CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2051|Reply: 5

Pewarna Rambut 'Magic', Boleh Berubah Mengikut Keadaan Cuaca

[Copy link]
Post time 24-2-2017 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Biasa kita tengok cermin mata yang boleh berubah menjadi gelap secara beransur-ansur apabila terdedah kepada sinar ultraviolet, kan? Bayangkan kalau rambut anda juga boleh berubah warna mengikut cuaca persekitaran, hebat tak?


Memetik portal Metro.uk, pengasas syarikat The Unseen, Lauren Bowker mencipta sejenis pewarna rambut yang boleh mengubah warna rambut mengikut suasana persekitaran.


Foto: IG theunseenalchemist




Pewarna itu dinamakan 'FIRE' dan ia akan mengubah warna rambut dari merah terang kepada warna hitam bergantung pada suhu sekeliling.


Jadi, sekiranya suhu di pejabat anda betul-betul dingin, rambut anda akan menjadi hitam. Keluar sahaja dari pejabat, rambut anda akan berubah menjadi warna kemerahan. Ini bermakna anda boleh pergi PARTI!


Pewarna rambut itu boleh didapati dalam pelbagai warna dari merah terang, hinggalah ke warna lebih lembut. Dakwat 'thermochromic' yang terkandung dalam pewarna berkenaan menyebabkan warna rambut boleh berubah mengikut keadaan cuaca. Namun, pewarna itu hanya bersifat sementara sahaja dan ia akan hilang selepas beberapa kali cucian.





Video: Youtube BTCTV



Mungkin kurang berbaloi mewarnakan rambut anda dengan jenama ini kerana ia hanya tahan sehingga beberapa kali cucian sahaja. Tapi, tak salah jika anda mahu mencubanya cuma kena tunggu ia masuk ke pasaran di Malaysia lah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2017 06:05 PM | Show all posts
nanti ada pula yg kata harommm kaler rambut dek non. pakai inai jelah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 06:49 PM | Show all posts
  best juga color rambut camni..

muka akak sesuai dengan color rambut kokesen warna yellowish gitu.. orang cakaplah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jual kat mesia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kt watson x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah tulis belum masuk Malaysia lagi. Uols ni tak baca sampai habis ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.408688 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list