CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2372|Reply: 43

[Tempatan] Pelajar bawa timba cat ke asrama sebagai ganti gayung

[Copy link]
Post time 28-2-2017 01:02 AM | Show all posts |Read mode



Mohd Safwan kiri bersama Jhangir Khan dua kiri serta Mohd Ghazali tiga kiri serta isteri dan anaknya.

BALING - Timba cat yang digunakan sebagai gayung untuk mandi di asrama merungkai kepada kisah kehidupan keluarga seorang pelajar tingkatan satu.

Difahamkan, Nor Athirah Mohd Ghazali,13 dari Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Syed Abu Bakar di sini membawa timba cat setiap kali mandi, tindakan itu akhirnya menimbulkan persoalan dalam kalangan rakan-rakannya.

Kerana simpati, mereka memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing sebelum ia membawa kepada kisah hidup pelajar berkenaan.

Ayah, Mohd Ghazali Lah Man, 41, dari Kampung Sadek Mukim Kupang berkata, Athirah membawa timba sebagai pengganti gayung mandi kerana kekangan kewangan.

Menurutnya, dengan pendapatan sebagai tukang rumah, dia tidak mampu untuk menghalang hasrat anak sulungnya itu tinggal di asrama.

"Suatu hari dia pulang dari sekolah dan serahkan borang menduduki asrama, waktu itu saya serba salah nak izinkan anak tinggal di asrama atau tidak kerana pendapatan yang tidak menentu.

"Akhirnya saya benarkan selepas pihak sekolah sanggup untuk tampung yuran persekolahan, dalam masa sama, saya menyediakan kelengkapan asramanya dengan apa yang termampu,"katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anaknya membawa timba cat ke sekolah atas saranan isterinya, Intan Lailatul, 33, seorang suri rumah.

"Kebanyakan barangan asramanya menggunakan barangan terpakai termasuk dari timba cat yang dibersihkan. Athirah terima idea itu tanpa menolak kerana dia faham keadaan saya dan isteri.

"Tetapi alhamdulillah, kini dia tidak lagi menggunakan timba cat kerana ada insan tolong belikan gayung untuk kegunaannya,"katanya.

Terdahulu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) serta wakil pejabat Timbalan Speaker melakukan kunjungan di kediaman keluarga berkenaan, hari ini.

Pasangan menanggung tiga lagi anak berusia enam bulan hingga 11 tahun itu merupakan penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah ( LZNK) Cawangan Baling.

Timbalan Yang Dipertua GPMS Cawangan Baling, Mohd Safwan Mohd Bakhari Shah berkata, pemantauan dari GPMS mendapati Athirat masih menggunakan kasut sekolah lama selain pakaian terpakai hasil sumbangan individu lain.

"Hasil tinjauan kita di sekolahnya, adik Athirah masih menggunakan kasut darjah lima termasuk pakaian sekolah terpakai.

"Dia juga tidak mempunyai biskut atau makanan ringan seperti pelajar lain di asrama. GPMS Cawangan Baling berharap pihak berwajib dapat pantau isu seperti ini,"katanya.

Sementara itu, wakil Pejabat Timbalan Speaker Negeri Kedah, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, pihaknya akan menghubungi jabatan tertentu untuk membantu kelangsungan pembelajaran




http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ayung-1.635260


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga beliau membesar jd anak yg bijak dan solehah, kemudian dpt bantu kedua ibu bapa dan adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
baguuss budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun kisah mcm ni perkara biasa di skolah kami.. tp membaca nya pd awal pagi begini tetap mencuit hati.
Moga anak ini mendapat bantuan sewajar nya. Lembut hati pagi ni tgk muka anak murid. Bersemangat nak jumpa mentee..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu gitu kan..
Dok kg, pendapatan tak seberapa, tp ayah sorang yg bekerja
Org yg dok bandar elok plak lakibini keje
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 08:16 AM | Show all posts
kesian ank2 yg terpaksa hidup mcam ni
semoga sgala susah payah yg mereka hadapi smpai masa nya nnti
akan mendpat ganjaran yg baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2017 09:09 AM | Show all posts
kat asrama aku pon ada dulu

tp sebab budak tu buas, mak dia takut kalau bwk baldi kang seminggu je dah pecah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:17 AM | Show all posts
sedih aku pagi2 ni...lagi sedih bila adik ni sendiri memahami yang ibubapa dia x mampu n dia x malu pun dgn apa yg ayah dia bg dia utk digunakan kt asrama tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2017 07:55 AM
Selalu gitu kan..
Dok kg, pendapatan tak seberapa, tp ayah sorang yg bekerja
Org yg dok bandar elo ...

Kat kg keeja apa pompuan blh buat pearl..

Nak masak nasi lemak jual....ramai yg buat sarap sendiri...
Nak amik upah jaga ank org...ramai yg jaga sendiri...
Nak amik upah cuci rumah org...ramai cuci rumah sendiri ..

Nak kuar pekan cari kerja, bas dtg satu jam sekali...kekdg 2jam sekali..dpt lah rm350, habis, sapa pulak nk jaga ank kecik?...

Forummer akn mengaum kata knp tak guna kondom......
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:27 AM | Show all posts
Terharu i baca bila ayah dia kata anaknya memahami keadaan kewangan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah bg peluang anak anak mcm ni duduk asrama....dia blh fokus pd pelajaran...


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya baca pgi2 ni. moga adik brjaya dgn cmrlang dlm khidupn suatu hari nti. trharu sbb dia mntk sndiri nak dduk asrama n mmahami ksusahan fmily dia. aku dlu trpksa je dduk asrama wlupun aku xnak sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 28-2-2017 09:27 AM
Terharu i baca bila ayah dia kata anaknya memahami keadaan kewangan keluarga

Sedih dik mengenangkan kehidupan camni, dan apa jadi pada negara ni sebenarnya...macam tak masuk akal, tapi inilah realitinya....
Tapi di kedah kawasan kampung2 memang ramai kehidupan macam ni, malah yg lebih teruk dari ni pun ada....

Akak pernah ikut hubby bagi bantuan org miskin di kedah dulu, sampai ada satu family ni... si lelaki ni kerja ambik upah menoreh getah, duduk dalam pobdok buruk berbukit atas tanah entah sapa2... dia kawin dengan janda anak 3, dan dgn janda tuh dia ada anak sorang, masih baby, tapi OKU plak....

Bila dah susah camtuh... si bini dia lari rumah tinggal laki dia dengan 3 org anak bini dia dgn baby oku tuh sekali... jadi laki tuh terpaksa jaga 3 anak tiri dan anak dia oku sorang... amik upah menoreh kalau hujan, rebus ubi kayu, kalau keadaan sekarang getah murah sangat... memabg sangat daif laa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:25 AM | Show all posts
camni bapak yang bagus...masih keluar bekerja.. bukan biawak idup
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-2-2017 09:26 AM
Kat kg keeja apa pompuan blh buat pearl..

Nak masak nasi lemak jual....ramai yg buat sarap send ...

Knp x guna kondom
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
vandergooh replied at 28-2-2017 10:10 AM
Sedih dik mengenangkan kehidupan camni, dan apa jadi pada negara ni sebenarnya...macam tak masuk a ...

Bini  tu mnusia ke babi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 28-2-2017 10:30 AM
Bini  tu mnusia ke babi

Babi pun sayang anak tahu.  
aku harap kes ni ade pegawai kerajaan yg kaya raya bantu. Ni x kaya raye asyik mkn rasuah je sesetengah tu :zz
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
vandergooh replied at 28-2-2017 10:10 AM
Sedih dik mengenangkan kehidupan camni, dan apa jadi pada negara ni sebenarnya...macam tak masuk a ...

Saya speku dia kawin dgn pompuan Siam tu....

Pompuan siam ni hati dorang kering....sanggup tinggalkn anak yg penting hidup dia tak susah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-2-2017 09:26 AM
Kat kg keeja apa pompuan blh buat pearl..

Nak masak nasi lemak jual....ramai yg buat sarap send ...

Tu lah, banyak forumers ngangkang depan komputer aje,  depa apa tau ... senang je cakap jual nasik lemak lah, buat kuih lah...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:44 AM | Show all posts
gebu lak anak yang wife die dukung tu.. comel tembam2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.286089 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list