CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7045|Reply: 107

[Tempatan] [1] Jangan sekat remaja keluar malam...!

[Copy link]
Post time 24-2-2017 07:12 AM | Show all posts |Read mode
24 Februari 2017

Bukan Sekat Keinginan Remaja Keluar Malam tapi bimbing & disiplin- Pakar

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata pada usia bawah 18 tahun, remaja sedang dalam proses mencari identiti selain didorong perasaan ingin 'membuktikan diri siapa lebih hebat' dengan rakan-rakan seusianya.

Katanya, pendekatan mendidik dan bimbingan daripada ibu bapa amat penting pada peringkat umur itu, termasuk dengan memberi kebebasan yang bersesuaian, boleh mengelak unsur memberontak di kalangan remaja.

"Tujuan kebebasan itu adalah untuk menjadikan anak-anak seimbang dari segi sahsiah diri dan akademik. Naluri remaja ini kalau kita tahan, lagi tinggi keinginan mereka.

"Sekiranya ada halangan atau peraturan ketika usia bawah 18 tahun, remaja sedang mencari identiti dan sepatutnya ibu bapa cari saluran betul untuk membantu mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya kerajaan negeri mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam.

Ia berikutan kemalangan maut melibatkan lapan remaja lelaki apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Mariani juga mengingatkan ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah yang dapat memberi peluang untuk melakukan aktiviti dan mencegah terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

"Apabila aktiviti di sekolah dapat dilakukan, maka mereka boleh dielakkan daripada terjebak kerana masa terluang itu dipenuhi dengan aktiviti dalam sekolah dan di rumah," katanya.

Bagi Pensyarah Jabatan Tilawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Zaid Muhammad Mohd Rais, ibu bapa perlu bijak bermain psikologi dalam mendidik anak seperti mengenal pasti kecenderungan dan kebolehan mereka.

"Sebagai contoh, jika anak itu minat dengan sukan, ibu bapa harus turut serta dan melayan minat mereka supaya dapat memotivasikan anak-anak untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga," katanya.

Katanya, ibu bapa tidak seharusnya menjadikan isu sosio-ekonomi sebagai alasan untuk mereka mengabaikan tanggungjawab mendidik anak dengan ajaran agama yang secukupnya.

"Ibu bapa perlu sentiasa bersama dan melakukan aktiviti dengan anak-anak serta melayan minat mereka tanpa membelakangkan agama seperti menonton televisyen bersama di rumah.

Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia Prof Dr Fatimah Daud pula menyifatkan ibu bapa sebagai kunci utama dalam memberikan bimbingan dan pengawasan bagi memastikan anak-anak mematuhi disiplin dalam keluarga.

Katanya ibu bapa perlu ada rasa was-was dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi membolehkan mereka memberi amaran sekiranya anak-anak melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat termasuk keluar rumah pada waktu malam," katanya.

-- BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 09:10 AM | Show all posts
betul... anak nk kluar
biarlah

balik kul 4 pagi jgn marah.... betullah cara mak bapak skrg

semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:12 AM | Show all posts
Pernah baca pesanan saidina ali dalam mendidik anak

Peringkat 1: 7 tahun pertama (0-7thn)
- Bermain & bergurau senda

Peringkat 2: 7 tahun kedua (7-13thn)
- Disiplinkan anak2

Peringkat 3: 7 tahun ketiga (14-19thn)
- Layan seperti kawan2

Peringkat 4: 7 tahun kedua (19-seterusnya)
- Layan seperti orang dewasa

boleh praktikkan ni dalam mendidik anak
untuk saya masih di peringkat 1
so, saya tak boleh komen banyak

menyebut tentang kes kemalangan basikal ni
yg mana kebanyakan mangsa berumur 13-17thn
mungkin ada betulnya
anak2 tak dididik sebagaimana peringkat 3
menyebabkan anak2 keluar dan cari kawan2 di luar

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:12 AM | Show all posts
erk...erk....kalau beyond umur 18thn tu lain la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:14 AM | Show all posts
Seeloknya remaja yg liar ni, seawal 12 tahun lagi dah dilepaskan ke public.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:18 AM | Show all posts
Patut la ramai anak2 org kita dari bertali pusat dah diletakkan kat tmpt public etc: dalam longkang, stesen bas,  tangga masjid dll.. hmmm....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2017 09:19 AM | Show all posts
biar jer bebudak bingai ni semua keluar, lantak pi nak jadi apa.
yang kena lenyek tu pun semua mat rempit junior.
aku baca somewhere, polis tegur pun boleh kena maki balik.
pukul 3,4 pagi keluar, ada apek tegur, pun kena maki.
bebudak ni tak boleh semua tak boleh di charge.
polis n jpj tak boleh buat apa. sebab 2 jabatan ni takde kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:29 AM | Show all posts
Saya ada ank2 umur dari 20,24 dan 26 dah di jar dari kecil mlm masa berada di rumah. Pukul 11 mlm mesti sudah di rumah. Kalau ke mana2 mesti update whereabouts. Dah naik train, sampai station dsbgnya. Now walaupun dah duduk berasingan, melaka, terengganu n singapore still jadi amalan. Mereka akan call bagi tahu dah sampai rumah, otw balik rumah.kalau ada aktiviti luar pun depa update. Utk my girl lagilah everyday mmg talk over the phone, video call, whattapp n face time. Bila dah terbiasa benda tu jadi mudah. Kata pakar motivasi ank2 tudak dilatih mak bapak akan letih. Saya percaya ank2 should be disciplined dari umur 6 bln lagi n saya buat. Alhamdulillah n In Shaa Allah usaha, doa n tawaqal.. Dulu org tanya saya ank2 saya sentiasa duduk bawah ketiak, pernah org ckp saya ikut bontot nak ke hulu ke hilir. Suddenly bila dah habis sekolah, saya biarkan mereka bebas keluar duduk sendiri, berjauhan dari saya. Jawaban saya, saya yakin yg saya dah bagi mereka cukup pendidikan utk mereka berdikari dan menilai baik buruk, masa utk saya percaya yg mereka boleh jaga diri sendiri. Now saya doakan kesejahteraan mereka dari jauh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 09:33 AM | Show all posts
keluar malam hujung minggu smp kul 10pm bg aku leh consider lg..tu pun tgk alasannya apa..nak tgk bola kat mamak ka,nak gi stadium sapot selangor ka...semua benda kena ada limit, kalo biar bebas gitu jer mmg cari nahas..budak umur gini mana pikir panjang, nak seronok jer...paling penting didikan sejak kecik...tp tu laa org kita ni bila ajar anak dari kecik, ada plak suara sumbang ckp 'alaaa biar laa budak2'...dari budak laa ko kena ajar ngok
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:36 AM | Show all posts
tak elok remaja keluar malam. Malamlah waktunya ayah ibu dapat berjumpa anak anak makan sama sama tgk tv sama-sama. Biar di kawal bagi mengelak jadi tak terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:42 AM | Show all posts
Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata pada usia bawah 18 tahun, remaja sedang dalam proses mencari identiti selain didorong perasaan ingin 'membuktikan diri siapa lebih hebat' dengan rakan-rakan seusianya.


aku syak anak mariani nie semua nya tak jadi orang....semuanya dilepaskan tgh mlm balik 2 3 ari kemudian...

pastu si emak ada hati pulak nak bagi kaunseling kat orang lain bagaimana nak jaga anak...phuiiik

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:43 AM | Show all posts
Asyik2 guna alasan takut budak2 rebel. Kau lepas bebas lagi la syok dia menjahanamkan diri. Aku tertanya2 kalau budak berbasikal tengah2 malam tu langgar sesama sendiri pastu meninggal, nak salahkan siapa pulak? Polis? Cikgu sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:44 AM | Show all posts
masa ambik PhD tu anak2 dijaga kat orang lain ker???

sebab tu bonding anak-emak takder...

kalau jaga anak elok2, anak takkan memberontak...

aku wonder mariani nie ada tgk tak cerita anak bapak lakonan TS P. Ramlee
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:49 AM | Show all posts
semua melalui kajian....budak..kalau kat luar....aktiviti luar biasa akan menjelma...nak² ngan kawan²...keluar kol 1 pagi ko nak cari apa.....banyak aktiviti yang tak sihat dari yang sihat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la tak baik larang... lagipun bukan dorang gi kemana setakat kuar main beskal jer..takder org nak kidnap bukannya gi sensorang 30 org sekali kuar... lagipun dorang ramai2 kuat dan gagah macam gengster org tua nak tegur pun takut apalagi nak kidnap... main beskalpun bukan dlm utan. main atas jlnraya luas 3 lane terang benderang lagi... memang elok digalakkan...mana tau besar nanti leh jadi pomen beskal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:58 AM | Show all posts
i wonder anak-anak marini ni dia bagi tak keluar bebas macam dia cakap tu?
ke lagi teruk kena gi tution, by 10pm dah kena tido, kena hantar asrama bla bla bla?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 10:03 AM | Show all posts
betul lah tu.... bagi je main kat luar tak reti reti balik... takat anak sorang je kena gilis.. kat rumah berderet lagi anak... apa de hal
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 24-2-2017 09:43 AM
Asyik2 guna alasan takut budak2 rebel. Kau lepas bebas lagi la syok dia menjahanamkan diri. Aku tert ...

Salah takdir, a.k.a salah tuhan katanya sister.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 10:06 AM | Show all posts
pegi ajar keluar malam buat apa, keluar time siang jelah kot ye pun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 10:10 AM | Show all posts
bila baca kes2 keluar malam,remaja semua ni,i rasa risau , takut bila my son remaja nanti,what is in store for me later..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.294386 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list