CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 6

[Tempatan] Skor rasuah Kementerian Pertahanan always dapat 'D' (markah kasihan la tu)

[Copy link]
Post time 16-2-2017 09:56 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Badan pemantau rasuah antarabangsa, Transperancy International Malaysia (TI-M) menggesa Kementeri Pertahanan mewujudkan pelan lebih komprehensif bagi memperbaiki Indeks Pencegahan Rasuah Pertahanan Kerajaan 2015 yang memperoleh skor “D”.

Walaupun ia menunjukkan peningkatan berbanding 2013, iaitu “D–”, perbezaannya tidak begitu ketara.

Menurut Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar, ia menunjukkan tiadanya doktrin ketenteraan dalam sektor pertahanan negara menangani rasuah.

“Kajian itu juga mendedahkan tidak ada latihan rasmi atau konsisten membabitkan isu rasuah, tiada perancangan awal dalam ceramah integriti dan peningkatan kesedaran.

“Kami berharap dengan penubuhan unit integriti di Kementerian Pertahanan, latihan akan meliputi isu-isu rasuah,” katanya dalam ucapannya di Majlis Integriti Dalam Sektor Pertahanan di Pullman Bangsar hari ini.

Menerusi kaji selidik itu, skor terbaik adalah “A” manakala “F” adalah paling teruk dan ia membabitkan 5 bidang risiko iaitu politik, kewangan, kakitangan, operasi dan perolehan.

Risiko paling tinggi dinilai dengan kedudukan paling rendah membabitkan operasi iaitu 25%, kewangan (36%), politik (42%), perolehan (43%) dan kakitangan (63%).

Akhbar menambah, pihaknya turut bimbang kekurangan ketelusan dalam amalan perolehan akan membawa kepada pembelian peralatan ketenteraan ketinggalan zaman pada kos yang sangat tinggi.

“Apabila berlakunya perang atau kejadian yang berlaku seperti di Lahad Datu, Sabah nyawa mereka berada dalam keadaan terancam,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Pertahanan perlu mengamalkan konsep tender terbuka dan bukannya secara rundingan terus dengan pihak tertentu bagi mencapai ketelusan membabitkan aspek pembelian peralatan pertahanan.

“TI-M juga menyeru ahli Parlimen menubuhkan jawatankuasa rentas parti dan kumpulan pakar luar bagi memberi kuasa mereka teliti dan memaklumkan perbahasan mereka mengenai hal pertahanan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 09:59 AM | Show all posts
lom kecoh kot....kang sprm masuk ler tue...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:45 AM | Show all posts
mmg tentera kuat rasyuah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:56 AM | Show all posts
makna nye?  berlaku rasuah ke cmne?

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat majlis kat Pulmann? Kata Kerajaan tengah berjimat?

Kalau setakat majlis bagi talk gini kat Putrajaya tu berlambak la dewan boleh guna free lahanat...:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:20 AM | Show all posts
Peningkatan dari D- ke D! Hina sangattt!!! Macam tak ikhlas nak improve diri dari merasuah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2017 01:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069264 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list