CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2208|Reply: 17

[Tempatan] [1] 9 Komando cedera bila bot meletup!

[Copy link]
Post time 14-2-2017 07:10 AM | Show all posts |Read mode
14 Februaru 2017
LUMUT – Sembilan anggota komando 69 dari Kem Ulu Kinta cedera dan melecur dalam kejadian letupan sebuah bot tempur di Jeti Marin, Kampung Acheh dekat Manjung, kira-kira 100 kilometer dari sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 9.30 pagi, sembilan anggota komando tersebut sedang menjalani latihan mengendalikan bot tempur berkenaan.
Bagaimanapun, bot tempur yang cuba dihidupkan itu tiba-tiba meletup menyebabkan kesemua anggota komando yang berada di dalam bot itu tercampak ke laut dan tercampak ke atas bot tempur lain.
Dua anggota komando ter-babit mengalami kecederaan parah dengan salah seorang cedera di dada manakala sebelah kakinya patah. Kedua-dua mangsa itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Tujuh lagi anggota komando cedera ringan dan mereka dirawat di Hospital Seri Manjung.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, semasa kejadian, sembilan anggota polis itu sedang menjalani latihan rutin di pangkalan marin berkenaan.
“Letupan itu berpunca daripada kerosakan enjin bot dan tiada bahan letupan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut,” kata beliau di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4Ybr61Hrw
Hakcipta terpelihara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2017 07:10 AM | Show all posts


Subramaniam (tengah) menziarahi seorang komando yang cedera selepas bot tempur dinaiki meletup dalam kejadian di Jeti Marin, Kampung Acheh dekat Manjung semalam.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 08:14 AM | Show all posts
siannya...
smoga smua yg terlibat cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 08:22 AM | Show all posts
Allahu...semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:21 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh... kesiannya lahai
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:52 AM | Show all posts
Edited by miemiecha at 14-2-2017 11:55 AM

yg kritikal itu bapa saudara kepada sahabat saya..

katanya pendarahan otak n dah tebuk peparu katanya..

mohon kalian mendoakan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 11:56 AM | Show all posts
semoga allah menyembuhkan kecedaraan kalian.. aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:05 PM | Show all posts
Takziah kepada semua yang terlibat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 02:07 PM | Show all posts
Semoga selamat & kembali sihat semuanya..
Dah la susah nak lepas/success training Komando ni..
hanya yg cekal & kental je mampu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:18 PM | Show all posts
Ini baru betul berul askar....takziah, moga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:25 PM | Show all posts
syafakallah abam2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 07:24 PM | Show all posts
disoakan semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh semua..Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya.. semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 06:37 PM | Show all posts
Loxlaxman replied at 14-2-2017 02:18 PM
Ini baru betul berul askar....takziah, moga cepat sembuh.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, semasa kejadian, sembilan anggota polis itu sedang menjalani latihan rutin di pangkalan marin berkenaan.


tapi apsal Pemangku Ketua Polis tu kata sembilan anggota polis?...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 06:39 PM | Show all posts
“Letupan itu berpunca daripada kerosakan enjin bot dan tiada bahan letupan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut,” kata beliau di sini semalam.

orang lain pun ada boat tapi apasal takde yang enjin meletup sampai tercampak bagai....?... aku tanya k



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 06:41 PM | Show all posts
Edited by mesmerize at 19-2-2017 06:43 PM

tapi latihan komando mmg teruk
aritu tengok kat fb youtube ada orang share .. masuk national geographic ke apa tah.. pasal Malayia GGK Commando.. special elite force malaysia
setakat patah riuk, tulang terkeluar dari kulit.. mmg biasa.. yg mati pun ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.251554 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list