CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamkumis

Kenapa kita dihidupkan

[Copy link]
Post time 12-3-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 12-3-2017 12:42 PM
Aku gunakan perbandingan anak cari ibu sebab ianya simple matematik. Mudah difahami terutama untuk ...

Boleh juga diguna pakai untuk orang awam...Teruskan...mungkin AKAL nak bertanya,NAFSU nak cari kesalahan...Azazil nak pasang perangkap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 12-3-2017 12:47 PM
Cuba kau tengok kisah anak cari ibu diatas, hanya dengan 3 ayat dia dapat bertemu dengan ibunya  ...

Aiiii...cerita ko lum abis baru sampai peringkat analisis maklumat...bila pulak si anak tu jumpa maknya? Episod nangis2 dan air mata lum kuar lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 12-3-2017 12:47 PM
Cuba kau tengok kisah anak cari ibu diatas, hanya dengan 3 ayat dia dapat bertemu dengan ibunya  ...

.....semua kitab menunjuk arah kepada AL-QURAN(ISLAM)....BENAR.
AL-QURAN menuju kepada "tuhan yang sebenar"...TIDAK TEPAT/SALAH.
AL-QURAN mengajar manusia MENGENAL ALLAH.
AL-QURAN mengajar manusia untuk BERHATI BERSIH.
HANYA HATI YANG SUCI SAHAJA MAMPU MENGENAL ALLAH.
...." HATI ORANG-ORANG MUKMIN ITU...BAITTULLAH"
Mengapa ada istilah TUHAN?
Jika perkataan " tuhan" di situ duduk pada makam sifat....memang ALLAH itu memiliki sifat akan tetapi Mengapa ALLAH YANG MAHA AGUNG itu disifat-sifatkan...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 08:31 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 16-3-2017 08:37 AM

Sambungan.................

Ok sekarang, baru kita tahu nama anak ini ialah Ali. Persoalan yang timbul sekarang...adakah Ali akan dapat mencari ibunya?

Selang beberapa hari, Ali bertekad akan pergi ke Malaysia, perasaan ingin berjumpa ibunya sangat kuat, Ali tidak nampak lagi 1000 halangan dihadapannya, apa yang penting jasadnya mesti sampai ke Malaysia, persoalan siapa dirinya kini telah terjawab dengan sekeping surat ibunya. Ali benar-benar kagum dengan ibunya yang sangat bijaksana kerana surat yang ditulis mengandungi petunjuk yang hanya dia sahaja yang dapat memahami apa yang tersirat.


Ali telah pergi ke pejabat kedutaan Malaysia untuk menyatakan masalahnya, semua pegawai kedutaan sangat teruja dengan apa yang berlaku, Ali diberi tiket percuma ke Malaysia atas nama misi mencari keluarga. Pegawai kedutaan juga telah meminta kerjasama dari pihak media untuk membantu. Kandungan surat ibunya dipaparkan dalam media.

Setelah sampai dimalaysia, Ali telah ditunggu oleh 10 orang wanita yang masing-masing mengaku ibunya,  Ali merasa kehairanan... kenapa ada 10 orang wanita ini mengaku sebagai ibunya?

Ali menjadi keliru bercampur gembira... bukan seorang ibu yang dia temui.. malah 10.. woooooooooooowwwww.

............bersambung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 08:53 AM | Show all posts
kucing_2016 replied at 12-3-2017 11:45 PM
Seluruh AL-QURAN adalah PERINGATAN
...HANYA sedikit yang dijadikan undang-undang kehidupan,pun b ...

Sebenarnya tuhan yang mencipta Alam ini adalah tuhan yang maha Agung, dia sentiasa tetap dengan keagungannya. Sesiapa yang mencari untuk mengenal ,mendekati dan memahaminya maka dia akan dimuliakan oleh tuhan yang maha agung. Untuk manusia dapat bertemunya manusia perlu melalui 6 alam, diamana manusia akan diuji dengan sesunguh-sungguhnya semasa didunia. Disinilah peringkat yang paling penting, jika gagal maka akan gagallah selamanya, jika berjaya maka akan berjayalah selamanya. Keagungan tuhan meliputi seluruh alam ini, jika kita lihat ke langit betapa gah dan hebatnya alam ini. Al-Quran memberitahu bahawa alam ini dicipta untuk manusia. Sebelum manusia dihidupkan dibumi, Allah swt telah mempersiapkan alam ini tidak tahu berapa juta billion tahun....setelah siap semuanya barulah manusia pertama dihantar kebumi iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa. Allah swt telah jadikan bumi ini sebagai satu tempat kediaman manusia. Maka manusiapun membiak dan beranak-pinak...

.............bersambung

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
....6 Alam? Boleh huraikan skit?
ALLAH S.W.T mempersiapkan alam ini tidak tahu berapa juta billion tahun...?
Ikut kiraan mana ni?
Tahun Bumi?
Tahun Langit?
Tahun Syurga? Tahun Neraka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2017 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 16-3-2017 08:31 AM
Sambungan.................

Ok sekarang, baru kita tahu nama anak ini ialah Ali. Persoalan yang ti ...

Jika begini ceritanya...banyak fasiliti dan kemudahan...rasanya tak sukar untuk jumpa Mak....tapi camna nak compare untuk cari ' Tuhan'?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2017 08:25 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 17-3-2017 08:42 AM
kucing_2016 replied at 17-3-2017 12:24 AM
....6 Alam? Boleh huraikan skit?
ALLAH S.W.T mempersiapkan alam ini tidak tahu berapa juta billion  ...

1. Alam roh
2. Alam rahim
3. Alam dunia
4. Alam kubur(barzakh)
5. Alam Akhirat

Sory2.. ada lima sahaja

Juta billion tahun tu ikut anggaran tahun dunialah. 12bulan = 1tahun. Namun tidak siapa tahu berapa umur bumi ini, tetapi jika kita fikirkan memang jutaan tahun sebab minyak mentah yang ada dalam bumi memakan masa jutaan tahun untuk berkumpul. Minyak mentah ini datangnya dari minyak pokok, minyak haiwan, minyak kelapa sawit, minyak tumbuh-tumbuhan dan sebagainya mendap dan berkumpul yang kita tahu sebagai petroleum.

Begitu juga dengan batu mineral yang ada dalam bumi berkumpul dan bertukar reaksi kimia menjadi bentuk mineral baru memang memakan jutaan tahun. Bumi mengalami proses pematangan berjuta tahun sehingga matang barulah Nabi Adam diturunkan ke bumi. Alangkah besarnya persiapan bumi untuk manusia. Betapa besar erti penciptaan manusia ini disisi tuhan. Namun banyak manusia yang hidup didunia tidak menyedari perkara ini. Lalu mempersia-siakan hidup ini dengan hidup leka-lalai dari menyembah Allah swt yang mencipta.

Selepas bumi diciptakan maka ia dihuni oleh makhluk jin dan haiwan, dinasour dan binatang yang ada skarang..Namun dinasour adalah makhluk karnivor yang sangat ganas dan suka berbunuh-bunuhan sehingga dunia menjadi tidak aman. Kalau sekadar bunuh untuk makan memang dimaafkan, tetapi mereka berbunuh-bunuh sekadar suka-suka. Ini adalah satu pengajaran kepada manusia bahawa binatang yang ganas2 dihapuskan sama sekali kerana melampaui batas tanpa sebarang undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2017 09:00 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 17-3-2017 09:07 AM
kucing_2016 replied at 17-3-2017 12:30 AM
Jika begini ceritanya...banyak fasiliti dan kemudahan...rasanya tak sukar untuk jumpa Mak....tapi  ...

Mencari tuhan tidak sama seperti mencari ibu dalam cerita itu, itu hanya pemudah untuk kefahaman. Mencari tuhan bermaksud mencari siapa tuhan yang sebenarnya dan mengenalinya. Sebagai contoh semua manusia berdoa mintak kepada tuhan, tetapi kenapa hanya sedikit sahaja yang makbul doanya, sedangkan Allah swt telah berjanji bahawa sesiapa yang berdoa akan dimakbulkan, tapi kenapa tidak semua doa dimakbulkan? ini kerana orang yang berdoa itu tidak meminta kepada tuhan yang sebenarnya tuhan, kefahaman siapa tuhan itu yang banyak manusia salah faham. Sebab itu kita perlu faham dan kenal Allah swt secara benar, sebagai contoh kita hantar satu surat tetapi alamat yang disertakan silap tulis satu angka, maka surat itu akan sampai ke destinasi lain, Jika nama Zamkumis tapi silap tulis amkumis... individu ini tidak ujud(amkumis). Kalau zamkumis tu sayalah orangnya
Kalau no rumah contoh Lot 2386 tapi silap tulis Lot 286..hilang satu huruf. Maka surat itu tidak sampai..

Samalah dengan berdoa, kita berdoa kepada tuhan yang kita faham/kenali tak sepertimana tuhan yang sebenar sifat-sifatnya, maka doa tersebut sampai kepada tuhan yang tak ujud. Tidak sampai kepada tuhan yang sebenar. Oleh sebab itu kita perlu mengenali tuhan yang sebenar-benarnya, bila kita sudah kenal barulah kita tahu dan kita berdoa kepada tuhan yang layak ianya tuhan. Banyak juga syarat dan disiplin untuk doa ni.. perlu faham betul-betul selok beloknya, bila sudah faham semuanya doa sahaja sudah semestinya dimakbulkan mengikut term and condition yang ditetapkan oleh Allah swt.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2017 11:21 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 17-3-2017 11:23 AM
kucing_2016 replied at 12-3-2017 11:35 PM
Beri contoh petunjuk untuk golongan Athiest,contoh petunjuk untuk golongan yang sesat,juga conto ...
Beri contoh petunjuk untuk golongan Athiest,contoh petunjuk untuk golongan yang sesat,juga contoh petunjuk bagi orang Islam yang PERCAYA dan SEBENAR-BENAR YAKIN.

Petunjuk untuk golongan Aties dimana mereka perlu bangunkan otak mereka yang tidur tak bangun-bangun. Mulakan berfikir, sebagai contoh jika mereka bertemu tahi kucing di tengah jalan, mereka mesti faham bahawa tahi kucing tu adalah milik seekor kucing. Bila mereka lihat rumah mereka akan faham rumah itu ada pemiliknya, bila mereka lihat kereta, tentu kereta itu ada pemiliknya, bila mereka lihat sungai dan laut, mereka buat-buat tak faham yang sungai dan lautan itupun ada pemiliknya? bila mereka lihat alam ini keseluruhannya. Adakah mustahil ia tidak ada pemilik? dan pencipta? dari sini mereka akan yakin bahawa alam ini ada penciptanya.

Bagi golongan yang sesat mereka boleh cari error dalam agama mereka, error yang sangat banyak, konsep tuhan yang tak logik, tidak lengkap dan ketinggalan zaman. Apabila mereka berdoa, doa mereka tidak pernah sekalipun makbul. Terbukti mereka berdoa kepada tuhan yang tak ujud.

Petunjuk bagi orang islam yang percaya tapi masih ada ragu-ragu dimana mereka perlu banyak mencari bukti dalam agama islam, mengkaji sejarah nabi-nabi dan sahabat2 nabi untuk menguatkan keyakinan, juga fakta sains yang tidak pernah bercanggah dengan Quran dan hadist. Boleh cuba gunakan doa2 nabi untuk tujuan perubatan ulang2 dan buat sampai nyata adanya bantuan Allah swt. Membuang perasaan ragu-ragu itu satu perjuangan yang keras dan dipuji.

Untuk golongan yang sudah yakin sebenar-benarnya, mereka perlu pelihara keyakinan ini. Kerana keyakinan ini ada musuhnya iaitu syaitan yang sentiasa membisikkan was-was kedalam dada manusia. Terlepas dari perasaan ragu-ragu adalah satu kejayaan yang sangat besar dan satu anugerah yang tidak dapat dinilaikan. Disini individu akan dapat berhubung dengan tuhan pencipta, dapat berdoa, dapat melihat sendiri kudrat Allah swt yang ditunjukkan kepadanya, sentiasa merasa aman dan tenang, tiada sebarang ketakutan. Kerana dia telah kenal siapa penciptanya dan dapat berhubung terus pada bila-bila masa. Doanya dimakbulkan. Dia telah kenal dan telah temui tuhan yang sebenarnya. Hidup penuh berarti. Satu kejayaan yang besar.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm.....teruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya ada satu ALAM...
ALAM....di dalam satu BULATAN.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita sudah....PANDUAN nya mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 09:01 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 30-3-2017 09:06 AM
kucing_2016 replied at 18-3-2017 12:05 AM
Cerita sudah....PANDUAN nya mana?

Ok. Terimakasih kucing kerana bertanya.. berat jugak soalan tu hehe.

Untuk mengenal tuhan maka kita perlu ikut jalannya, Iaitu jalan Allah swt. Caranya telah ada cuma kita tanya diri, mahu atau tak mahu, suka atau tak suka.
Kalau mahu silakan.... Pergerakan ini dipanggil Hijrah. Hijrah dari keburukan kepada kebaikan, dari kegelapan kepada cahaya, dari lalai kepada wara'(waspada). Sebenarnya inilah jalan yang perlu dilalui oleh semua manusia.

Pejuang-pejuang dahulu telah meneroka dan menjelajah jalan kepada tuhan, ada yang sampai dan ada yang tidak, namun mereka ada usaha yang terpuji. Bagi mereka yang telah sampai, mereka membimbing orang lain pula untuk melaluinya. Ilmu ini dirincikan supaya mudah orang kemudian melaluinya.

Diantara pelopor usaha ini ulama terkenal iaitu Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali Rah. Beliau telah menggariskan secara sistematik kaedah yang perlu dilalui.
Imam Ghazali rah. Adalah seorang ulama Tasawwur, ada ramai lagi sebenarnya ulama tasawwur, tetapi hasil usaha rincian Imam Al-Ghazali lebih jelas, lengkap, tidak mengelirukan dan muktabar(diterima diseluruh dunia).

Diringkaskan seringkas-ringkasnya jalan itu menjadi tiga tahap:
Iaitu:
1. Tahalli - Penyucian.
2. Takhalli - Pengisian.
3. Tajalli - Pencahayaan.


Tiga peringkat ini sahaja... senangkan? bukannya susah. Yang susah itu ialah tidak ada kemahuan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 10:17 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 30-3-2017 10:21 AM
kucing_2016 replied at 18-3-2017 12:05 AM
Cerita sudah....PANDUAN nya mana?

1. Tahalli - Penyucian.
2. Takhalli - Pengisian.
3. Tajalli - Pencahayaan.

Ok, kita ambil piont dulu. Tak perlu merapu. Sebab penerangannnya seluas lautan, kalau nak merapu pun selautan jugak. So, jangan merapu supaya nampak jalan lurus tu. OKK.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 30-3-2017 09:01 AM
Ok. Terimakasih kucing kerana bertanya.. berat jugak soalan tu hehe.

Untuk mengenal tuhan  ...

Hmmmm...penerangan yang bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 30-3-2017 10:17 AM
1. Tahalli - Penyucian.
2. Takhalli - Pengisian.
3. Tajalli - Pencahayaan.

Ok! Sambung dengan yang pertama.
PENSUCIAN....Apa yang perlu disucikan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 03:34 PM | Show all posts
Edited by zamkumis at 11-7-2017 03:42 PM
kucing_2016 replied at 18-5-2017 11:18 PM
Ok! Sambung dengan yang pertama.
PENSUCIAN....Apa yang perlu disucikan?

Waduh encik kucing, lama betul saya tak login...

Sebelum itu saya nak tanya, encik kucing nie betul ke nak cari jalan yang lurus? ikhlas ke nak tahu, atau sekadar main-main. Jadi, pertanyaan encik kucing nie nampak basic sangat, macam batuk ditangga. Sepatutnya sebagai seorang islam perkara ini telah lama diketahui atau diambil tahu.. Rugilah kalau jadi orang islam tapi tak kenal islam dengan ertikata kenal sebenarnya. Islam itu adalah nikmat yang diturunkan kedunia untuk dinikmati, agama tidak menyusahkan manusia, tetapi agama memudahkan kehidupan, agama(islam) adalah nikmat untuk dinikmati.


Nikmat itu seperti ini saya umpamakan, ada beribu2 manusia yang berjalan kaki kerana tidak ada kemudahan, jalan ditengah panas terik berdebu, sedangkan anda memiliki jet peribadi yang anda gunakan untuk bergerak. Apabila dibandingkan kesusahan mereka dan kesenangan anda baru nampak jauh bezanya. Jet itu adalah nikmat yang anda miliki. Jadi rugilah jika Islam itu sebenarnya nikmat tetapi tidak dapat dinikmati. Apalagi kalau jadi non muslim.. bau nikmat pun mereka tak dapat cium.

Fitrah jiwa manusia tidak boleh lepas dari perjuangan, dengan perjuangan hati merasa puas, rasa memiliki, berarti dan seronok berusaha mengejar kejayaan dalam perjuangan..satu kepuasan yang tinggi. Namun dalam dunia ini hanya ada satu sahaja perjuangan hakiki, yang lain semua perjuangan kosong yang tidak berarti, palsu dan tidak ada gunanya. Kosong dan tidak berguna...lihatlah disekeliling kita dan keliling dunia... manusia mereka-reka perjuangan mereka sendiri untuk mencari setitis kemanisan dalam perjuangan..namun semuanya adalah palsu, hampa dan kosong belaka.

Perjuangan yang hakiki adalah perjuangan agama sepertimana yang telah dilalui oleh para Nabi dan Rasul, penuh erti dan berarti...Inilah orang-orang yang dikurniakan nikmat seperti disebut dalam surah Al-Fatihah...

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yakni jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat"
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:34 AM | Show all posts
Kenapa kita dihidupkan?

jika kamu mahu tahu  kehidupan adalah satu penderitaan.

Sebenarnya kita adalah mangsa bahan ekspriment mencipta kehidupan oleh alien-alen yg berteknologi tinggi..
kita sebenarnya dicipta oleh alien alien yang berteknologi tinggi untuk mengganti diri mereka untuk melakukan kerja kerja untuk mereka
maksud bagi kehidupan adalah penderitaan.

timbul persoalan kenapa mereka menciptakan kita?
jawapannya sama macam kenapa kita mencipta kereta.
pada asalnya kita dicipta untuk dijadikan sebagai hamba mereka..untuk kepentingan mereka.
tetapi lama lama kelamaan umat manusia memberontak dan dapat melepaskan diri dari cengkaman perhambaan oleh para alien alien pencipta kehidupan ini.


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:47 PM | Show all posts
shazman73 replied at 12-7-2017 11:34 AM
Kenapa kita dihidupkan?

jika kamu mahu tahu  kehidupan adalah satu penderitaan.

oklah pasal ko nak sangat percaya ngan alien berteknologi tinggi tuuu
jadi ko panggillah alien2 tu semua
mai sini aku nak memberontak pula
nak lawan mereka habis -habisan
pasal kalau aku menang leh aku jadi alien yg lebih berteknologi lagiiiiiiiiiiiiii tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.095794 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list