CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9621|Reply: 32

[Buku] ...Watak Hero-Hero Novel Kesukaan...

[Copy link]
Post time 28-3-2017 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Suka Atau Tidak, Inilah 11 Watak Hero-Hero Novel Kesukaan Saya
  Farrah Izzlorna  ·Published 27/11/2015 · Updated 23/01/2017
Hero Iron Man Kena Sumpah (Foto: Ramdlon)

Hai semua!
Bertemu lagi kita di segmen penulisan novel pada kali ini.
Hari ini, aku nak cerita dengan korang pasal hero-hero novel yang membuatkan aku tak tidur lena saban malam.
Meratap sendirian kenapalah lelaki-lelaki macam tu tak muncul-muncul dalam hidup aku sob sob sob.
Semua orang ada cita rasa masing-masing.
Ada yang jenis suka lelaki jahat.
Ada yang jenis suka lelaki baik pijak semut tak mati.
Kalau aku, kebanyakan watak hero yang aku suka adalah watak yang baik-baik.
Takpun, ada sesuatu yang unik pasal perwatakan atau nama dia sampai aku teringat-ingat.
Sekarang ni aku sangat jarang membaca novel.
Jadi dalam senarai aku, banyak watak hero dari novel-novel lama.
Janganlah marah aku kalau watak hero kesukaan korang tak ada dalam senarai, ya.

1. IKHMAL HISYAMIkhmal merupakan watak hero dalam novel Permata Hati, karya Ma Lee Chuswan.
Terbitan Creative Enterprise.
Dalam novel, watak Ikhmal berumur dalam lingkungan 30-an dan merupakan pengarah syarikat. (Sorrylah kalau silap. Dah lama aku tak baca novel ni).
Inilah watak hero novel Melayu pertama yang aku tangkap cintan gila-gila punya.
Dalam Permata Hati, Ikhmal digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat tegas dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia nak.
Aku suka sangat bila baca tentang pelbagai usaha yang dia lakukan untuk merebut hati Ariana.
Dahlah dia selalu cemburu bila tengok Doktor Irwan dan adik lelaki dia cuba mendekati Ariana.
Tersengih sampai ke telinga aku bila baca.

2. NAZRULNazrul adalah watak hero daripada novel Prince Charming, karya Ratu Bulan.
Terbitan Fajar Pakeer.
Nazrul berusia dalam lingkungan belasan tahun dan merupakan seorang pemain bola sepak di sekolahnya.
Aku suka sangat dengan watak Nazrul ni sebab dia lain daripada watak-watak hero dalam novel lain yang pernah aku baca.
Nazrul ni macam bodoh-bodoh alang sikit, poyo, suka sangat tidur sampai dapat gelaran Sleeping Handsome, muka biasa-biasa saja.
Dan dia selalu tak ingat apa yang dia buat .
Of course lah ada rahsia di sebaliknya kan *senyum simpul*

3. CARL ZAFRANCarl adalah watak hero dalam novel Cinta Pertama, karya Norhayati Berahim.
Terbitan Alaf 21.
Carl berumur dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pengarah di sebuah syarikat.
Perkara pertama yang aku suka pasal Carl ni adalah nama dia.
Ala-ala campuran Inggeris dan Melayu gitu.
Carl digambarkan sebagai seorang lelaki yang dingin.
Dia bencikan perempuan disebabkan apa yang mama dia buat pada ayah dia.
Curang kalau tak silap.
Tapi dalam masa yang sama, dia seorang yang sangat bertanggungjawab dan jenis yang tak ambil kesempatan pada perempuan walaupun dia boleh je buat kalau dia nak pada satu masa tu.
Masa aku baca novel ni, aku rasa Carl ni macam ada split personality.
Dia dingin, tapi dalam masa yang sama dia caring.
Stress aku.

4. AIMANAiman adalah watak hero dalam novel Sambutlah Cintaku, karya Bikash Nur Idris.
Terbitan Alaf 21.
Aiman berumur dalam lingkungan 20-an dan bekerja sebagai pengurus di syarikat ayah Datul, heroin novel ni.
Aku suka dengan watak Aiman sebab walaupun dia tu memang baik, tapi tak adalah baik sampai pijak semut pun tak mati.
Ada juga masa bila dia menjadi garang dan nakal bila bersama heroin.
Sampai menangis si Datul tu dibuatnya.
Tapi bila tiba masa konflik yang besar tu, memang aku rasa nak tampar je muka dia.
Sangat menyakitkan hati.

5. MUHAMMAD HARITZHaritz adalah watak hero dalam novel Zulaikha, karya Jessy Mojuru.
Terbitan Rhythm Enterprise.
Novel ni memang sangat legend dulu.
Kalau korang tak tahu pasal novel ni, jangan korang berani menggelarkan diri korang pembaca novel tegar awal tahun 2000 hahaha.
Haritz merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan bekerja sebagai peniaga kedai runcit di kampungnya.
Antara salah satu sebab aku suka dengan si Haritz ni, sebab dia orang Sabah.
Bukanlah bermaksud yang taste aku adalah orang Sabah.
Tapi hello, selalu ke korang baca novel yang ada hero dari Sabah?
Takkan.
Jadi di situlah, aku merasakan uniknya watak Haritz.
Aku memang senang suka benda-benda unik macam ni, walaupun simple.

6. IAN HANIFAku tak ingat nama novel dan penulis dia, sebab masa tu aku baca novel ni kat perpustakaan.
Sekali tu saja aku baca, tapi ceritanya melekap di kepala aku sampai hari ini.
Yang aku ingat, novel ni terbitan Creative Enterprise.
Heroinnya pula bernama Dania.
Apa yang aku suka pasal Ian ni, adalah nama dia.
Cool gila bagi aku.
Nama dia ringkas, tapi lain dari yang lain.
Perwatakannya sama saja macam tipikal novel-novel Melayu yang lain.
Baik, tapi nakal dan suka mengusik heroin.
Jalan cerita pun menarik bagi aku.
*Nama Novel tersebut adalah Seraut Wajah Memori

7. IMAN HAKIMIHakimi adalah watak hero dalam novel Air Mata Kasih, karya Syamimi Aminolah.
Terbitan Creative Enterprise.
Hakimi berusia dalam lingkungan 30-an dan merupakan seorang pengarah syarikat.
Perwatakannya sama macam Carl Zafran, dingin dengan perempuan.
Cuma sebab saja yang lain.
Kehadiran Ain yang buatkan dia perlahan-lahan berubah, dan aku suka membaca proses perubahan dia tu.
Tapi akhirnya, dia juga yang membuatkan aku berendam air mata.

8. DANNYDanny adalah watak dalam novel Erti Cinta, karya Camelia.
Terbitan Karya Seni.
Danny sebenarnya bukan hero cerita ni.
Tapi aku suka dia lebih daripada hero.
Dan kalau dia tak ada, cerita ni takkan bergerak.
Aku sukakan watak Danny sebab dia tu bukan manusia, sebaliknya hantu!
Dia merupakan roh tidak tenteram yang berkeliaran di sekitar tempat kematiannya untuk menyelamatkan tunangnya yang masih hidup dari turut menjadi mangsa.
Sepanjang penceritaan, dia hanya memunculkan diri di hadapan Anis, heroin cerita ni.
Dan Anis pun jatuh cinta pada Danny, tanpa mengetahui Danny sebenarnya sudah mati.
Menarik, kan?

9. SYED ABIDSyed Abid adalah watak dalam novel Dia Lebih Mengerti, karya Norhayati Berahim.
Terbitan NB Enterprise.
Syed Abid berumur dalam lingkungan 30-an, dan dia bekerja sebagai pengurus di syarikat yang berkaitan dengan surat-menyurat milik bapa dia.
Apa yang aku suka pasal Syed Abid, dia tu sangatlah berani, agresif, dan kadang-kadang bila dia marah, dia boleh bertindak di luar kewarasan.
Bagi aku, itu sangat cool dan manly.
Dengan jalan cerita yang sangat menarik dan mantap walaupun banyak sangat bab yang menceritakan tentang penanaman anggur, watak Syed Abid diserlahkan dengan baik sekali.

10. HAKIMI ADAM SONGHakimi adalah watak dalam novel Bintang Hati Saya, karya Riley Fizan.
Terbitan PTS Publication.
Hakimi adalah seorang pelajar Kolej Budiman dan Presiden Kelab Pemerhati Bintang.
Aku sukakan Hakimi kerana dia lain dari yang lain.
Hero novel mana lagi yang digambarkan sebagai seorang yang sangat menyukai bintang?
Siap ada nickname lagi.
Polaris.
Jalan cerita yang digarap oleh penulisnya juga sangat mempengaruhi aku untuk menyukai watak Hakimi yang baik, bijak tetapi sayang, tidak begitu bernasib baik.
Serius aku cakap, walaupun watak Hakimi ni sekadar dipaparkan dalam bentuk flashback saja, tapi berjaya membuatkan aku menangis pada akhirnya sob sob sob.

11. TENGKU FIRDAUS AMSYARFirdaus adalah watak dalam novel Dia Si Katak Puru, terbitan Buku Prima.
Hasil karya Farrah Izzlorna, yakni aku sendiri.
Nak juga masukkan novel sendiri kan, hahaha.
Firdaus berumur 29 tahun, dan bekerja sebagai penolong pengurus di syarikat Pak Long dia.
Sebenarnya, watak Firdaus diinspirasikan daripada kawan aku.
Aku menggunakan perwatakan dia dalam manuskrip aku dan terhasillah watak Firdaus dalam novel Dia Si Katak Puru.
Apa yang aku tulis dalam novel aku, macam tulah perangai dia dalam kehidupan yang sebenar.
Baik, pendengar yang setia,banyak cakap, dan kawan aku yang sangat memahami.
Jadi disebabkan itulah, aku suka dengan watak Firdaus.
Sebab watak Firdaus membuatkan aku sentiasa teringat tentang antara kawan aku yang paling baik dalam dunia
Jadi, inilah watak-watak hero kesukaan aku.
Korang pulak macam mana?
(Laporan akan di buat kepada FACEBOOK & GOOGLE ADSENSE jika ARTIKEL Saudari.com di ambil tanpa kebenaran.)
.......
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>



Farrah Izzlorna
Seorang penulis novel, suka berangan dan mengabadikan kenangan dalam bentuk penulisan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2017 10:59 AM | Show all posts

The 100 best fictional characters of all time
William Brown
Chosen by Barbara Trapido (The Travelling Horn Player)
William is a child rebel in stifling suburbia. His instincts are against social climbing, pseudo-intellectualism and the humdrum. He has a flair for befriending eccentric outcasts, while cutting a swathe through village fêtes.

Flashman
Chosen by Terry Pratchett (the Discworld series)
Harry Flashman, that fictional reprobate - wenching and dodging his way through the major military engagements of the 19th century - is funnier, more honest and certainly less harmful than many of the real brave fools whose paths he double-crosses. You just can't help liking the amiable cad.

Pip
Chosen by Tim Lott (White City Blue)
Philip Pirrip (Pip), of Great Expectations, gripped me at the earliest age. Like him, I had hopes of escaping the loving, but limited, quotidian world that surrounded me. And, like Pip, I learnt to be ashamed of those good people that I loved and then bitterly ashamed of that shame.

Joe Gargery
Chosen by Maeve Binchy (Nights of Rain and Stars)
Joe Gargery in Charles Dickens's Great Expectations is so decent and so real that you always think you know him. Eager and ambitious for the poisonous Pip, Joe is humble and self-effacing. He makes me cry.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 01:25 PM | Show all posts
Bertie Wooster

Chosen by Marian Keyes (Sushi For Beginners)

Bertie lives life to the full and knows how to enjoy himself. Wodehouse's hero is a wonderful example to anyone who takes it all a bit too seriously.


Haroun

Chosen by Catherine Lockerbie, (director of the Edinburgh International Book Festival)

There are few such fabulous (in the true sense) sons in fiction as Haroun in Salman Rushdie's anti-censorship fairy story, Haroun and The Sea of Stories. Haroun has everything: a silenced storytelling father to save, encounters with water genies and talking hoopoes, and a heroic role in one of the most luminous and resonant tales yet written in praise of freedom of the imagination.

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
klau sy pulak...paling suka dua2 hero dlm citer noor suraya..nyanyian tg sepi
aqmar aziz n zainur arief
dua2 berbeza karekter tp semuanya kualiti yg bagus n patut ade dlm setiap lelaki
aqmar aziz mcm nakal skit,tp setia,ank yg baik,
zainur arief pulak cool (maybe sbb dia da tua..haha),matang,n penyabar
yg pnting dua2 syg pd heroin n xmau lukakan hati heroin dlm cr diorg sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts

These heroes popped into mind:

Ezwan Lutfi (TLU) - tegas, sgt family oriented, amusing, bertanggungjawab, loyal, humble, Islamic.

Samwise Gamgee (LOTR) - sgt loyal, berani, trustworthy, reliable, honest. Without sam, frodo x berjaya sampai ke mount doom.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ade dua sama..watak ikmal hisyam dan  carl zafran...penulis novel y sy minat chuols..awl thun 2000 mmg x laa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 14-4-2017 12:07 AM
klau sy pulak...paling suka dua2 hero dlm citer noor suraya..nyanyian tg sepi
aqmar aziz n zainur a ...

I am looking foward untuk baca novel2 kak suraya...i pernah baca compilation story dia yg hero kerja kat pasar ikan tu...terus jatuh cantik

As for hero2 pujaan hati...nampak sgt hati saya tak tetap...dapat hero baru...habis lupa nama hero lama...

Tapi saya suka hilman dalam novel melur jelita..awak suka saya tak? Mualaf yg berjaya mengetuk pintu hati Cik Intan...but me being bias...semua hero mj saya suka termasuk abang pedas firman dan ivan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:58 AM | Show all posts
GIBBS / GIBRAN - Buku FIXI Gantung by Nadia Khan. walaupun watak gibbs ni jahat sikit, tp yelah dia ketua kan, so mcm ada aura disitu dlm diri gibbs. Syabbas buat penulis! Gantung the best !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 05:38 PM | Show all posts
Sherlock Holmes, watak utama dalam buku oleh Sir Arthur Conan Doyle

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau x silap novel cinta pertama pernah diadaptasi menjadi drama di tv2 dulu2..tp sy x igt siapa hero yg jadi carl zafran nya..yg sy igt heroin nye,nurul iman dipegang oleh lisdawati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
watak kesukaan sy ialah Saifuddin/Laksamana Sunan dr buku2 tulisan Ramlee Awang Murshid..beliau digambarkan seorang yg hebat, sukar dikalahkan, namun tetap merendah diri dan selalu mengagungkan yg Maha Esa..garapan penulis ttg watak ini detail shga dpt dibayangkan bgaimana rupanya Saifuddin itu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka watak Christian Grey dalam 50 Shades. Bukan disebabkan kisah sex di dalam buku ini tapi perwatakan tersirat disebaliknya.

Watak lelain dalam buku yang pernah saya baca tak begitu meninggalkan kesan.

ps: maaf kalau tak sesuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
My fave character...Red in Stephen King's Rita Hayworth and the Shawshank Redemption. Klu movie version, Morgan Freeman berlakon. Andy Dufresne from the same story is another fave...dlm movie Tim Robbins berlakon. Both showed how patience & hope helped them overcome adversity

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
No11........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyai ontosoroh, the earth of mankind
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Fahri, ayat ayat cinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Laksamana Sunan, Ramlee Awang Mursyid. Watak yang sangat impossible untuk wujud di alam nyata. Terkesan baca novel2 siri ni. Banyak pengajaran. Tingkah laku, akhlak Laksaman Sunan yang baik, ilmu agama dan persilatan yang hebat. Tak terjangkau wujudnya hero yang serba sempurna macam ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 09:16 AM | Show all posts
Kalau untuk sy, sy ada few jugak watak hero dlm novel yg how I wish sy boleh jumpa kat alam nyata.

So here it goesss:

1)

  Haiyan Rifqi ke Rayyan Rifqi tak ingat nama penuh. sorry
     Tapi nama panggilan dia Rif. Dlm novel ni Rif ni adalah seorang komando.
     So watak dia, dia adalah seorg yang tegas dan bertanggungjawab.
     Suka sgt dgn cara dia handle masalah. Tapi dlm masa yg sama walaupon
     mamat tu mcm serius dan acah2 cool tapi nmpk lah yg di sebenarnya
     sgt care pada Afi (heroin dlm novel ni).

2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 09:42 AM | Show all posts
DIN- (Novel Jaja & Din)
Watak Din yang tenang, tegas, pemalu dalam kehidupan yang zuhud.
Realiti mungkin susah nak jumpe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 01:52 PM | Show all posts
Edited by kaklehot at 30-5-2017 01:57 PM

watak Fikri dari novel Jauh karya Aisya Sofea...novel jauh pon dh byk kali ulang x jemu2..masa baca buku ni.. sebenarnya aku macam teringat-teringat zaman belajar dulu..
gi travel sana-sini... huhuhu... sangat best... tapi nak ulang balik saat-saat tu... tak akan la kan...
sebab suasana, gaya hidup dan status yang berbeza... dulu masa student tu okay la nak ho sana ho sini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.102829 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list