CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 3

[Tempatan] Sindiket pengemis kanak-kanak di KL kutip RM800 sehari

[Copy link]
Post time 18-2-2017 09:16 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket yang didalangi warga Myanmar dengan mempergunakan kanak-kanak sebagai pengemis, dalam satu operasi khas di sekitar ibu negara, petang tadi. Dalam operasi oleh Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman, seramai lapan individu, dua lelaki dan enam wanita yang dipercayai berperanan sebagai dalang dan penjaga berusia antara 50 hingga 60 tahun, ditahan. Polis juga menyelamatkan lapan kanak-kanak, tiga lelaki dan lima perempuan berusia antara tujuh hingga sembilan tahun yang dipergunakan sebagai pengemis dalam operasi bermula jam 3 hingga 5 petang di sekitar Kompleks Sogo, Kompleks Pertama serta Masjid India itu. Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata polis menjalankan intipan selama dua minggu sebelum menyerbu kawasan terbabit.

Katanya, intipan dilakukan selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan mengemis yang dilakukan oleh kanak-kanak terbabit. Antara kanak-kanak yang dijadikan pengemis oleh sindiket yang diselamatkan oleh polis dalam operasi petang tadi. "Siasatan mendapati lapan kanak-kanak dianggarkan berusia antara tujuh hingga sembilan tahun ini dipaksa oleh penjaga mereka untuk meminta sedekah di kedai makan dan di tepi jalan di kawasan pusat membeli belah Kompeks Sogo, Kompleks Pertama dan Masjid India," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Katanya, hasil siasatan polis mendapati semua mereka tinggal di sebuah flat di Ampang Jaya dan akan keluar ke ibu negara seawal jam 7 pagi untuk memulakan kegiatan mengemis. "Kanak-kanak ini akan dibawa oleh penjaga mereka dan dibekalkan dengan surah Yasin bermula dari jam 8 pagi hingga malam dan diawasi oleh penjaga terbabit," katanya. Beliau berkata penjaga terbabit akan mengambil wang kutipan selepas beberapa lama kerja mengemis dilakukan. "Siasatan turut mendapati sindiket ini mampu mengumpul wang hasil mengemis mencecah RM800 sehari hasil derma atau jualan naskhah buku terbabit. "Selain itu, mereka juga sudah menyalahgunakan keistimewaan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) yang membolehkan mereka berlindung di negara ini sebagai pelarian," katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape suruh kamuorang derma pade pengemis2 ni:zz.padan muke yg menderma  padehal sendiri hidup x kaye mane:zz
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun mmg tak derma yg tepi2 jalan.dah tau sindiket. Lagi rela tlg org yg terdekat dgn aku dari pendatang2 begini
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.238524 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list