CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6792|Reply: 101

[Tempatan] Peniaga ghairah kaut untung segera, pelancong merosot ketika event besar Langkaw

[Copy link]
Post time 17-2-2017 12:36 PM | Show all posts |Read mode


LANGKAWI - Jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi akan merosot jika ada pemain industri pelancongan terus mengambil sikap menaikkan harga perkhidmatan dan makanan semasa berlangsung acara-acara besar di pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Datuk Azizan Noordin berkata, sikap sedemikian menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong untuk datang semasa acara besar seperti Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

"Malah sebelum saya menjawat jawatan ini lagi (ada) orang sudah mengatakan 'Jangan pergi ke Langkawi' semasa LIMA kerana harga makanan dan sewa kereta misalnya terlalu tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Malam Pelancongan Langkawi dan penerangan aktiviti-aktiviti Lada bagi tahun 2017 untuk pemain industri pelancongan di sini, malam tadi.

Menurutnya, persepsi sebegini perlu dibendung di Langkawi kerana ini tidak membantu bagi menghadapi persaingan dalam industri pelancongan yang semakin sengit sekarang.

Azizan berkata, pengusaha pelancongan dan peniaga makanan perlu mengekalkan harga yang berpatutan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan agar dapat bersaing dengan destinasi-destinasi pelancongan lain di dalam dan luar negara.

Katanya, beliau sedia bekerjasama dengan persatuan hotel dan agensi pelancongan tempatan bagi mengenal pasti kaedah sesuai untuk membendung kegiatan pengambilan untung yang melampau di pulau berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir berkata, sebuah laman web akan disediakan untuk memudahkan pelancong mendapatkan maklumat tentang harga perkhidmatan dan penginapan di pulau ini.

Katanya, pelancong juga boleh mengemukakan sebarang aduan tentang perkhidmatan yang tidak beretika kepada persatuan itu supaya tindakan susulan dapat diambil.

Menurutnya, memang ada pengusaha pelancongan yang cuba mengaut keuntungan berlipat ganda dalam penganjuran-penganjuran LIMA yang lepas.

"Pada tahun ini kita mahu adakan LIMA yang terbaik dan pada masa yang sama pengunjung dapat merasakan harga-harga (perkhidmatan) yang ditawarkan menepati citarasa mereka," katanya.

LIMA 2017 akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac ini dan dijangka menarik 40,000 pelawat dan anggota delegasi perdagangan dari 38 negara. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 12:40 PM | Show all posts
tak pernah pergi LIMA/.//
best tak untuk cuci2 mata sis??
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah. Tamak bebenor. Macam boleh makan setaun je kalo naik harga. Sekejap je dah abes  duit tu lagi2 kalau tak berkat. Jual cam biasa sudah. Nak buat umrah balik hari agaknye mike ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Last pergi langkawi 2012...mahal pahit...berbaloi lg pg Korea 2014
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak best pon. Naik atas siket, p satun, thailand lagi best. Makanan dan hotel murah. Nak snokelling dan dive pon berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:18 PM | Show all posts
perangai orang kita lagi hawok dari negara kafir..asal dpt peluang kemain sekor2 nak kaya perut masing2.. baiklah terus je pi telen klu lagu tu punya perangai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 01:18 PM | Show all posts
mmg mahal pun.!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn di lima saja, di mana2 pun bila musim cuti sekolah, tmbah plak orang luar,sembelih ckup2.   tpi tuan kedai swmayang x tinggal ooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 01:27 PM | Show all posts
pg thailand je. langkawi semua mahal.. yg murah air laut je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I alwis have soft spot untuk langkawi..

#TempatAsalCinta
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 17-2-2017 12:40 PM
tak pernah pergi LIMA/.//
best tak untuk cuci2 mata sis??

Best...waktu pertunjukan kapalterbang tu mmg asyik kita tengok
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-2-2017 01:27 PM
pg thailand je. langkawi semua mahal.. yg murah air laut je.

Aha...langkawi mahal skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:24 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-2-2017 01:27 PM
pg thailand je. langkawi semua mahal.. yg murah air laut je.

aiyoh... murah ke sis siam??
kenapa akak tak pernah rasa siam itu murah, in many cases lebih costly dari di tanah air jah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:34 PM | Show all posts
Changa replied at 17-2-2017 02:24 PM
aiyoh... murah ke sis siam??
kenapa akak tak pernah rasa siam itu murah, in many cases lebih cost ...

asean night market  hatyai wajib pergi.. takoyaki 64 baht dapat dalam 18 biji.satu gerai je jual takoyaki dkt asean night market tu..hihi.. acik tu asal org KL nikah orang siam duk siam.. dekat malaysia takoyaki dapat brape sis?
tgk kawasan, kalau kat sadao ( dannok mostly makanan mahal) hatyai lagi murah, krabi lagi murah..
floating market dekat hatyai tu xsilap weekend je buka.. beli dkt sampan je jangan beli dekat kedai takut tak halal.. kt sampan tu semua halal.. sup dia tak kena tekak kaka.. rasa masam2.. lobster goreng, aiskrim kelapa, nasi kuning.. sedap wooo...

nasi kuning thailand tu sis suka. favorite.. sedap sangat..tu makanan murah.. kalau kt malaysia RM 9 kt thailand baru RM 5..

makan aiskrim hati2, kalau ada logo halal baru beli. atau tanya penjual tu halal ke tak? masuk 7 eleven sis pernah togok  air tak de cop halal.. fikir semua vitagen cop halal

7 eleven thailand meriah yang amat.. boleh kenyang perut.. masuk 7 eleven malaysia sendu tempat tikus berkampung


dengar cerita kilang seluar jeans ada di hatyai sampai sekarang sis tak jumpa lagi.. kalau pakaian padang besar murah lagi daripada thailand.. nak cari mercun cari dekat kedai depan pasar tani sadao.. dalam kedai jual bekas air, boatjuice semua tu ada stok mercun


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually lebih kurang saja restaurant di thailand dan langkawi unless u guys bercakap tentang night market dan roadside stall. Hotel dan motobike price murah di thailand lah. Cuba try halal food restaurant di hadtyai at least  harga hampir sama saja .

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:48 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 17-2-2017 02:41 PM
Actually lebih kurang saja restaurant di thailand dan langkawi unless u guys bercakap tentang night  ...

that's the reason sister akak hairan ummah kata siam lagi murah.
dalam permerhatian akak banyak benda yang lagi costly di siam dari tanah air.
di kemala beach ke apa di phuket itu,,, makan kat gerai tepi pantai pun around RM20 jua satu dish belum masuk air lagi, air kelapa around RM5-6 gitu , kalau di langkawi around that price boleh makan di resto selesa yang cater for turis kokesen dah, bukan di gerai haus yang panas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 16-2-2017 10:48 PM
that's the reason sister akak hairan ummah kata siam lagi murah.
dalam permerhatian akak banyak b ...

Itu lah sis di thailand halal food restaurant tidak murah di phuket dari patong on the way to kamala beach supposed murah lah ... compare dengan patong kan i makan di turkish or arabic restaurant  almost 18 dolar per person.
Kalau semua focus kawasan tourist memang lah mahal seperti chenang dan pantai tengah .
Unless mahu jadi toasted bun makan di gerai tepi laut  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:06 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 17-2-2017 03:03 PM
Itu lah sis di thailand halal food restaurant tidak murah di phuket dari patong on the way to kama ...

last time akak chur langkawi last year... belah pantai cenang mostly kedai dah tak ada, heshe clearkan untuk buat apa tah...harap2 dah siap.
dulu tepi pantai cenang ada satu kedai yang sedap... raffi ke apa tah nama nya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:10 PM | Show all posts
Tiada pengawalan ke dari segi harga makanan kat sana????....tak de pegawai yang memantau?...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:29 PM | Show all posts
Gi okt last year

pekena kue teow n western food belakang bella vista

so thorbaek baq ang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.231401 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list