selatan Thai tu memang susah nak paham memang mcam bahasa khmer, yg ada sekrang ni bukan sebab ada pengaruh Srivijaya ka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 08:45 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 13-2-2017 08:37 PM
Lol

Pada aku okey jah mereka nak belajar budaya Tai   sebab budaya Tai tu dr Khmer dan Mon.
...

Yup aku setuju point ko ni, sebab asimilasi kan bahasa asalnya nya jauh beza dengan melayu riau, kalu islam tak datang aku tak rasa pun orang akan panggil Melayu, sebab budaya asal pemakaian lebih kepada Laos Khmer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:48 PM | Show all posts
wow ...bagus inisiatif ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sqlite3 replied at 13-2-2017 04:57 PM
bodoh. nak berambus kemana? kawasan tu kawasan mereka. orang thai yang masuk kekawasan mereka spt  ...

nak tinggal di tanah siam masih nak ketuanan melayu, sikap melayu yg tamak tak pernah kenang budi.

pi ham 7 la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 08:52 PM | Show all posts
DAP cuba ubah sejarah melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
turboturtle replied at 13-2-2017 08:41 PM
Kalu tak silap aku, bahasa Melayu asal selatan Thai tu memang susah nak paham memang mcam bahasa k ...

Yg sekarang ni pengaruh Sriwijaya.

Kalau tengok ciri fizikal diorg memang sama dengan org Khmer...org Kedah pon iras2 org Khmer....diorg ni kena tempias kebudayaan Sriwijaya..asalnya puak bangsa tamadun Funan,lebih kurang org Mon-Khmer

Pakaian org Melayu Singgora zaman dulu pon sama macam orang Khmer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:57 PM | Show all posts
Dipercayai cucu cicit komunis barangkali keturunan kongsi gelap hai san sakit hati, dengan Melayu asal selatan Thai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:59 PM | Show all posts
masalahnya .... melayu jaman sekarang dah rojak ....
bukan pure melayu asli ...
ada yang dah mixed ngan jawos ... bugis ... banjar ... kira okie ler .. at least sedara senusantara ...
ada yang dah bercampor ngan darah mamak .. ereb ... tapi still dianggap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 13-2-2017 09:03 PM
turboturtle replied at 13-2-2017 08:45 PM
Yup aku setuju point ko ni, sebab asimilasi kan bahasa asalnya nya jauh beza dengan melayu riau, k ...


Macam belah Pantai barat macam hatyai, Phuket, Satun dll tu masih pakai bahasa zaman Siam kerajaan Ayuthayya...puak Tai pon dh tak pakai bahasa tu.

Sebelum tu pakai bahasa Melayu Purwa, Sriwijaya.

Sebelum Sriwijaya...masih pakai bahasa Austroasiatic macam org Asli di Semenanjung. Yg tersisa org Asli je masih pakai bahasa Austroasiatic..sebenarnya org Kedah dan Kelantan pon pakai bahasa tu. N originally kulit mereka gelap...bukan putih
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:05 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 13-2-2017 08:54 PM
Yg sekarang ni pengaruh Sriwijaya.

Kalau tengok ciri fizikal diorg memang sama dengan org Khmer ...

Atap rumah utara jauh tanah Melayu & selatan Thai pun pakai atap singgora, lambang leluhur, yup memang fizikal & budaya tabiat pun ada beza dengan Melayu selatan & barat.

Ko bukan Bugis ke ?, minat jugak ko dengan sejarah Khmer, Melayu selatan Thai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:12 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 13-2-2017 09:00 PM
Macam belah Pantai barat macam hatyai, Phuket, Satun dll tu masih pakai bahasa zaman Siam keraja ...

Sebab campur dengan puak sukhothai, pak ereb tu jadi putih, dari hidung pesek jadi mancung .Tapi kesian dengan sedara siam lagi satu tu, sebab agama buddha tapi tak diiktiraf sebagai melayu walaupun duk berjiran, padahal ada pertalian genetik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
turboturtle replied at 13-2-2017 09:05 PM
Atap rumah utara jauh tanah Melayu & selatan Thai pun pakai atap singgora, lambang leluhur, yup me ...

Saya memang taste dengan puak Mon-Khmer  

Kebudayaan puak Austroasiatic ni tinggi. Terutama dr segi seni bina.. Saya percaya Sriwijaya, Mataram dll belajar pahat batu dari Funan.

Laluan mereka di Sungai Lanchang Delta Mekong...tempat tu memang banyak batu2 so tak hairan mereka pandai pahat batu utk bina Angkor Wat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 09:15 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 13-2-2017 08:54 PM
Yg sekarang ni pengaruh Sriwijaya.

Kalau tengok ciri fizikal diorg memang sama dengan org Khmer ...

KOD BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA







Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)



1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja.

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini.

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan dua golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja.

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’.

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. di luar istana pula adalah ‘optional’. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu seperti cara Orang Johor sekarang ini iaitu Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu dan Baju di selit ke dalam kain). Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu :-

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian.



Sumber :-

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)

2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)

3. Hikayat Hang Tuah

4. Sulalatus Salatin '' Sejarah Melayu '' (Tun Sri Lanang)


Illustrasi : Jefri Din (Jet AeroPlane)





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 09:17 PM | Show all posts
Busana Melayu Era Jawaka / Zabaj (Mengikut Gambaran Wayang Kulit Kelantan)













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 09:19 PM | Show all posts
INFOGRAFIK : GARISMASA PAKAIAN MELAYU (LELAKI MARHAEN)


Era Srivijaya, Era Kesultanan Melaka, Era Kesultanan Johor, Era Malaya & Era Moden (Malaysia)







Sumber :

1. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman (Abbas Alias / Norwani Md. Nawawi)
2. Pakaian Cara Melayu (Siti Zainon Ismail)
3. Hikayat Hang Tuah
4. Sulalatus Salatin ''Sejarah Melayu'' (Tun Sri Lanang)

Illustrasi : Dani Warguide




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.083450 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list