View: 1129|Reply: 2
|
AADK Tidak Tolak Kemungkinan Dadah ‘Strawberry Quick' Akan Masuk Ke Malaysia
[Copy link]
|
|
Walaupun dadah berkenaan belum dikesan di pasaran negara ini, masyarakat khususnya ibu bapa disaran tidak memandang ringan atau lepas tangan terhadap isu dadah baru itu.
Demikian respons Timbalan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Izhar Abu Talib yang menafikan kemasukan sejenis dadah baru dikenali sebagai 'Strawberry Methamphetamine' atau ‘Strawberry Quick' yang tular di media sosial kebelakangan ini.
"Asalnya diguna dan diedarkan di Amerika Syarikat pada 2007, kini ia hanya diedar dan digunakan pelajar sekolah di New Delhi, India sebelum digunakan lebih meluas pada 2010," jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu bapa wajar lebih peka terhadap pergerakan, pergaulan serta tingkah laku anak serta anggota keluarga agar tidak terpengaruh dengan penggunaan dadah tersebut yang berkemungkinan besar akan merebak masuk ke Malaysia. - CARI
sumber foto: Harian Metro & Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
tummmyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|