Pernah tak anda terjumpa dengan orang yang mempunyai rupa paras yang tampan atau jelita tapi bila dekat badan berbau busuk pula?
Memang betul jika ramai yang mengatakan, mereka lebih tertarik kepada seseorang yang berbau wangi lebih dari rupa paras itu sendiri.
Ini terbukti dengan dapatan sebuah kajian yang diketuai oleh Caroline Allen dari University of Stirling Scotland.
Dalam kajian tersebut, mereka mendapati wanita menganggap lelaki yang memakai pewangi ketiak adalah 'lebih jantan' dan akan kelihatan lebih maskulin.
Foto: www.washingtonpost.com
Ini berbeza dengan dapatan kajian yang dilakukan ke atas wanita. Ini kerana lelaki tidak mengukur tahap feminin wanita melalui pemakaian pewangi ketiak.
Secara mudahnya ia bermaksud yang lelaki mudah tertarik dengan wanita tidak kira wanita tersebut memakai pewangi ketiak atau pun tidak.
Menurut Allen lagi, lelaki yang kurang ciri-ciri maskulin boleh mengubahnya dengan sekelip mata dengan hanya memakai pewangi ketiak!
Walaupun tidak berapa kacak namun jika lelaki mempunyai ketiak yang berbau wangi, ia sudah cukup untuk menarik perhatian wanita.
Foto: www.bestsmellingcologne.net
Wow, macam tak percaya betapa hebatnya kuasa pewangi ketiak, bukan?
Jadi bagi lelaki di luar sana, jangan sesekali mengabaikan penjagaan diri ya. Sentiasa pakai pewangi ketiak agar wanita akan lebih mudah dekat dengan anda. -CARI |