CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Cerpen : Salahkah..

  [Copy link]
 Author| Post time 2-3-2017 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-3-2017 01:13 AM

MAYA tersentak apabila bahunya ditarik kasar oleh seseorang. Mahu menjerit namun wujud satu tangan menutup ganas mulutnya. Sebilah pisau tajam diacu tepat ke leher jenjang Maya.

" Kalau kau menjerit, aku akan pastikan kau mati serta merta.. Faham !!"

Satu amaran keras buat Maya.

Maya terpana seketika. Memikir sama ada untuk melawan atau berdiam diri. Gerun pula apabila mencuri pandang ke arah lelaki bertubuh tegap disisi. Mustahil Maya akan menang jika bertindak menentang.

"Siapa kau? Apa masalah kau dengan aku?!"

Seribu pertanyaan bermain di fikiran. Setahu Maya, Maya tidak mempunyai sebarang musuh.

" Kau ikut saja aku perempuan murahan ! Buat macam biasa.. Aku tak nak bodyguard Dato' Amer syak apa apa !"

Mata pisau ditekan lebih kuat dileher Maya. Penjahat ini tampak tekad untuk mencelakakan Maya seandainya Maya berani bersuara lagi.

"Ok.. Ok.. Kau menang !"

Maya terpaksa menyerah kalah.

Menuruti kemahuan penjahat yang tiba tiba muncul tanpa bantahan. Sempat berdoa dalam hati supaya dirinya terhindar dari sebarang mala petaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2017 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-3-2017 02:30 AM

WAJAH wanita anggun depan mata sedikit sebanyak membuatkan Maya gugup. Sudahlah diri dilayan kasar oleh penculik tadi. Maya takut memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi sebentar nanti.

"Maafkan perilaku adik saya. Dia memang kasar orangnya.. Maya jangan ambil hati tau.."

Suara lembut itu sedikit sebanyak meredakan galau dalam hati Maya. Ketenangan mula dirasakan.

Seketika kemudian, Maya menarik nafas, lega. Akur bila di pelawa duduk oleh wanita didepan mata.

"Pasti Maya terkejut, kan kenapa Maya dibawa ke sini? Saya isteri Amer, Noura.. Saya tahu Maya berhubungan sulit dengan Amer..."

Riak wajah Noura bersahaja sewaktu berkata begitu. Mata merenung tepat ke arah Maya. Wajah wanita muda itu memang cantik. Padanlah suaminya tergila gila.

Berderau darah Maya mendengar tutur bicara Noura. Panik apabila mengetahui inilah Datin Noura yang hanya sekian lama dikenali melalui nama sahaja.

" Saya izinkan Amer berkahwin dengan Maya daripada melihat lelaki yang saya cintai hidup bergelumang dosa.."

Sungguh Noura ikhlas memberi keizinan.

Ini semua demi membuktikan bertapa besar cinta Noura terhadap sang suami. Poligami adalah jalan terbaik jika benar Dato' Amer mencintai Maya. Noura rela berkongsi kasih.

Namun, Noura hanya ingin memastikan bahawa Maya ikhlas menerima Dato' Amer. Bukan hanya ingin mengikis duit dan harta semata.

"Cuma saya tertanya tanya.. Maya masih muda.. Cantik pula tu.. Kenapa memilih bersama lelaki tua yang boleh digelar Ayah?"

Satu soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh Maya.

Tak semena keluhan panjang terluah.

Bibir Maya kelu untuk berbicara sedangkan inilah peluang keemasan yang dinantikan oleh Maya. Berjaya mengahwini Dato' Amer supaya dilimpahi kemewahan buat seumur hidup.

Tika ini, Maya buntu. Merenung sejenak ke dalam anak mata Noura.

Perwatakan Noura tidak melambangkan diri sudah berusia lebih setengah abad. Noura kelihatan muda dari usia sebenar.

Maya sempat terpukau melihat kejelitaan wajah Noura.

Manakala kelembutan suara dan ketinggian budi pekerti yang ditunjukan Noura membuatkan Maya jadi malu dengan tingkah diri. Tega mengambil jalan pintas untuk mendapatkan duit.

Malah, sanggup melukakan hati insan lain demi kepentingan sendiri.

Sejenak perasaan bersalah menjelma.

"Maya minta maaf, Datin ! Maya berdosa merampas hak Datin......."

Lantaran sebak Maya kehilangan kata kata. Air mata berjuraian dipipi. Kesal.

"Saya bukan nak menghukum Maya.. It takes two to tango ! Maya jangan salah faham.. Saya cuma inginkan yang terbaik buat Amer.. Untuk diri Maya juga.."

Noura bangun dari duduk lalu merapati Maya. Tubuh Maya dirangkul erat ke sisi untuk memujuk.

Lumrah seorang isteri akan merasa kecewa dan dikhianati bilamana suami berlaku curang. Noura juga tidak terkecuali. Cuma sebaik mengetahui siapa diri Maya yang sebenar dan sejarah silam wanita itu, Noura jadi simpati.

Noura yakin Maya memilih jalan hidup sumbang sebegini bukan dengan kerelaan hati.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2017 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 10-3-2017 02:59 AM

PERTEMUAN dengan Noura sebentar tadi menerbitkan keinsafan dalam diri Maya. Hati berbolak balik untuk meneruskan hubungan terlarang ini atau pergi jauh dari kehidupan Dato' Amer.

Usai memulas tombol pintu, Maya melangkah masuk ke dalam unit kondominium yang dibelikan khas oleh Dato' Amer untuk didiami Maya.

Tempat ini juga selalu menjadi istana hinggap Dato' Amer jika ingin menghabiskan masa berdua dengan Maya.

Maya tahu Dato' Amer tidak mungkin akan singgah ke mari hari ini. Mungkin Maya boleh memanfaatkan waktu bersendirian untuk memikirkan tentang tawaran Noura.

Belum sempat Maya melabuhkan punggung di atas sofa empuk, satu suara garau menyapa.

"Addi?!"

Hampir gugur jantung Maya melihat kemunculan mengejut Addi.

Serasa sudah bertahun mereka terputus hubungan dan hari ini, tak semena lelaki itu muncul semula.

"Apa Addi buat disini? Macam mana Addi boleh masuk?!"

Bertalu talu soalan terhambur dari bibir merah delima Maya.

"Addi kecewa, Maya !! Sangat kecewa !!"

Serentak itu, Addi segera merentap kuat tangan Maya supaya menuruti langkahnya.

"Please Addi.. Maya sakit !!"

Maya merayu menagih belas simpati Addi.

Malangnya, Addi enggan berhenti. Satu tamparan pula hinggap dipipi Maya. Darah pekat mengalir jatuh ke lantai.

Maya terlentang jatuh menerima pukulan kuat dari jemari kasar seorang lelaki.

"Apa salah Maya, Addi?!"

Buntu memikir dosa yang pernah Maya lakukan terhadap Addi sehingga diri dipukul sedemikian rupa.

"Addi cintakan Maya sejak dulu.. Addi cari Maya bertahun tahun ! Hancurnya hati Addi bila dapat tahu Maya jadi perempuan ...."

Belum mampu menerima kenyataan bahawa Maya sanggup menjadi pemuas nafsu lelaki tua. Addi menumbuk dinding pula. Sakit berdarah.

Namun, luka dihati Addi lebih parah. Sukar digambar dengan kata kata. Sekilas merenung ke wajah cantik Maya. Amarah kian membara.

" You slept with my Dad.. You such a bitch !"

Lantaran gagal mengawal fikiran, Addi terus saja menindih Maya yang terbaring dilantai. Akal kini dikawal oleh nafsu. Tubuh lampai Maya dirangkul erat.

"Stop it, Addi !"

Maya merayu untuk sekian kali. Nafas kencang Addi terasa menampar diwajah. Bimbang Addi bertindak luar batasan.

Air mata mengalir kian laju dipipi. Maya benar benar cuak memikir nasib diri.

"ADDI !!!"

Satu jerkahan lantang kedengaran mematikan Addi dari meneruskan hajat dihati. Lantas berdiri menghadap insan yang menyeru namanya tadi. Jijik menatap wajah lelaki tua berkedut tetapi gigih bermain cinta dengan wanita muda. Bahkan wanita yang dipilih lebih muda dari anak sendiri !

" Macam mana Daddy boleh ada dekat sini?!"

Addi menyoal sinis. Pakaian yang kusut masai diabaikan.

"Oh lupa pula Addi.. Inikan rumah 'mistress' Daddy.."

Addi sengaja ingin melihat sejauh mana Dato' Amer mampu bersandiwara.

Selama ini Addi meyakini Daddy adalah lelaki teragung dalam hidup. Belum pernah sekalipun Addi melihat Daddy mengasari maupun menyakiti hati Mommy.

Tapi kini, kebenaran tersingkap jua. Baru Addi tahu Daddy juga persis kenalannya. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Segala tembelang Daddy pecah.

Tambah mengejutkan apabila mengetahui wanita yang menjadi pemuas nafsu Daddy adalah Maya. Serasa hancur luluh hati Addi saat mengetahui kebenaran itu.

"Daddy cuma cintakan Mommy Addi ! Perempuan ini anak angkat Daddy saja.. Daddy cuma selamatkan Maya dari terjerumus dalam lembah hitam.. Percayalah Daddy.."

Dato' Amer petah memutar belit fakta. Yakin Addi mudah termakan dengan kata kata dustanya.

" Anak angkat Daddy..."

Addi diam sejenak. Merenung ke arah Maya seketika sebelum berpaling semula menghadap Dato' Amer.

"Addi nak kahwini Maya.. Alang alang Daddy nak tolong Maya, biarlah dia jadi menantu Daddy terus.."

Hampir pengsan Dato' Amer mendengar permintaan Addi. Mana mungkin Dato' Amer melepaskan Maya sebegitu mudah. Sudah beratus ribu melabur duit untuk Maya. Dato' Amer rela berhabisan demi menanti pembalasan dari Maya.

Sayangnya, hingga kini Dato ' Amer belum mendapat balasan sewajarnya dari Maya.

"Tapi Addi.. Daddy tak faham kenapa Addi tiba tiba nak kahwini Maya? Addi dah tak percayakan Daddy ke? Sampai sanggup buat kerja gila ni.."

Sedaya upaya Dato' Amer ingin Addi mematikan hajat mengahwini Maya.

"Addi pun nak jadi macam Daddy.. Besar pahala menyelamatkan seorang wanita ! Masa depan Maya lebih terjamin bila bergelar isteri Addi. Mommy pun takkan salah anggap hubungan Daddy dan Maya.. Takkan Daddy tak bangga anak Daddy mewarisi sikap terpuji Daddy?"

Lidah Dato' Amer jadi kelu mendengar kata kata Addi. Membisu seribu bahasa.

"Diam tanda setujulah tu.."

Addi membuat andaian. Puas hati dapat mengenakan Daddy sendiri. Bukan Daddy saja bijak bersandiwara.

"Well Addi nak bawa Maya jumpa Mommy sekarang.. Mesti Mommy happy dapat jumpa bakal menantu yang dia idamkan selama ini.."

Tanpa mempedulikan Daddy dan kehendak Maya sendiri, Addi menarik tangan Maya mengikuti langkahnya.

Maya yang masih lagi terkejut dengan kemunculan Addi hanya menurut. Sempat memandang ke arah Dato' Amer. Keliru dengan semua yang baru terjadi depan mata.


ADDI menumpukan perhatian pada pemanduan. Tekad meneruskan lakonan dihadapan Daddy sebentar tadi. Memang Addi menyatakan hasrat untuk mengahwini Maya, akan tetapi niat sebenar disebalik perbuatan itu adalah semata mata ingin membuat Maya dan Daddy terpisah.

Meski Addi pernah mencintai Maya namun cinta itu seakan mati tatkala mengetahui hakikat sebenar wanita itu.

" How much is your price?"

Sinis sekali nada suara Addi menyoal. Ingin tahu harga diri Maya yang rela menjual tubuh demi kesenangan hidup.

" Apa Addi fikir Maya ni barang ke boleh dijual beli?"

Maya makin kurang senang dengan sikap Addi. Barangkali kerana sudah lama tidak bersua muka maka Addi kini berubah menjadi seorang lelaki yang menjengkelkan.

"Come on, Maya ! Addi bukan bodoh ! Daddy has spent a lot on you ! Anak angkat konon !  Rumah, kereta, all those branded stuff you're wearing.. Kalau nak menderma pun agak agaklah ! Ini mesti ada balasan sebagai ganti.. Betul tak?"

Pandangan mata Addi tajam menikam sepasang mata hening milik Maya.

" He just loves me ! That's it ! Abang tak pernah minta balasan apa apa dari Maya.. Kalau Addi ingat Maya pernah tidur dengan Abang, Addi silap  besar ! Trust your Dad, Addi !"

Walau tidak berterus terang tentang hubungan yang terjalin dengan Dato' Amer namun Maya bercakap benar.

Maya belum gila sehingga sanggup membenarkan diri ditiduri lelaki sebarangan. Barangkali Maya memang banyak mengikis wang ringgit Dato' Amer akan tetapi tidak bererti Maya rela menemani lelaki itu sehingga ke ranjang.

Addi tertawa besar mendengar kata kata Maya.

"Abang?! Come on, Maya ! Orang yang Maya panggil Abang tu dah layak jadi Daddy Maya tau tak?! Abang konon !"

Addi menjadi bertambah bengang mengenang hubungan sulit Maya dan Daddy.

"Addi nak bawa Maya jumpa Mommy sekarang.. Behave yourself ! Tak kisah apa pun Maya kena setuju jadi isteri Addi.. Faham ?!"

Sekurang kurangnya Addi dapat meyakinkan Mommy bahawa khabar angin tentang skandal Daddy adalah tipu belaka. Daddy menjalin hubungan baik dengan Maya adalah kerana Maya kekasih Addi. Tipu daya ciptaan Addi demi menjaga hati Mommy. Addi tidak sanggup melihat Mommy menderita gara gara Daddy.

" Maya baru lepas jumpa Mommy Addi tadi.. She knows about your dad and me.. Mommy Addi terlalu mulia hatinya dan Maya tak sampai hati nak sakiti wanita sebaik Datin Noura."

Tak semena air mata jatuh dipipi Maya. Kesal.

"Maya tahu Maya terlalu kejar kekayaan sampai lupa batas agama..Mommy Addi minta Maya kahwini Dato' Amer sebagai isteri kedua.. Sepatutnya Maya suka hati tapi entah kenapa Maya rasa bersalah sangat !"

Jari jemari runcing Maya mengesat air mata yang berderaian jatuh. Pandangan serasa kabur tiba tiba.

" Apa?!"

Gugur jantung Addi apabila mengetahui Mommy sudah pun bertemu Maya. Ternyata Mommy sudah dapat menghidu perilaku sumbang Daddy diluar. Pasti Mommy terluka teruk dengan perbuatan Daddy.

"Addi jangan risau.. Maya takkan rosakkan kebahagiaan Mommy Addi.. Anggap saja Maya tak pernah wujud.. Maya akan pergi jauh dari Dato' Amer.."

Tekad untuk meninggalkan kehidupan mewah disamping Dato' Amer walau masa depan Maya sendiri masih kabur.

"Please Maya.."

Spontan jari jemari halus Maya disentuh. Addi serba salah. Antara cinta dan konflik yang bakal mendatangi jika tersilap percaturan. Cuma untuk detik ini, Addi seakan enggan kehilangan Maya buat kali kedua pula.

"Janji dengan Addi.. Jangan pergi lagi ! Addi tak kisah siapa Maya atau sejarah silam Maya.. Addi minta maaf sebab berkasar tadi.. Addi cintakan Maya sejak dulu.."

Ucapan yang bertahun tersimpan jauh dilubuk hati dan baru kini ianya terluah.

"Addi please.. Maya kan .."

Maya jadi kehilangan kata kata pula apabila menatap jauh ke dalam mata Addi. Terasa satu perasaan halus menjalar disanubari. Indah dan mengasyikkan.

Namun, masih layakkah Maya mengecapi cinta tulus dari seorang lelaki?

Tiada jawapan untuk itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 02:05 AM | Show all posts
DATIN Noura tidak betah melihat Addi dan Maya berdua dihadapan mata. Prasangka terbit terhadap Maya. Apatah lagi apabila mengingati skandal di antara Maya dan suaminya. Tertanya tanya maksud kedatangan Maya ke sini. Malah Addi tampak ceria sekali berbual dengan Maya.

"Addi masuk ke dalam sekejap.. Maya berborak dengan Mommy tau.."

Sekadar alasan untuk membiarkan Maya dan Datin Noura berkenalan dengan dekat. Juga untuk merungkai permasalahan yang membelit. Addi mahu Datin Noura mengetahui bahawa Maya cuma manusia biasa yang pernah tersilap langkah. Berharap agar Mommy menerima hubungan Daddy dan Maya sebagai satu kesilapan mereka berdua.

"Apa tujuan kamu sebenarnya, Maya?!  Tadi kamu menangis konon menyesal jalinkan hubungan dengan Amer ! Sekarang anak lelaki saya pula kamu ingin perangkap.. Saya minta kamu jauhkan diri dari Addi ! Jangan sakiti dia.."

Tegas sekali nada suara Datin Noura.

Ternyata Datin Noura salah membuat penilaian. Maya sebenarnya licik ! Bukannya naif seperti yang digambarkan. Barangkali saja Datin Noura terlalu 'memberi muka' dengan wanita murahan seperti Maya.

"Maya cuma menurut kehendak Addi.. Addi minta Maya berkenalan dengan Datin.."

Maya gugup berbicara saat ini.

Masakan tidak, pandangan menyinga dan suara lantang Datin Noura membuat Maya kecut perut. Berbeza sewaktu pertama kali bertemu siang tadi.

"Berkenalan untuk apa?! Saya sudah tahu kamu perempuan jenis apa.."

Hilang sudah kesabaran dalam diri Datin Noura. Nada suara naik satu oktaf. Marah dengan Maya.

" Mommy.. Kenapa ni?!"

Addi berlari keluar mendapatkan Mommy dan Maya yang duduk di taman. Cemas mendengar Mommy meninggi suara.

"Macam mana Addi boleh kenal perempuan ini? Addi tahu tak siapa dia?! Dialah perempuan simpanan Daddy Addi !"

"Addi tahu, Mommy ! Tapi Addi yakin hubungan Maya dengan Daddy belum terlajak jauh.. Lagipun bila Maya dah jadi isteri Addi, Daddy takkan dapat bersama Maya lagi.. Please Mommy !"

Berharap agar Mommy mengerti tindakan Addi. Addi yakin dengan menikahi Maya segala kekusutan bakal terlerai.

"Addi tak perlu buat semua ini ! Perempuan ini tak layak untuk Addi !!"

Datin Noura enggan berbalah lagi. Hati tidak sanggup bermenantukan wanita 'sekotor' Maya. Tiada apa mampu mengubah keputusannya. Titik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ADDI merenung jauh ke luar jendela sambil ditemani Maya. Reaksi negatif Mommy memang diluar jangkaan.

Malah sehingga kini Mommy masih memprotes tindakan Addi.

Daddy pula tidak bersuara langsung. Barangkali takut kecurangan bersama Maya terbongkar maka Daddy mengambil pendekatan berdiam dan enggan mencampuri urusan baik Addi maupun Maya.

Walau Addi faham ibu mana sanggup jika ketahuan anak bujangnya ingin mengahwini seorang wanita yang pernah terpalit kisah hitam.

Namun Addi sukar mengalah dan menuruti kehendak Datin Noura.

Alang alang sudah bertemu semula Maya, Addi tekad memperisterikan wanita itu. Cinta memang adakala membutakan hati dan jiwa manusia. Addi juga tidak terkecuali. Maya satu satunya insan yang didambakan sejak dulu. Mustahil untuk Addi berpaling dan melupakan Maya. Kepala makin berserabut memikir tindakan sewajarnya.

"Maya rasa baik Addi turutkan saja kehendak Datin Noura.. Maya tahu salah satu sebab Addi beriya iya ingin kahwini Maya kerana untuk mengelakkan Maya menjalin hubungan dengan Daddy Addi.. Maya dah sedar sekarang.. Maya janji takkan berhubungan dengan Daddy Addi lagi.. Addi jangan risau ok.."

Maya mengusap lembut bahu Addi lantas menyandarkan kepala disitu.

Sedikit sebanyak hati Maya terluka dengan ucapan sendiri namun Maya sedar takdir telah menentukan jodoh mereka tiada. Bukan salah Datin Noura. Silap Maya sendiri kerana rakus dalam mengejar kekayaan dunia.

Dan ini adalah kifarah dari dosa lampau Maya...

"Kenapa Maya cakap macam itu?! Sebab Maya tak nak hidup dengan Addi ke?!"

Nada suara Addi tiba tiba meninggi. Stress dengan sikap Maya. Adakala Addi rasa seperti Maya hanya ingin mempermainkan hati dan perasaannya.

Maya pula tersentak mendengar tengkingan kasar dari mulut Addi. Spontan air mata membasahi pipi.

" Maya cuma tak nak sebuah keluarga yang bahagia rosak kerana Maya.. Sampai bila Addi nak berseteru dengan Mommy Addi? Daddy Addi pula takkan restui kita berdua.. Ini buktinya.."

Telefon pintar dalam poket seluar dikeluarkan lalu disua ke arah Addi. Maya tidak senang hati menerima pesanan ringkas dari Dato' Amer yang mengugut akan membuat Maya sengsara jika memilih untuk bersama Addi.

Addi ternganga membaca mesej yang tertera.

Siapa sangka Daddy benar benar berkehendakkan Maya sehingga tega mengancam mahu mencelakakan Maya jika Maya  tetap memilih untuk pergi jauh dari dirinya. Tempoh sebulan diberikan untuk Maya membuat keputusan.

" Maya tak pernah cintakan lelaki lain sepertimana Maya cintakan Addi.. Percayalah ! Tapi Maya tak sanggup berdepan semua ini.. Maafkan Maya, Addi !"

Serentak itu, Maya mendakap erat tubuh Addi.

Baru beberapa bulan menjalin cinta namun berat untuk Maya membiarkan Addi berlalu dari sisi. Punah sudah harapan hidup bersama. Maya yakin tiada lelaki lain bisa menggantikan tempat Addi di dalam hati buat selamanya.

"Maya.. Masih terlalu awal untuk kita menyerah.. Pasal Daddy, Maya jangan khuatir.. Tahulah Addi menguruskan nanti.. Maya cuma kena yakinkan Mommy, yang Maya dah berubah.. Janji dengan Addi yang Maya takkan kembali ke jalan hidup keji sebegitu.. Addi yakin lama kelamaan Mommy akan dapat terima Maya..Trust me!"

Addi merapatkan pelukan antara mereka seraya menghela nafas panjang.

Hati kini yakin bahawa cinta Maya adalah tulus khusus buat dirinya.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 02:30 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 10-4-2017 02:59 AM

MAYA tersenyum sendirian mengenang tingkah Addi semalam. Seharian mereka menghabiskan waktu senggang bersama. Memasak didapur sambil berkongsi kisah hidup mereka sepanjang terpisah sejak beberapa tahun lepas. Menonton drama Korea berdua.

Meski Maya tahu Addi bukan penggemar cerita televisyen genre sebegitu, namun demi menuruti kehendak Maya, Addi ikutkan jua.

Penghargaan dan kasih sayang yang ditunjukkan Addi membuat Maya merasa diri begitu dicintai.

Kalau di awal pertemuan semula dulu Maya meragui niat sebenar Addi akan tetapi kini segala keraguan beransur pergi. Maya yakin Addi adalah pemilik tunggal hatinya. Hanya takdir dan waktu bisa memisahkan mereka.

"Lepas jadi peneman Daddy, kamu sanggup pula meneman anaknya.. Dimana maruah kamu sebagai seorang wanita, Maya?!"

Satu suara mencelah kasar mengembalikan Maya dari khayalan indah tentang Addi. Terkejut melihat  kemunculan Datin Noura dimuka pintu yang kini terdedah.

Barangkali Maya terlupa mengunci usai kepergian Addi sebentar tadi. Fikirnya.

"Datin Noura.. Maya minta maaf ! Maya tahu Maya bersalah dulu.. Maya janji takkan ulangi kesilapan serupa.."

Beriya Maya merayu agar Datin Noura sudi memberi kemaafan. Meminta supaya diberi kesempatan untuk menjernihkan segala kekeruhan yang menimpa keluarga Datin Noura.

" Saya sudah lama maafkan kamu tentang hubungan kamu dan Amer.. Tapi saya tetap tak boleh terima jika Addi berkeras untuk memperisterikan kamu. Langkah mayat saya dahulu !!"

Pantang bagi Datin Noura andai anak lelakinya sanggup berpatah arang berkerat rotan semata mata ingin memiliki wanita se'buruk' Maya. Addi punya rupa dan pelajaran. Janggal sekali jika bergandingan dengan Maya yang pernah memiliki rekod hitam.

" Begini Maya.. Kita sama sama wanita.. Satu hari nanti kamu juga akan menjadi seorang Ibu.. Apa perasaan kamu jika anak lelaki yang kamu besarkan dari kecil tiba tiba memilih calon isteri yang tidak senonoh?"

Datin Noura merenung ke arah wajah cantik Maya.  Mengharap pengertian.

" Addi anak saya.. Darah daging saya ! Saya tak rela Addi hidup bersama bekas pelacur seperti kamu.."

Jantung Maya bagai direntap mendengar setiap bait perkataan dari Datin Noura.

Sejenak jari jemari Maya menyentuh perut. Mengusap bekas parut kali pertama Maya menjalani pembedahan sewaktu ingin melahirkan Adam, anaknya yang mati gara gara kelalaian ibu mertua.

Serasa pilu menusuk ke sanubari tak semena..

"Maya faham Datin hanyakan ingin yang terbaik buat Addi.. Maya janji takkan dekati Addi atau Dato' Amer lagi.. Datin jangan risau.."

Maya memberi jaminan. Memahami naluri seorang ibu. Rasa bersalah andai cinta mereka melukakan hati Datin Noura.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2017 12:28 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 17-3-2017 09:21 AM

BERJALAN  tanpa hala tuju seorang diri. Maya tidak tahu mahu ke mana. Kata kata Datin Noura bagai menghantui fikiran sedari tadi.

Saya tak rela Addi hidup dengan bekas pelacur seperti kamu !

Maya hanyut dalam khayalan sehingga tidak menyedari kaki sudah jauh melangkah ke tengah jalan dan ada sebuah kereta sedang menuju ke arahnya..

Kedengaran bunyi brek mengejut. Pemandu kereta terus menerpa ke arah Maya yang masih terpinga pinga berdiri..

" Amaya?! Maya sayang !!"

Serentak itu, tubuh Maya dipeluk erat lantas ditarik ke pinggir jalan.

Kerinduan yang tersimpan selama lebih lima tahun sejak diri tega meninggalkan Maya bersendirian menongkah arus kehidupan.

"Akif?!"

Maya segera meronta tanda protes seraya memberi isyarat supaya Akif meleraikan pelukan antara mereka. Luka lama masih terasa mengenangkan sikap pentingkan diri Akif dulu.

" I rindukan you, Maya ! I dah balik sekarang.. I janji akan beri semua kemewahan untuk you.."

Tanpa segan silu Akif mencapai jari jemari Maya lalu dikucup, lama. Duit kini bukan lagi penghalang buat Akif hidup berbahagia bersama insan tercinta.

"You boleh simpan saja semua duit you.. I tak berminat.."

Maya pantas menolak. Duit bukan segalanya walau Maya sedar kuasa disebalik helaian not kertas itu.

"Please Maya.. I bekerja keras bertahun tahun disebabkan you.. Don't do this to me, sayang.."

Entah kenapa Akif kecewa dengan reaksi Maya. Punah sudah harapan untuk kembali bersama andai Maya bersikap sedemikian rupa.

"What you expect from me then?! You biarkan I hidup terkontang kanting.. You tinggalkan I seorang diri di hospital jiwa.. Janji you nak melawat I, setakat janji.. You ceraikan I terus ! You sedar tak you selfish? ! You langsung tak pernah fikir tentang I !"

Maya puas setelah berjaya menghambur segala kemarahan terhadap Akif, bekas suami yang tidak berguna buat Maya.

" I minta maaf, Maya ! I terpaksa.."

Akif sedar kesalahan lampau yang dilakukannya. Namun itu saja pilihan terbaik difikirkan buat mereka pada waktu itu.

" I gotta go ! Please just leave me alone.. Please  Akif!"

Usai berkata begitu Maya terus berlari menuju ke arah bertentangan. Entah kenapa sayu menerpa dengan pertemuan yang tidak diduga ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2017 12:33 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 15-3-2017 12:42 AM

AKIF meninjau persekitaran kondominium yang dikhabarkan tempat Maya tinggal. Maklumat dari penyiasat upahan Akif mengatakan Maya hidup mewah hasil tajaan seorang VIP terkemuka.

Sejauh mana hubungan Maya dan lelaki berusia tersebut, Akif enggan ambil peduli. Keutamaan bagi Akif kini adalah untuk membawa Maya kembali ke sisi sekaligus jauh dari noda.

Selesai memarkir kereta dikawasan pelawat, Akif menuju ke lif untuk naik ke unit kediaman Maya.

Hati berdebar debar memikirkan penerimaan Maya sebentar nanti..





SENYUM lantas berpuas hati dengan penampilan diri.

Maya hanya ingin kelihatan menarik di pandangan mata Addi. Sesekali melirik sekali imbas cermin untuk memastikan solekan yang dipakai kemas diwajah.

Kedengaran loceng dibunyikan. Sepantas kilat Maya berlari untuk membuka.

Alangkah terperanjatnya Maya apabila melihat kedatangan Akif ke mari..

"Mana you tahu I duduk sini?!"

Maya menyoal garang.

Kemunculan Akif sungguh diluar dugaan. Tak pasti mimpi apa yang membawa Akif ke mari sedangkan baru petang tadi mereka bertemu dan Maya sudah tekad ingin Akif menjauhkan diri.

" Lebih lima tahun Maya.. Dan you bertambah cantik daripada dulu.."

Sejenak Akif terpana menatap seraut wajah milik Maya. Serasa jatuh cinta buat kali kedua pada wanita yang sama.

" Stop it, Akif ! I tak nak dengar kata kata manis you lagi.. Just get yourself out from here !"

Sungguh Maya meluat melihat Akif tika ini. Benci dan marah membara sehingga Maya jadi tidak keruan. Silap hari bulan mungkin Akif bakal menjadi mangsa maki hamun Maya.

"Please Maya.. We need to talk ! I janji I takkan sia sia kan hidup you lagi.. I masih cintakan you !"

Akif enggan berputus asa memujuk Maya supaya kembali ke pangkuannya. Sempat berdoa agar hati Maya lembut untuk menerima Akif sebagai suami semula.

"I tak ada masa nak bercakap dengan you.. Just go ! Jangan ganggu hidup I lagi !"

Keputusan Maya muktamad.

Hubungan antara mereka berdua sudah lama berakhir sebaik saja talak dijatuhkan. Tidak perlu Akif kembali menagih cinta Maya semula. Hati Maya bukan milik Akif lagi.

Sempat Maya memprotes tindakan Akif didalam hati.

"Maya !!!"

Satu laungan suara garau kedengaran disebalik pertikaman lidah antara Maya dan Akif.

Baik Maya dan Akif terdiam, membisu.

Hanya mata mereka tertumpu kepada seorang lelaki tinggi lampai yang sedang merenung tajam Akif dan Maya silih berganti.

"Apa semua ini, Maya?! Kata nak berubah ! Ni lelaki mana pula yang Maya bawa balik sampai ke rumah?!"

Addi lebih fokus menatap ke dalam anak mata Maya, menagih jawapan. Kehadiran Akif diabaikan saja. Perubahan ketara imej Akif membuatkan Addi tidak mengecam identiti sebenar Akif.

"Please Addi.. Jangan salah sangka ! Maya boleh terangkan.."

Maya segera menarik lengan Addi supaya masuk ke dalam mendengar penjelasan sebenar disebalik kemunculan Akif. Maya juga seolah tidak mengendahkan kewujudan diri Akif saat ini.

"I takkan putus asa, Maya ! I akan datang lagi lain kali.."

Mengalah bukan kalah. Akif cuma enggan menambah keruh keadaan. Sepertimana Addi, Akif juga gagal mengenalpasti wajah terkini Addi.

Sumpah seranah bergema dalam hati khusus buat Addi lantaran  mengganggu perbincangan Akif bersama Maya. Langkah diatur pelahan. Hati berat meninggalkan Maya dan Addi berdua namun apalah daya Akif. Kedatangannya tidak disukai oleh Maya sendiri.

" Kenapa, Maya? Kenapa Maya tergamak ajak lelaki lain singgah semasa Addi tak ada?!"

Baru saja melangkah kaki masuk ke dalam , Addi terus meminta penjelasan dari Maya.

Cemburu kian menguasai fikiran.

Apatah lagi apabila melihat Maya berdandan cantik sedemikian rupa. Prasangka buruk terbit dihati. Bimbang Maya kembali ke kegiatan lama melayani lelaki berhidung belang dan berpaling dari Addi.

" Addi masih ingat bekas suami Maya?"

Addi hanya mengangguk, tanda ingat.

"That's him ! Tapi Maya tak tahu macam mana Akif boleh cari Maya sampai ke sini.. Sumpah ! Maya tak tipu, Addi !"

Beriya Maya mencuba meyakinkan Addi bahawa kemunculan Akif bukan satu undangan.

"It's ok.. Addi percayakan Maya ! May be Maya kena pindah dari sini.. Nanti Addi carikan Maya tempat tinggal baru.."

Malas memanjangkan pertikaian antara mereka berdua, Addi berkata begitu. Jauh disudut hati Addi yakin Maya berkata benar. Barangkali Akif yang mencari tahu keberadaan Maya sehingga bertemu disini.

"Kita bincang pasal itu kemudianlah..  By the way, Maya ada masak butter prawn kesukaan Addi.. Kerabu mangga dengan siakap stim pun ada..Maya belajar dari youtube.. Semuanya khas untuk Addi.."

Maya senyum seraya menarik tangan Addi menuju ke meja makan. Niat hati cuma ingin membuat Addi bahagia dihari terakhir mereka berdua..

Sedetik kemudian, Maya terkenang janji yang dibuat dihadapan Datin Noura membuatkan Maya sayu..

Maafkan Maya, Addi ! Maya tak sanggup lukakan hati seorang ibu .. Maya harap Addi faham kenapa Maya harus pergi..

Malangnya kata kata itu hanya bergema didalam hati. Maya takut membayangkan reaksi Addi jika tahu akan kebenaran yang cuba disembunyikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2017 04:51 PM | Show all posts
CINCIN berlian dalam genggaman menjadi saksi bahawa hasrat hati Addi bukan mainan. Biar satu dunia menentang cinta mereka namun Addi pasti jodoh bakal memihak kepada mereka.

Bibir mengukir senyum bahagia tatkala mengingati Maya.

Lirikan mata dan lenggok suara benar benar membuat Addi gila bayang. Tambah pula dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Maya dikala bertemu menyemarakkan cinta dalam hati Addi.

Justeru Addi tekad ingin menyunting bunga yang dipuja sebagai suri hidup agar kasih sayang mereka terpatri buat selamanya.

Addi menekan loceng berkali kali namun bayang Maya masih belum muncul membuka pintu seperti selalu.

Mujur Addi memiliki kunci pendua. Pantas jari jemari memutar kunci menembusi pagar dan tombol pintu.

Usai berjaya masuk ke dalam, Addi segera menjengah ke setiap satu bilik mencari Maya.

Sayang, pencarian Addi sia sia. Maya tiada dimana mana.

Sehelai kertas yang terletak atas meja kopi menarik perhatian Addi. Pantas tangan mencapai lalu mata menatap tulisan yang tertera..

Maafkan Maya sebab pergi tanpa tinggalkan pesan kepada Addi.  Maya cuma ingin Addi tahu bahawa Maya benar benar cintakan Addi. Tetapi kita tak layak untuk berjalan seiringan. Datin Noura betul bila berkata tiada seorang ibu pun akan sanggup melihat anaknya hidup bersama bekas pelacur seperti Maya. Terima kasih kerana sudi menerima diri Maya yang penuh dosa ini. Maya doakan Addi berbahagia selalu.

Salam sayang,
Amaya

Damn it !

Surat peninggalan Maya renyuk digenggaman Addi.

Sampai hati Maya buat macam ini..

Hati Addi merintih sedih dengan kepergian Maya secara tiba tiba.

Otak bekerja memikir tempat yang mungkin menjadi kunjungan Maya.

Setahu Addi, Maya hanya hidup sebatang kara. Membesar di rumah anak yatim sedari dilahirkan. Identiti sebenar ibu dan ayah Maya tinggal tanda tanya.

Telefon bimbit dicapai. Ada seseorang yang boleh Addi harapkan untuk menjejaki Maya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 30-3-2017 12:15 AM

ENTAH kenapa Maya keberatan meninggalkan Addi. Terlanjur berjanji inilah padahnya. Sedari tadi Maya hanya terpaku memerhati teksi lalu lalang. Memikir kembali tindakan yang wajar diambil. Maya buntu. Tiada teman untuk mengadu. Dunia seolah kejam terhadap Maya kerana sehingga saat ini Maya sukar merasai nikmat kasih sayang sejati.

Sewaktu mengahwini Akif, Maya meyakini Akif akan bersama Maya dalam suka dan duka. Malah Maya juga berharap dapat menumpang kasih ibu dari Husna.

Malangnya, harapan Maya tidak seindah realiti. Maya hanya mampu bersabar dan beranggapan ini adalah takdir hidup yang harus Maya jalani.

Sedang asyik Maya memikir untung nasib, mata terpandang seorang gadis melintas melulu tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang. Jelas tampak kekeruhan diwajah sang gadis sehingga membuat Maya jadi penasaran.

"Adik !!!"

Maya menjerit sekuat hati apabila melihat gadis itu tegar menyeberang jalan meski ada sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya.

Tiada respon dari si gadis, Maya segera berlari pantas lalu menarik gadis itu ke tepi jalan. Tindakan drastik Maya menyebabkan mereka berdua terjatuh. Kepala Maya sakit terhantuk batu.

Dalam keadaan pening pening lalat, Maya bingkas bangun mendapatkan gadis tadi.

"Kenapa akak selamatkan Arin?! Arin nak mati !"

Tak semena gadis yang menggelar diri Arin meraung dihadapan Maya.

Maya terpempan. Buntu mengambil langkah seterusnya bagi memujuk Arin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 07:35 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 18-3-2017 09:25 PM

ARIN segera meneguk air tin soya yang dihulur oleh Maya. Tekak yang tadinya haus mula terasa lega.

"Arin takut Kak.. Macam mana Arin nak bagitahu Mommy pasal kandungan Arin?"

Entah kenapa Arin jadi selesa disamping Maya meski baru beberapa jam berkenalan.

"Arin kena berterus terang.. Memang pada awalnya Mommy Arin akan marah.. Tapi lama lama nanti lembutlah hati dia.. Arin dengar cakap akak ok.."

Umpama seorang pakar psikologi , Maya memberi semangat kepada Arin supaya kembali ke pangkuan keluarga.

"Arin tak nak...."

Belum sempat Arin menghabiskan kata katanya seorang wanita jelita terus saja menarik Arin lalu memeluk erat.

"Arin.. Ke mana lah Arin pergi sejak semalam? Risau Mommy dibuatnya.."

Sempat menarik nafas lega melihat anak kesayangannya selamat, wanita tadi beralih menerkam ke arah Maya.

"Tak sudah sudah kamu bikin masalah.. Apa tujuan kamu dekati anak gadis saya pula, Maya?!"

Maya tersentak diserang sedemikian rupa. Terkejut dengan tuduhan Datin Noura.

" Maya baru kenal Arin...."

Namun tak semena satu tamparan mengenai pipi Maya.

"Mommy !! Apa salah Kak Maya?!"

Arin terpaksa masuk campur, mempersoalkan tindakan Datin Noura.

" Arin tak kenal siapa perempuan ni !! Dia ni ..."

" Ini girlfriend Abang Addi.."

Addi muncul sebagai penyelamat, mengendurkan ketegangan yang dicetuskan oleh Datin Noura sekaligus mengelakkan Mommy dari terus mengaibkan Maya.

"Really?!"

Mata Arin bercahaya, gembira.

Serasa mimpi pula bakal memiliki kakak ipar secantik Maya. Terlupa sebentar permasalahan yang membelengu diri.

Addi cuma mengangguk, tanda mengiyakan kata kata Arin.

"Cuma biasa lah Mommy sibuk nak padankan Abang dengan anak kawan dia yang entah apa apa itu.. Tak berkenan lah dengan Kak Maya ini.. Tu yang abang membujang sampai sekarang.. Tunggu green light dari Mommy.."

Alasan spontan terkeluar dari bibir Addi untuk menerangkan tindakan Mommy melayan kasar Maya kepada Arin.

"Oh.."

Hanya itu yang terluah oleh Arin. Sejenak pilu bertandang.

Arin risaukan penerimaan Mommy jika ketahuan dirinya bunting tanpa suami. Lelaki durjana yang bertanggungjawab pula hilang tanpa jejak.

"Arin dengan Mommy balik dululah.. Abang ada hal sikit nak cakap dengan Kak Maya.."

Addi mencuit Maya memberi isyarat supaya Maya mengikut langkahnya.

Antara mahu atau terpaksa, Maya hanya akur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2017 12:52 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 17-3-2017 01:02 AM

"MANA Addi tahu Maya ada dekat sini?"

Maya terus menyoal sebaik saja masuk ke kereta. Hairan melihat Addi muncul secara tiba tiba.

" Addi tahulah.. Addi ada pasang tracker kat Maya.."

Addi tersengih umpama kerang busuk.

Hati sempat berterima kasih kepada pengawal keselamatan yang sudi membantu Addi menjejaki Maya.

Rupa rupanya Maya  baru saja keluar menghala ke jalan besar. Addi yakin Maya berjalan kaki menghala ke perhentian teksi terdekat. Sememangnya ramalan Addi benar belaka. Usaha Addi membuahkan hasil dan Maya berjaya ditemui.

"Yelah tu !"

Maya malas layan.

"Pipi Maya ok tak?"

Tangan kasar Addi menyentuh lembut kulit wajah Maya. Mencari kesan lebam atau luka gara gara ditampar Mommy. Bimbang Maya cedera.

"Dah nasib, Maya.. Sebelum ni kena dengan anak,sekarang ni Mommy dia pula.. Redha sajalah.."

Maya sengaja berkata begitu sekaligus menyindir tingkah Addi dulu.

Berpaling merenung ke arah luar tingkap menghadap jalan raya.

"Addi janji itulah kali pertama dan terakhir Addi kasari Maya.. Please Maya ! Jangan ungkit pasal tu lagi.."

Perasaan bersalah menerpa dijiwa. Addi kesal kerana bertindak mengikut nafsu amarah.

Tiada reaksi dari Maya. Hanya membisu seribu bahasa.

Seketika kemudian, suasana sepi melingkari mereka.

" Kenapa Maya sanggup tinggalkan Addi?"

Serius sekali raut wajah Addi ketika melontarkan pertanyaan itu. Kesal dan terkilan dengan sikap Maya.

"Maya dah berjanji dengan Mommy Addi yang Maya takkan ganggu hidup Addi lagi.. Maafkan Maya tapi hubungan kita memang takkan ke mana.."

Meski pahit namun itu adalah satu kebenaran.

Walau sekuat manapun cinta Maya terhadap Addi, tanpa restu dari Datin Noura dan Dato' Amer semua sia sia belaka. Maya enggan membuang masa mengejar impian hidup bersama yang belum tentu terlaksana.

" Habis macam mana dengan janji Maya takkan tinggalkan Addi?"

Addi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Maya.

" Maya tak layak untuk lelaki sebaik Addi.."

Spontan Maya berkata begitu.

Serentak itu, rasa rendah diri timbul. Maya sedar diri. Mereka tidak setaraf. Mustahil pipit boleh terbang seiringan dengan enggang.

" Bullshit lah !!"

Nada suara Addi mula meninggi.

" Sekarang ini terpulang pada Maya.. Kalau Maya betul betul cintakan Addi, tolong jangan tinggalkan Addi.. Tapi kalau Maya tetap nak pergi, Addi takkan halang.. Cuma Addi faham faham sendirilah yang Maya memang tak serius dengan hubungan ini.. Addi saja bertepuk sebelah tangan.."

Sememangnya Addi kecewa jika benar Maya tetap memilih untuk menjauh.

Namun, Addi sedar cinta tak boleh dipaksa. Maya punya hak untuk menentukan jalan hidup sendiri. Jika Maya memilih untuk meninggalkan dirinya, Addi terpaksa akur.

"Addi please.. Maya bukan tak cintakan Addi.. Maya tak nak Addi dan keluarga Addi berantakan.. Addi bertuah punya Mommy dan Daddy.. Maya tak pernah rasa semua itu.."

Air mata Maya bercucuran jatuh. Maya segera mengesat.

Sebak mengenang nasib tidak berayah dan beribu. Tiada siapa tahu, jauh disudut hati, Maya cemburu melihat orang lain memiliki sebuah keluarga lengkap. Alangkah bahagia jika Maya diberi kesempatan sebegitu.

"Maya.. Kita boleh bina keluarga bahagia kita sendiri kalau Maya nak.. Maya, Addi dan bakal anak anak kita.. Addi yakin Mommy dan Daddy akan terima Maya juga suatu hari nanti.. Please Maya.."

Sebentuk cincin dikeluarkan lantas disarung ke jari manis Maya.

Maya hanya terpaku. Tidak menyangka Addi bertindak sejauh ini. Serba salah.

" Will you marry me?"

Addi tekad mengemukakan lamaran terhadap Maya. Bertahun menanti saat untuk memiliki wanita Idaman.  Dada berdetak kencang menanti jawapan balas dari Maya.

" Maya...."

Bicara Maya tersekat. Mata kian berkaca. Saki baki airmata tampak jelas dipipi.

Lantas Maya merapati Addi yang duduk ditempat pemandu lalu memeluk erat tubuh Addi. Perasaan bercampur baur.  Antara pilu dan terharu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2017 10:00 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-3-2017 12:26 AM

AKIF tersentak melihat Addi dan Maya mesra bergandingan berjalan ke arah rumah. Curiga dengan hubungan yang terjalin antara mereka berdua. Dalam masa yang sama Akif rasa bersalah kerana meninggalkan Maya dulu.

Andai saja Akif cuba bertahan pasti Maya takkan jauh terpesong sebegini.

Kesal apabila Akif mendapat tahu Maya menggunakan kecantikan yang dimiliki untuk mendampingi lelaki lelaki kaya demi kemewahan hidup.

"Maya.. We need to talk !"

Pantas Akif menarik tangan Maya sebelum sempat Maya masuk ke dalam. Maya terpinga pinga dengan kemunculan mengejut Akif.

Namun, Maya meronta untuk melepaskan diri dari pegangan Akif. Makin kuat pula cengkaman tangan Akif.

"Wait bro.. Kau tak ada hak nak paksa Maya bercakap dengan kau.."

Addi masuk campur untuk menghentikan tindakan  kasar Akif terhadap Maya.

"Aku tahu niat kau dekati Maya.. Cukuplah 'khidmat' Maya pada kau.. Bagitahu aku berapa banyak yang pernah kau laburkan kepada Maya.. Aku boleh bayar balik ! Mulai hari ini , Maya milik aku dan aku nak kau jauhkan diri dari Maya.."

Akif sekadar serkap jarang. Yakin Addi juga adalah antara lelaki yang Maya dampingi kerana wang ringgit.

"How dare you !!"

Lantaran geram mendengar kata kata yang terpacul dari bibir Akif, spontan tangan Maya melayang penampar tepat ke wajah Akif.

"What's wrong with you, huh?! You cuba beli I dengan duit you?!"

Sungguh Maya terluka dengan setiap patah perkataan yang baru didengari dari Akif. Meletakkan kedudukan Maya ditempat yang paling hina.

" Bukan itu ke yang you nak? Duit ! You benarkan diri you dibeli oleh wang ringgit ! Jangan ingat I tak tahu kegiatan you ! Berapa ramai entah lelaki kaya you dah kikis !!"

Akif enggan mengaku kalah kali ini. Baginya Maya harus disedarkan sebelum terlambat.

"Listen here, Maya.. Lelaki ini atau lelaki lain takkan serius dengan you.. Mereka cuma pergunakan you !  Sama juga dengan you, you hanya mahukan wang mereka ! Tapi I tak kisah semua itu sebab you pernah jadi isteri dan Mama pada anak I .. Seumur hidup I, I cuma cintakan you ! I sumpah kali ini I takkan sesekali tinggalkan you atau sakiti hati you.. Please Maya.. Kita boleh mulakan hidup baru.."

Nada suara Akif lembut memujuk. Penuh harapan agar Maya sudi kembali dan mereka akan berbahagia seperti dulu.

" Whooa.. It's too much ! Jangan samakan aku dengan lelaki lain ! Aku memang serius nakkan Maya !"

Entah kenapa Addi jadi bengang mendengar Akif cuba meracuni fikiran Maya dengan membuat andaian yang tidak berasas. Kalau Addi ikutkan hati mungkin Akif sudah lunyai dibelasah teruk.

" Untuk pengetahuan kau, aku dan Maya akan berkahwin.. Tolong jangan ganggu Maya lagi !"

Addi memberi amaran keras.

"Aku tak rasa Maya akan kahwin dengan kau.. Simpan saja angan angan kau tu !"

Akif sengaja mahu menaikkan kemarahan Addi. Ingin melihat sejauh mana Addi mampu bersabar.

" Kau memang...."

Kesabaran Addi kian ke kemuncak. Tangan segera menyentap kuat bahu Akif sebelum mengacu penumbuk tepat ke wajah.

Akif bijak menangkis serangan. Menghadiahkan pula sepakan ke dada bidang Addi. Bertalu tumbukan dihadiahkan.

Addi hampir terduduk tetapi masih mampu mengawal imbangan badan sebelum bangkit lalu menghenyak kuat tubuh Akif.

" Cukup Addi !"

Maya segera menarik Addi supaya menjauhi Akif. Takut melihat darah dan lebam lebam di wajah kedua mereka.

"Akif.. Kita dah tak ada apa apa lagi yang nak dicakapkan .. Please ! I nak you pergi dari sini sekarang !"

Pantas Maya menghalau Akif supaya berlalu secepat mungkin. Maya bimbang Addi dan Akif bakal bercakaran semula.

" You know what, Maya.. I rasa ada hikmah kenapa anak kita mati dulu.."

Akif mengelap darah yang mengalir dibibir sambil merenung tepat ke wajah Maya. Wanita yang dicintai sejak dulu hingga kini.

" Mungkin kalau Adam masih hidup, Adam akan malu melihat cara hidup Mama dia sekarang.."

Selesai berkata begitu, Akif terus melangkah kaki untuk menghala ke lif. Kecewa dengan sikap Maya. Otak buntu memikir jalan untuk membuat Maya kembali ke sisi.




SENTUHAN lembut tangan Maya membuatkan kesakitan yang dirasai Addi berkurang. Senang bilamana Maya tampak cemas membersihkan kesan luka diwajah. Sungguh Addi ingin agar waktu terhenti supaya dapat menikmati detik indah ini lebih lama. Melihat Maya beriya merawat dirinya, perasaan bahagia menjalar disanubari.

Selesai menyapu ubat ke luka Addi , Maya beralih ke balkoni. Menghirup udara segar sambil mata menatap gelap malam yang diterangi lampu neon. Tak semena satu keluhan terluah.

" Kenapa ni, Maya?"

Addi menyoal prihatin. Sedari tadi Maya dilihat seperti menyembunyikan sesuatu. Riak wajah muram.

"Addi patut cari wanita lain sebagai isteri.. Maya tak nak imej Addi kotor nanti disebabkan Maya.."

Maya mengeluh buat kali kedua.

Sedangkan Akif bekas suami Maya sendiri beranggapan Maya rela dijual beli dek kerana wang maka Maya tidak sanggup jika sejarah dirinya ketahuan oleh mana mana kenalan Addi. Bimbang Addi bakal dihina kerana sanggup memperisterikan Maya. Maruah keluarga Addi juga akan tercemar sama.

"Addi bukan artis terkenal pun nak kena jaga imej dengan public.."

Addi sempat berlawak. Malas ambil pusing tanggapan negatif orang.

"Tapi Addi...."

Maya kurang senang dengan reaksi yang ditunjukkan Addi. Hal ini menyangkut paut masa depan Addi sendiri. Maya tidak mahu Addi menyesal dikemudian hari.

" Stop it, Maya !  Addi tak nak dengar !  Sampai bila Maya nak beralasan?!"

Riak wajah Addi berubah serius sewaktu memotong percakapan Maya.

Jelak dengan sikap Maya yang tiada pendirian. Kadang Addi terasa Maya seolah sengaja berkelakuan begitu supaya Addi tawar hati dan pergi menjauh.

"Maya.. Salah ke Addi cintakan Maya? Addi sayangkan Maya sepenuh hati ! Kenapa Maya tak nampak semua itu?!"

Serasa kesal dengan tingkah Maya yang hingga kini buta menilai ketulusan cintanya.

" Entahlah Addi.. Macam mana kalau Mommy dan Daddy Addi takkan restui kita? Sanggup Addi lepaskan semua semata mata untuk Maya? Maya cuma tak sampai hati tengok Addi kehilangan apa yang Addi ada sekarang !"

Realiti tak seindah mimpi. Maya mahu Addi sedar risiko yang ditanggung jika mereka meneruskan hajat hidup bersama.

"Biarlah Maya.. Addi tak kisah !"

Sedar perbalahan antara mereka hanya akan mengeruhkan hubungan, Addi enggan memanjangkan cerita.

Lantas meraih tubuh Maya rapat ke sisi. Jari jemari Maya dielus, lembut. Maya hanya membiarkan saja perbuatan Addi.

" Maafkan Maya ! Maya terbawa bawa emosi dengan kata kata Akif tadi.."

Maya cuba senyum bagi menutup rawan dihati. Sejenak hati berdetik sayu. Barangkali Akif benar.

Pasti arwah Adam malu beribukan Maya, seorang wanita yang penuh dosa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 07:21 PM | Show all posts
terbaik.... jgn lupa sambung yer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 01:45 PM | Show all posts
woaahhhhh... hebat elia!!!! u mmg pandai mengarang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
SEKEPING cek bernilai lima ratus ribu ringgit dicampak tepat ke arah Maya. Maya terkejut dengan tingkah biadab Datin Noura. Hanya mampu memprotes dalam hati. Siapalah Maya untuk menegur perilaku Datin Noura.

"Saya nak kamu tinggalkan Addi ! Jangan mimpi mahu jadi isteri anak saya konon.. Dasar perempuan simpanan tak sedar diri !"

Pagi pagi lagi telinga Maya sudah didendangkan dengan kata kata nista.

"Ambil duit ini.. Rumah ini milik anak saya ! Kalau awak masih ada perasaan malu, sila berambus !"

Angkuh sekali gaya Datin Noura mengarahkan Maya keluar. Sempat menjeling benci wajah Maya.

" Datin Noura.. Maya mahu berubah ! Dan Maya ikhlas untuk perbaiki kesilapan lalu.. Maya harap Datin bagi Maya peluang.. Tolong Datin !"

Maya tunduk melutut dihadapan Datin Noura. Memohon pengertian buat sekian kali.

" Cukuplah awak perbodohkan suami dan anak saya ! Saya takkan termakan dengan tipu daya awak !"

Datin Noura berkeras menolak rayuan Maya mentah mentah.

" Maya tahu Datin takkan percayakan Maya.. Terpulanglah !  Tapi salahkah Maya kalau jatuh cinta pada anak lelaki Datin?!  Apa selamanya Maya harus dikeji sedangkan Maya juga manusia biasa tak lepas dari dosa !  Sampai bila Datin nak mencuba pisahkan Maya dan Addi?"

Bertalu talu soalan terkeluar dari bibir Maya. Kecewa dengan sikap Datin Noura melayani diri.

"Baiklah kalau awak memang nak kan peluang , saya akan benarkan awak kahwini Addi kalau awak mampu penuhi syarat saya.."

Angkuh sekali wajah Datin Noura saat berkata begitu.

"Maya terima apa saja syaratnya Datin.."

Sejenak mata Maya bercahaya, gembira. Yakin bahawa hajat hati untuk bersama Addi bakal terlaksana.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa cari jadi lain? Ketinggalan zamannye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
SYUKUR tak terhingga Addi ucapkan kepada Allah kerana akhirnya berjaya memiliki wanita yang dicintai. Sudah hampir setahun mereka disatukan. Malah Maya kini sarat mengandung zuriat sulung mereka. Sungguh Addi merasa hidupnya cukup sempurna.

Sejenak Addi berdoa agar kebahagiaan ini kekal milik mereka berdua.

Ruang katil kosong disebelah ditenung. Hati merindukan Maya saat ini.

Sejak disahkan mengandung, Addi dan Maya terpaksa tidur dibilik berasingan.

Hal ini kerana Mommy risaukan Maya dan bayi dalam kandungan.

Maya pernah mengalami pendarahan teruk ketika diawal kehamilan, justeru Datin Noura terpaksa bertindak drastik memisahkan Addi dan Maya seketika.

Demi keselamatan isteri dan anak sulung mereka, Addi akur berpindah sebentar ke rumah Mommy dan membiarkan Maya dijaga oleh bidan khas yang diupah Mommy.

Daddy pula jarang pulang ke rumah sejak dari hari Addi dan Maya diijabkabulkan. Barangkali Daddy perlu masa untuk menerima hakikat Maya kini sudah bergelar menantu sekaligus isteri kepada anak sulungnya.

Kantuk semakin dirasakan. Addi mencapai bantal lalu dipeluk erat. Bayangan Maya bermain diminda. Bibir mengukir senyuman bahagia.

Sejenak, Addi terlena dibuai mimpi indah Maya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts


MAYA terkesima tatkala menatap bayi merah depan mata. Riak wajah sayu menatap wajah polos itu. Anak kecil itu menangis minta disusukan.

Sayang, Maya tidak mampu memenuhi keperluan sang bayi. Tak sedar air mata jatuh dipipi. Perasaan bersalah menghantui diri.

“ Maya jangan khuatir.. Biasalah susu tak keluar awal awal ini.. Mommy dah minta Addi sediakan susu formula untuk cucu sulung Mommy ini..”

Seakan mengerti segala yang tersirat dihati Maya, Datin Noura menepuk bahu Maya memberikan semangat.

Maya hanya mengangguk lemah. Sedih namun apalah daya. Cuma mampu menurut saja kata kata Datin Noura.

Hati bertambah sayu apabila melihat bertapa bahagianya Addi mendakap bayi mereka. Wajah lelaki yang dicintai itu tampak benar benar gembira menimang zuriat pertama.

Tanpa sedar, Maya menangis, pilu didalam hati.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
“PEREMPUAN hina !!”

Serentak itu, beberapa helai dokumen dan kepingan gambar dicampak ke muka Maya.

Maya kaget, seketika.

Diri baru sahaja selesai menidurkan Dania, bayi mereka yang kekenyangan usai meminum sebotol susu.

“Kenapa Addi marah marah ni? Apa salah Maya?”

Maya buntu menerima ‘makian percuma’ dari suaminya.

“ Jangan berpura pura, Maya ! Addi fikirkan Maya dah berubah.. Maya bukan saja pernah menjadi perempuan simpanan Daddy, tapi Maya sanggup tidur dengan lelaki lain walau pun sudah menjadi isteri Addi !!”

Sungguh Addi tidak percaya apabila ada insan menghubungi dan menabur fitnah tentang kelakuan sumbang Maya. Malah menyatakan bahawa Dania bukan zuriatnya.

Demi sebuah kebenaran, Addi rela meminta tolong rakan karibnya membuat ujian DNA.

Malangnya, keputusan DNA menunjukkan Dania memang bukan darah daging Addi.

Sekaligus memberi jawapan bahawa benar Maya masih berkelakuan sumbang meski sudah bergelar isterinya.

“Addi jijik dengan Maya !! Baik Maya pergi dari sini !!”

Allah saja tahu bertapa remuk hati Addi saat ini. Cinta yang diberi dibalas tuba.

“Demi Allah, Addi ! Maya tak pernah melakukan perkara terkutuk itu.. Tolong percayakan Maya!!”

Maya melutut memohon pengertian dari sang suami.

“Ini bukti Dania bukan anak Addi ! Kenapa Maya sanggup menipu Addi sampai begini sekali ha??!”

“Addi please.. Biar Maya jelaskan..”

Enggan berputus asa, Maya segera memeluk erat kaki Addi.

“ Cukup Maya !!”

Addi segera menepis pautan tangan Maya.

Serentak itu,tangan Addi pantas menarik tubuh Maya yang sedang melutut sehingga ke muka pintu.

“Addi tak mahu tengok muka Maya lagi.. Pergi !!”

Tubuh Maya ditolak kasar ke arah laman. Maya hampir tersembam lantaran gagal mengawal imbangan badan.

Addi terus menghempas kuat pintu sambil membiarkan saja Maya menangis seorang diri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.083601 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list