View: 1611|Reply: 9
|
Rekahan 10cm Di Atas Tengkorak, Kanak-kanak 6 Tahun Menderita Sejak Lahir
[Copy link]
|
|
Pada awalnya dilahirkan dengan rekahan kecil di bahagian atas tengkorak, tetapi doktor tidak pasti punca rekahan tersebut dan tidak melakukan sebarang rawatan.
Selepas enam tahun, tulang tengkoraknya merekah 10 sentimeter dan rekahan tersebut semakin membesar dan mendalam serta meliputi bahagian dahi sehingga bahagian dalam tengkoraknya.
Memetik laporan metro.co.uk, penderitaan yang menyayat hati itu dialami seorang kanak-kanak malang di Kemboja yang dikenali sebagai Pheaktra Pov dan kini berumur 6 tahun.
Dilaporkan penyakit itu dikesan ketika ibunya, Srey, 40, mengandung tujuh bulan, tapi ketika itu pakar perubatan tidak pasti puncanya dan mendakwa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana segalanya sudah terlewat.
Difahamkan neneknya Thorn Hong, 67 berusaha gigih mencari penawar dan berharap agar bantuan dapat dihulurkan bagi merawat penyakit misteri cucunya itu.
Walau bagaimanapun, setakat ini, beberapa pertubuhan kebajikan tempatan menyalurkan ubatan percuma kepada Pov untuk menghalang saiz rekahan membesar, tetapi bantuan itu tidak memberi sebarang kesan.- CARI
sumber foto:
Add Image Caption Here
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah kesiannya..xleh tgok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..
Otak dia membesar secara x normal?
Tp tengkoraknya tak membesar ye..dah jd terbuka pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bahagian yg merekah tu aje yg ada rambut? kesiannya.. tu mintak derma aje la.. nak buat apa lagi.. klau tengkorak merekah mmg takleh buat apa2 ke? mungkin kalau ditampal ke apa.. budak ni bole jadi normal
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ibunya terus sabar menjaganya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu,
Kesian anak nie,saiz kepala makin membesar...
Semoga dpermudahkan urusan buat diri nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sampai dia menderita mcm tu...cabut je la nyawa dia...sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal buka dan tengok gambar. Speechless. |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah.. semoga dia dalam lindunganNya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|