View: 2734|Reply: 9
|
Baju Putih Kekuningan? Jangan Risau, Air Rendaman Lemon Kembalikan Serinya!
[Copy link]
|
|
Pakaian berwarna putih sememangnya kelihatan cantik di mata dan menjadi kegemaran ramai. Namun, ramai juga yang berasa takut untuk membeli baju berwarna putih kerana ia mudah kotor jika tidak dijaga rapi.
Foto: www.esquire.com
Tapi anda tak perlu risau kerana dengan hanya menggunakan barang-barang ini, ia mampu memelihara pakaian kegemaran anda daripada menjadi kusam, kekuningan atau pudar.
Menghapuskan kotoran degil
1. 1/4 cawan serbuk pencuci kain
2. 3 biji lemon diperah
3. 1 sudu makan garam
4. 2 liter air
Caranya:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan jus lemon, garam dan serbuk pencuci. Kacau sebati.
3. Masukkan air panas ke dalam mesin basuh dan rendam pakaian selama 40 minit.
4. Bilas dengan air bersih 2 hingga tiga kali dan jemur.
Nota: Ramuan ini juga sesuai menghilangkan kesan peluh di bahagaian kolar dan bawah lengan baju.
Memutihkan lagi pakaian berwarna putih
1 biji lemon dibelah dua
1 sudu makan baking soda
Caranya:
1. Taburkan baking soda ke kawasan terjejas dan gosok dengan permukaan lemon yang sudah dibelah.
2. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh seperti biasa dengan air suam.
Nota: Kaedah ini sering digunakan bagi menghapuskan kesan kuning bawah di lengan pakaian berwarna putih.
Peluntur serba guna
Foto: BrightSide
2 biji lemon dibelah
1/2 liter air
Caranya:
1. Campurkan jus perahan lemon ke dalam mangkuk yang diisi air.
2. Rendam pakaian di dalam mangkuk dan biarkan selama 40 minit.
3. Basuh seperti biasa di dalam mesin basuh.
Foto: Blah Blah Magazine
Foto: Washingtonian
Mudah saja, bukan? Dengan menggunakan barang sedia ada di dalam rumah sahaja, pakaian anda akan kembali putih berseri-seri! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tips berguna bila tak nak guna bahan pembersih yang siap dijual dipasaraya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau guna kat baju berwarna, luntur tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tips. bolehhh cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ni. Blh cuba esp pd bahagian keti tu selalu kuning |
|
|
|
|
|
|
|
buat lemonade pon sodap |
|
|
|
|
|
|
|
emmmm..boleh try..tapi lemon mahal..lama plak 40 minit nak rendam.... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak juga kegunaan lemon ni kan. mahal pulak tu hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|