CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 5

Dog Mountain Di Vermont, Syurga Bagi Anjing Peliharaan - Gereja Pun Ada!

[Copy link]
Post time 24-2-2017 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Bagi pemilik anjing peliharaan, mereka pasti berminat untuk membawa haiwan kesayangan mereka ke Dog Mountain yang berada di St. Johnsbury, Vermont, Amerika Syarikat.




Foto: IG a.connotation




Tanah persendirian seluas 150 ekar itu dibeli sepasang suami isteri iaitu Stephen Huneck dan Gwen pada tahun 1995.  Selama beberapa tahun, pasangan itu berusaha membangunkan kawasan itu sebagai tempat perlindungan bagi haiwan itu selaian menjadi kawasan untuk pemilik dan anjing mereka 'bermain' dan meluangkan masa bersama.




Foto: IG cltaylor95




Di puncak gunung itu terdapat laluan mendaki di mana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama haiwan kesayangan mereka. Selain itu, di sana juga terdapat kolam, galeri seni dan gereja yang dibina khas untuk haiwan peliharaan tersebut.




Foto: IG mr.epizzy




Di dalam gereja berkenaan, terdapat satu ruang di mana pengunjung dari seluruh dunia mengabdikan gambar mereka bersama anjing peliharaan berserta nota bagi memperingati teman 'berbulu' mereka itu.




Foto: IG mandy_peeps




"Gereja ini dibina sebagai simbol kasih sayang antara pemilik dan anjing peliharaannya," kata Stephen.


Menurut Lonely Planet, gereja itu dibina ketika dia sedang bertarung dengan penyakit membawa maut. Walau sudah tiada lagi di dunia ini, kenangan Stephen akan terus 'hidup' di Dog Mountain berserta sepuluh buku cerita kanak-kanak yang terinspirasi dari anjingnya, Sally.




Foto: IG margeharrington




Dog Mountain terbuka kepada sesiapa sahaja walaupun apabila gereja ditutup. Di Dog Mountain, anjing peliharaan bebas berlari dan bermain sepuasnya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai omeynya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:44 PM | Show all posts
Awwww so sweetttt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 12:41 AM | Show all posts
Wow..Minat!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sweetnyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.614615 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list