CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4014|Reply: 14

Jangkitan Sistem Urinari

[Copy link]
Post time 25-2-2017 01:38 AM | Show all posts |Read mode
JUMAAT, 24 FEBRUARI 2017 @ 8:00 AM
Oleh Dato' Dr. Sahabudin bin Raja Mohamed


ADVERTORIAL

SISTEM urinari merupakan sistem organ dalam tubuh badan yang berfungsi untuk menapis darah daripada bahan toksik dan menghasilkan bahan kumuh, iaitu air kencing. Sistem ini terdiri dari sepasang buah pinggang, sepasang salur ureter, pundi kencing dan salur urethra. Jangkitan boleh berlaku dalam mana-mana organ ini.

Jangkitan berlaku apabila bakteria memasuki sistem ini. Jangkitan lebih kerap berlaku di kalangan kaum wanita, disebabkan salur uretra yang lebih pendek dalam golongan ini. Jangkitan boleh merebak dari dubur atau pembukaan faraj ke pembukaan salur kencing.

Wanita yang sudah mengalami 'menopause', iaitu wanita yang sudah berhenti mengalami kitaran haid lebih kerap mendapat jangkitan ini, disebabkan hormon estrogen sudah tidak dihasilkan oleh badan. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan bakteria dapat menembusi kulit, dan organ pundi kencing juga mengalami atrofi, iaitu organ menjadi tidak efektif dan membenarkan bakteria memasuki tubuh badan.

Orang yang mempunyai sistem urinari yang tidak normal juga lebih kerap mengalami infeksi. Kanak-kanak yang kerap mendapat jangkitan air kencing mungkin mempunyai sistem urinari yang tidak normal.

Contohnya, kanak - kanak mungkin menghadapi masalah 'posterior urethralvalve', di mana aliran air kencing tersekat dari mengalir keluar dari pundi kencing. Masalah seperti ini hanya dapat dirawat dengan pembedahan, untuk membetulkan bahagian yang tidak normal.

Masalah batu karang atau prostat yang besar juga akan menyebabkan masalah infeksi sistem urinari disebabkan pesakit terhalang dari membuang semua air kencing dengan sempurna. Prostat ialah organ dalam tubuh badan lelaki yang berfungsi untuk menghasilkan sebahagian daripada air mani. Apabila usia lelaki meningkat, organ prostat mungkin membesar. Apabila saluran kencing terhempap oleh batu karang ataupun organ prostat yang membesar, air kencing akan tersekat.

Air kencing yang tersekat akan bertakung dan menjadi media untuk bakteria berganda dan membolehkan infeksi bermula. Pesakit yang menghidapi masalah kesihatan seperti diabetes atau keadaan yang mana kesihatan imun mereka tergendala seperti penghidap penyakit HIV, akan lebih terdorong untuk menghidapi masalah infeksi sistem urinari, serta infeksi di bahagian dan sistem organ lain.

Apabila seseorang mengalami masalah sukar buang air kencing, ataupun mereka perlu mengalami pembedahan, salur akan dimasukkan ke dalam pundi kencing yang dipanggil 'catheter' untuk membolehkan air kencing menyalur keluar. Prosedur ini dilakukan di hospital oleh kakitangan terlatih. Kehadiran salur ini menaikkan risiko pesakit menghidapi infeksi, kerana terdapat alat dari luar yang dimasukkan ke dalam badan. Risiko ini bertambah apabila salur ini berada dalam tubuh badan untuk masa yang lama.

Oleh itu, doktor perlu memastikan salur ini ditukar dengan kerap dan kebersihan salur ini dijaga. Salur ini juga perlu dimasukkan ke dalam badan dengan amat berwaspada, untuk memastikan kaedah steril diikuti. Terdapat juga bukti bahawa keadaan dahaga dan dehidrasi akan menyebabkan masalah infeksi sistem urinari berlaku.

Di Malaysia, orang ramai cenderung untuk minum minuman manis seperti teh, kopi, jus dan air sirap, dan menganggap bahawa minuman ini cukup untuk mengelakkan masalah jangkitan sistem urinari dan masalah batu karang. Sebenarnya, minuman seperti alkohol, jus sitrus seperti jus oren dan limau, dan minuman yang mengandungi kafein semuanya memedihkan lapisan dalam pundi kencing dan menyebabkan masalah infeksi pundi kencing berlaku.

Oleh itu, memang disyorkan untuk minum air kosong dengan secukupnya untuk mengelakkan masalah jangkitan sistem urinari. Orang yang tidak menjaga kebersihan bahagian sulit dan dubur juga cenderung untuk mendapat masalah sistem urinari. Disebabkan bakteria yang menyebabkan kebanyakan jangkitan sistem urinari ialah bakteria E. coli yang hidup dalam usus besar, orang yang tidak mencuci bahagian sulit dan dubur selepas membuang air, senang untuk mendapat jangkitan sistem urinari.



SIMPTOM

Dalam infeksi sistem urinari, gejala yang mungkin dihidapi termasuk rasa perlu buang air kecil dengan segera, kepedihan semasa membuang air kecil, membuang air kecil dengan kerap dan buang air kecil sedikit demi sedikit, air kecil yang kelihatan kotor; iaitu tidak jernih atau berwarna coklat. Air kencing mungkin berbau kuat, dan pesakit mungkin rasa sakit di bahagian kemaluan atau bahagian pelvis semasa membuang air kecil.

Sampel air kencing yang tidak normal, di mana air kencing tidak jernih. Masalah 'cystitis' ialah jangkitan pundi kencing. Ini merupakan masalah yang biasa berlaku, terutamanya di golongan wanita. Infeksi ringan tidak memerlukan rawatan dan akan pulih selepas beberapa hari dengan sendirinya, tetapi jika pesakit kerap mendapat masalah ini, atau infeksi berpindah ke buah pinggang, pesakit akan memerlukan rawatan.

Apabila buah pinggang terlibat dalam jangkitan, gejala yang dihidapi adalah lebih serius dan ini termasuk sakit pinggang, darah dalam air kencing, demam, muntah, rasa sejuk dan menggigil. Pesakit mungkin juga akan berasa letih, cepat marah, susah hati dan kurang selera makan.



KOMPLIKASI

Infeksi salur urinari mungkin menjadi masalah besar, terutamanya jika organ buah pinggang terlibat. Infeksi salur urinari boleh mengakibatkan masalah batu karang, dan buah pinggang mungkin mengalami kerosakan.

Salur urethra juga mungkin mengalami penyempitan selepas infeksi, disebabkan ketumbuhan tisu selepas infeksi. Jika infeksi amat serius, jangkitan darah mungkin berlaku. Dalam golongan wanita hamil pula, infeksi sistem urinari mungkin akan membawa padah kepada anak seperti bayi rendah berat badan dan bayi lahir tidak cukup bulan.



Ujian dan Rawatan

Apabila seseorang disyaki menghidapi jangkitan sistem urinari, doktor akan melakukan ujian ke atas sampel air kencing untuk mengesan kehadiran kuman dan darah dalam air kencing.

Jika laporan didapati positif:

  • Maka ujian seterusnya dipanggil úrine culture and sensitivity'bertujuan untuk mengetahui jenis kuman yang menyebabkan infeksi tersebut, dan juga ubat yang dapat merawat keadaan tersebut.

  • Rawatan akan dimulakan, iaitu dengan menggunakan ubat antibiotik. Ubat yang digunakan adalah berdasarkan kuman yang terlibat, dan juga tahap keseriusan jangkitan tersebut.

Jika jangkitan sistem urinari amat serius, maka pesakit mungkin dikehendaki mendapat rawatan di hospital, kerana ubat perlu diberikan terus ke dalam salur darah, dan pesakit tersebut perlu dikawal dan diperhatikan oleh doktor, mengikut Dato' Dr. Sahabudin bin Raja Mohamed, Pakar Perunding Kanan Urologi di Prince Court Medical Centre di Kuala Lumpur.

Mengikut Dato' Sahabudin lagi, penyakit lain yang mirip simptom-simptom masalah infeksi sistem urinari ialah penyakit 'overactive bladder' iaitu pundi kencing yang terlalu aktif. Masalah ini menyebabkan pesakit mengalami masalah perlu membuang air kecil dengan kerap dan segera, dan pesakit tidak dapat mengawal air kencing. Masalah ini tidak dapat diubati dengan ubat antibiotik.



PENCEGAHAN

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan jangkitan sistem urinari.

  • Minum air dengan secukupnya, walaupun tidak dahaga. Air kencing seharusnya jernih tanpa apa-apa warna, bau ataupun serpihan.  

  • Doktor mungkin akan memberi minuman yang dipanggil 'Ural', dan ini merupakan bahan yang dapat meneutralkan air kencing yang berasid.  

  • Menjaga kebersihan semasa buang air kecil, mahupun buang air besar. Apabila mencuci alat sulit atau mengelap bahagian tersebut, orang ramai patut membersihkan dari depan ke belakang.  

  • Mandi dengan cara 'shower' adalah lebih baik berbanding dengan menggunakan tab mandi, disebabkan air kotor tidak dapat memasuki salur kencing.  

  • Digalakkan untuk membuang air kecil setiap 4 jam, walaupun tidak tergesa-gesa untuk berbuat sedemikian.

Mengikut Dato' Sahabudin lagi, dalam organ-organ sistem urinari terdapat satu lapisan yang dipanggil 'urothelium' yang melindungi organ-organ tersebut daripada tembusan agen toksik, air kencing dan bakteria. Pada permukaan lapisan ini terdapat lagi satu lapisan yang dipanggil lapisan glycosaminoglycan (GAG). Lapisan GAG ini terdiri daripada lapisan mukus tebal.

Apabila lapisan GAG ini rosak, ia tidak lagi dapat memberi perlindungan dan bahan toksik dapat menembusi lapisan ini dan menyebabkan keradangan dan rasa sakit. Antara faktor yang menyebabkan kerosakan lapisan ini ialah pengambilan ubat antibiotik. Hanya apabila lapisan ini kembali pulih, pesakit akan berhenti rasa sakit. Ini merupakan contoh bahaya yang dihidapi apabila ubat antibiotik diberikan kepada pesakit apabila ia tidak diperlukan.

Kesimpulannya, masalah infeksi sistem urinari memang masalah yang biasa berlaku, dan ianya boleh membawa padah. Jika seseorang itu menghidapi masalah jangkitan sistem urinari, masalah ini dapat diubati dengan senang. Orang ramai tidak perlu berasa risau untuk mengunjungi doktor untuk mengubati masalah ini, tetapi orang ramai memang perlu mengambil beberapa langkah untuk menjaga kesihatan sistem tubuh badan yang amat penting ini, yang berfungsi sebagai kilang pengeluaran bahan toksik daripada badan.


Untuk maklumat lanjut sila layari:







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 06:52 AM | Show all posts
Good article on Urinary Tract Infection (UTI) WS.
Many can learn from this.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 03:23 PM | Show all posts
ipes2 replied at 25-2-2017 10:52 PM
Good article on Urinary Tract Infection (UTI) WS.
Many can learn from this.

Thank you Dr. Ipes. Saya pun dpt banyak input pasal UTI bila baca artikel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 12:34 AM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 26-2-2017 03:23 PM
Thank you Dr. Ipes. Saya pun dpt banyak input pasal UTI bila baca artikel ni.

no probs.
make sure jika dapat, kena amik AB
jgn tak treat sebab ada problems nnt

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2017 04:43 PM | Show all posts
ipes2 replied at 26-2-2017 04:34 PM
no probs.
make sure jika dapat, kena amik AB
jgn tak treat sebab ada problems nnt

Alright, noted Dr.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 10:35 PM | Show all posts
i will share this artikel with my fren.

dia ckp, dia dari kecil mmg slalu kena UTI.
now da kahwin, and ada 2 org anak, mcm agak kerap jugak dia kena. dia citer, smpai satu tahap dia kencing rasa mcm kuar pasir. last week after lunch hour, i trus hantar dia blk rumah, sbb tgk dia da tak selesa sgt..ngn muka pucat etc.

selalu kalo pi clinic, doc semua ckp its normal kalo pompuan slalu kena. tp we all semua rasa mcm pelik. mungkinkah, dia "mempunyai sistem urinari yang tidak normal" mcm dlm artikel tu ckp? sbb dia kata, adik dia pompuan pon sama jugak, kerap kena UTI.



"Orang yang mempunyai sistem urinari yang tidak normal juga lebih kerap mengalami infeksi. Kanak-kanak yang kerap mendapat jangkitan air kencing mungkin mempunyai sistem urinari yang tidak normal.

Contohnya, kanak - kanak mungkin menghadapi masalah 'posterior urethralvalve', di mana aliran air kencing tersekat dari mengalir keluar dari pundi kencing. Masalah seperti ini hanya dapat dirawat dengan pembedahan, untuk membetulkan bahagian yang tidak normal."
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2017 10:43 PM | Show all posts
kekgebu replied at 1-3-2017 02:35 PM
i will share this artikel with my fren.

dia ckp, dia dari kecil mmg slalu kena UTI.

You better share with your friend. Ada link I bagi dekat post pertama, tekan link tu sebab ada contact number doktor pakar sekali dekat bahagian bawah artikel. You boleh suruh your friend consult dgn doktor pakar terus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 10:48 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 1-3-2017 10:43 PM
You better share with your friend. Ada link I bagi dekat post pertama, tekan link tu sebab ada con ...

baiklah..we all mmg nak suggestkan suruh amik refer letter utk jumpa specialist terus.
tp tak sure ape specialist akan check. sbb everytime pi clinic je, semua doc ckp, this is normal for women, especially yg da kawen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2017 10:51 PM | Show all posts
Edited by WhiskeyScotch at 1-3-2017 02:52 PM
kekgebu replied at 1-3-2017 02:48 PM
baiklah..we all mmg nak suggestkan suruh amik refer letter utk jumpa specialist terus.
tp tak su ...

Kalau macam tu better you minta nasihat dari Dr. Ipes. Dr. Ipes boleh tolong bagi suggestion. Kejap I tag Dr. Ipes. Nanti Dr. Ipes online, he will reply to your posting.

Calling @ipes2
P/S: Dr. Ipes, please refer to post #8. Thank you.





Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:19 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 1-3-2017 10:51 PM
Kalau macam tu better you minta nasihat dari Dr. Ipes. Dr. Ipes boleh tolong bagi suggestion. Keja ...

Jazakillah and thank you WS,
Jap i baca #8.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:27 PM | Show all posts
kekgebu replied at 1-3-2017 10:35 PM
i will share this artikel with my fren.

dia ckp, dia dari kecil mmg slalu kena UTI.

Sorry mencelah, saya doktor dan saya familiar dgn keadaan ini.
Mula mula sekali, jika dapat UTI dari kecil mmg kena cek betul betul sebab mungkin ada 4 ureters, bukan dua..atau ada horseshoe kidney.. ada ada reflux disease.. tak usah cek apa makna ini semua, tetapi yang kawan Kekgebu kena tahu, ialah ada sebabnya org tu dapat repeated childhood UTI dan ianya mandatoy utk di cek sebab boleh rosakkan kidneys on the long run. Paling lekeh, ia boleh menggangu prestasi pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan in general. Agak serious ialah bila dapat kidney infection (pyelonephritis); nanti dapat kidney abscess la kidney stones la bladder stones la etc. Palind serious ialah bila kidneys tu rosak sebab repeated infections.

yang awak petik dari artikel WS tu sgt lah tepat dgn apa yg kita bincangkan ini.
disini, kami dah lama dah buat scan la dye-scan la etc etc. tentulah ada sebab nya kena UTI selalu, kan? ckp points ini pada doctors biar depa refer forward to specialist, kot kot ada apa yg kita kata itu.



"Orang yang mempunyai sistem urinari yang tidak normal juga lebih kerap mengalami infeksi. Kanak-kanak yang kerap mendapat jangkitan air kencing mungkin mempunyai sistem urinari yang tidak normal.

Contohnya, kanak - kanak mungkin menghadapi masalah 'posterior urethralvalve', di mana aliran air kencing tersekat dari mengalir keluar dari pundi kencing. Masalah seperti ini hanya dapat dirawat dengan pembedahan, untuk membetulkan bahagian yang tidak normal."

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 1-3-2017 11:27 PM
Sorry mencelah, saya doktor dan saya familiar dgn keadaan ini.
Mula mula sekali, jika dapat UTI d ...

Tq so much! So after this mmg suruh dia minta refer letter terus la. Kesian sgt tgk dia, we all kawan dia pon da kawen jugak, tp jarang/or tak penah kena uti. Tu yg risau tu kot bley lead ke masalah lain. Dia mcm frust la jugak, pegi lain2 clinic semua nya doc diagnose benda yg sama and ckp its normal. Tp kalo da slalu kena, of course not normal. Tq so much doc for ur time
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
And lagi i rasa mcm ada something wrong bila dia citer adik pompuan dia pon slalu kena jugak. Adik dia blom kawen. Tp diorg mcm da lali la, pi panel pon mcm biasa je, doc panel pon takcheck serious. Setakat habiskan antibiotik je la, then da ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Minum air secukupnya...then bile basuh kencing ...haruslah dr depan ke blkg...bukan blkg ke dpn....urethra perempuan pendek....so senang get infected
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 05:26 AM | Show all posts
kekgebu replied at 2-3-2017 12:29 AM
Tq so much! So after this mmg suruh dia minta refer letter terus la. Kesian sgt tgk dia, we all ka ...

No problemo.
Kids bila kena UTI esp girls ni byk cause nye..dari reflux, ke double urete etc etc hinggalah ke sexual abuse etc etc.
Tu kena cek.
Bagi AB aje tak lah tepat.
Sebab nya tu yg kita kena treat.
Mcm org yg ada kidney stones.. beribu abis tiap kali stones tu terbentuk..
kat sini kami treat cause of the stone tu, bukan stones tu sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.231295 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list