View: 5073|Reply: 93
|
[Tempatan]
Obsesi Melayu Islam dengan babi
[Copy link]
|
|
Obsesi Melayu Islam dengan babi
Farouk A. Peru | February 15, 2017
Mengapa perlu terlalu obses sehinggakan benda yang bukan haram pun dijadikan haram?
Insiden berus cat bulu babi menjadi berita hangat baru-baru ini. Seperti banyak isu yang melibatkan Islam di Malaysia, ia menjadi bahan ketawa di media sosial.
Ramai juga bertanya, adakah kita tidak mempunyai isu lain yang mahu diketengahkan?
Ketika harga bahan keperluan melambung naik, ribuan orang hilang kerja, skandal kewangan dan pecah amanah, inikah yang menjadi isu?
Kenapa Melayu Islam obses mengenai babi?
Memori pertama saya berkenaan isu babi ini ialah pada 1995 ketika saya masih remaja. Ketika itu, filem “Babe” diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem kerana heronya seekor babi. Kami pada masa itu berseloroh, jika babi memegang watak jahat, mungkinkah filem itu ditayangkan? Entahlah.
Saya juga teringat sebuah kedai di One Utama menjual kasut dibuat daripada kulit babi. Teringat kami sekeluarga mengunjung kedai itu. Begitu terkilan kami melihat papan tanda yang agak besar memberitahu pelanggan mengenai bahan yang digunakan. Pada masa itu, tidak terfikir pula tentang implikasi fenomena ini.
Insiden minggu lepas pula menampakkan gaya yang lebih agresif.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor merampas berus cat diperbuat daripada bulu babi selain menggunakan logo dan sijil halal palsu hasil pemeriksaan mengejut.
Mengikut KPDNKK, kedai yang menjual berus itu tidak menayangkan tanda “bukan halal” dan juga menggunakan sijl halal palsu untuk produk tersebut.
Mungkin kerana produk daripada babi lebih murah.
Bagi saya, kemahuan pengguna perlulah dihormati. Jika umat Islam tidak mahu produk daripada unsur babi, itu hak mereka. Tetapi yang perlu dipersoalkan di sini ialah, perlukah kita terlalu obses tentang hal ini?
Sebenarnya, orang Melayu Islam di Malaysia sudah lama dilindungi pelbagai pihak berkuasa sehinggakan kita menjadi terlalu sensitif. Dunia kita sudah terlalu sempit sehinggakan kita mempunyai mentaliti dunia ini perlu akur dengan segala pe’el kita!
Kali pertama saya merantau ke negara asing untuk belajar, saya terkejut juga apabila melihat produk babi di pasar raya. Produk itu pula diletak betul-betul di sebelah produk haiwan lain.
Timbul perasaan was-was ketika itu. Adakah unsur babi (saya belum kenal perkataan “porcine” pada masa itu!) boleh terhinggap ke atas daging lain? Alhamdulillah, pada masa itulah saya mula mengenal Al-Quran.
Ketika itu, saya menghadiri usrah progresif mendalami Al-Quran. Pakcik yang mengendalikan usrah tersebut menunjukkan ayat berkenaan babi kepada saya. Yang menghairankan, Al-Quran begitu spesifik dalam hukum pengharaman babi. Tidak ada langsung tentang produk daripada haiwan itu, jauh sekali unsur porcine!
Yang wujud adalah pengharaman daging babi (“lahm al-khinzir” seperti ayat 2:173 dan 5:3) yang membawa maksud ia berkenaan dengan pemakanan.
Alasan pengharaman ini ialah kerana daging babi dianggap sebagai kotoran (6:145).
Banyak sarjana berpendapat “kotoran” yang dimaksudkan adalah secara fizikal dan mungkin ini benar juga. Namun begitu, saya juga berpendapat “kotoran” di sini mempunyai maksud simbolik.
Dalam beberapa bahasa, “babi” menjadi panggilan buruk kepada seseorang. Bahasa Inggeris umpamanya, menyamakan perkataan “pig” itu dengan lelaki yang tidak menghormati wanita dan hanya menganggap wanita objek seks.
“Pig” juga dikatakan orang yang hanya hidup untuk makan dan tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya.
Dalam Al-Quran, terdapat kisah kaum yang meninggalkan bimbingan wahyu lalu Tuhan menjadikan mereka monyet dan babi (5:60) dan menjadi khadam kepada “taghut” (iaitu golongan penguasa yang melampaui batasan Tuhan).
Dari segi konteks, kita dapat melihatnya sebagai ayat simbolik yang menunjukkan pertukaran perangai manusia apabila mereka mengabaikan bimbingan Tuhan.
Begitulah sahaja maklumat daripada Al-Quran tentang haiwan bernama babi ini.
Secara amnya, haiwan dalam aturan Tuhan adalah untuk kegunaan manusia di muka bumi ini. Kita perlu mengendalikan alam semula jadi dengan penuh tanggungjawab. Ini termasuklah memahami apa itu halal dan haram. Mengapa perlu terlalu obses sehinggakan benda yang bukan haram pun dijadikan haram?
Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan tentang insiden rampasan berus cat, mengatakan tindakan itu tidak sesuai. Sebaliknya, beliau berkata lebih baik pegawai KPDNKK menasihati tauke kedai berkenaan peraturan produk babi.
Ini nasihat yang amat bernas daripada Najib. Negara kita berbilang bangsa dan agama dan bukan sahaja golongan Melayu Islam yang mempunyai perasaan yang perlu dijaga. Obsesi mereka tentang babi sememangnya amat destruktif.
http://www.freemalaysiatoday.com ... -islam-dengan-babi/
ini semua proses pembodohan penganut agama......
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini pun akak konfius. Sekejap kata berus bulu vavi tak ok, sekejap kata ok bila ikut mahzab. Geez.
|
|
|
|
|
|
|
|
rama jer porumer berketurunan babi dalam porem ni ... tapi ngaku isle
isle sekadar atas IC sajork ... |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 15-2-2017 08:18 PM
rama jer porumer berketurunan babi dalam porem ni ... tapi ngaku isle
isle sekadar atas IC sajor ...
Siapa tu sis? Sister @Modngengade kah? |
|
|
|
|
|
|
|
haram makan babi, lu mau makan berus kaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
bio ler resia ...
tapi yang konpem .. aruah laba tu ler ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tepat istilah obses
Obses kalo suka, sedangkan muslim anti segala berkait babi
Terlalu banyak keburukan babi yang mana peminat babi tak tahu, tak sedar, atau sengaja tak mahu tahu |
|
|
|
|
|
|
|
confuse sungguh iolls |
|
|
|
|
|
|
|
deezeck replied at 15-2-2017 08:31 PM
Tak tepat istilah obses
Obses kalo suka, sedangkan muslim anti segala berkait babi
Ai agree. |
|
|
|
|
|
|
|
Godless replied at 15-2-2017 08:28 PM
haram makan babi, lu mau makan berus kaa?
Hello dek, ikut igama meleis segala benda yang berkait dengan babi haram ok walau tak masuk mulot pon? |
|
|
|
|
|
|
|
Godless replied at 15-2-2017 08:28 PM
haram makan babi, lu mau makan berus kaa?
Katun Peppa Pig pon harom ok? OK? |
|
|
|
|
|
|
|
umat melayu sekarang dah dilanda sindrom babiphobia |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu anak i bising suh bli pokemon babi nama apa ntah lepas tgk katun pokemon kt astro tu. Hahahah x reti nak explain kt dia. Just boleh ckp u melayu xleh bela babi or anjing. Mommy cina xpe |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing dan babi adalah dua jenis binatang yg ada pengaruh hukum dan sensivitinya kpd ummat Islam. Esp bagi yg berpegang kpd mazhab Syafie, anjing dan babi tergolong pada najis yg berat, najis mughallazah yg harus disamak dgn air tanah dan air mutlak.
Ketika timbulnya polemik ttng anjing dan babi ini, seharusnya isu berkenaan dibincangkan secara berhemah lagi ilmiah. Berbahaslah dlm lingkaran yg dpt memberi makluman yg bermanfaat kpd semua, muslim n non-muslim. Samada kita semua cukup faham ataupun separuh faham atau tidak faham sama sekali hukum anjing dan babi trs, perlukah isu berkenaan diheret ke satu ajang supaya boleh diejek2 dan menyudutkan hukumnya yg sudah pun termeterai di dlm AQ. Haruslah disedari bahawa bagi ummat Islam ada hukumnya dan ada caranya untuk menangani perkara yg terkait dgn anjing dan babi. Dan menjadi hak para muslimin seserius mana tahap mereka mau menanggapi isu haram dan najisnya, mengapa pula para non-muslim yg terasa. Sesuatu yg menjadi ranah hukum Islam tetapi tiada pantangnya bagi ummat non-muslim, semoga dpt menahan diri drp bercakap yg menyakiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada penulis ingin saya bertanya ...
Is it right to continue to ignore what religion forbade us against, under the guise of tolerance? |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu...... melayu saja tak boleh bela anjing & babi
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 15-2-2017 11:48 PM
Anjing dan babi adalah dua jenis binatang yg ada pengaruh hukum dan sensivitinya kpd ummat Islam. ...
... shafie tu manusia biasa aje, bukan nabi pun, pasti banyak kelemahan dan kekurangan dia ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Islam pegang kulit babi, bulu babi , darah babi, kita kena samak. Tau tak apa itu samak?
Btw, we must remember that Islamic rulings are meant to be applied to Muslims ONLY! non Muslims are not forced to obey.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|