CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3533|Reply: 4

Bengkel Gaharu Universiti Putra Malaysia: PERCUMA : 13 Mei 2017

[Copy link]
Post time 12-4-2017 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Sebagai ahli Fakulti dan ahli jawatankuasa bagi bengkel gaharu ini, saya di sini ingin menjemput penanam pokok karas (gaharu) di seluruh Malaysia untuk mengambil bagi dalam bengkel ini.



Kami menjemput:
-penanam gaharu yang memenuhi kriteria di bawah:
owns a minimum of 50 gaharu trees which is ready for gaharu inoculation">> Memiliki sekurang-kurangnya 50 pokok gaharu yang telah sedia untuk gaharu inokulasi
have your own plantation/home garden">> Mempunyai ladang/kebun tanaman sendiri
local, private-owned, small planters">> Peladang gaharu tempatan, penanam kecil milik peribadi
open-heart to learn and receive information">> Seorang yang suka untuk belajar dan menerima maklumat mengenai gaharu

Objektif bengkel ini
- Kebanyakkan penanam tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila mereka sudah menanam pokok gaharu. Ramai yang dilaporkan telah ditipu oleh  "pakar gaharu" bagi teknik menanam dan menjual gaharu bagi memperoleh pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Kami disini akan berkongsi kepada penanam gaharu mengenai teknik penanaman berkesan dan berkongsi cara penyelesaian terhadap penanaman gaharu berskala kecil di Malaysia.

Apa yang anda boleh dapat melalui bengkel ini?
- Anda akan diberi pendedahan mengenai status semasa industri gaharu tempatan, dan perancangan dalam masa 3 tahun untuk industri gaharu. Anda akan mendapat idea dan cara bagi mengatasi masalah yang anda sedang atau bakal hadapi.

Bagaimana saya boleh mendaftar?
- Bengkel ini adalah percuma. Pendaftaran diperlukan sebelum 9 Mei 2017. Pendaftaran selepas tarikh ini atau pendaftaran jenis "Walk-in" tidak akan dilayan. Untuk mendaftar, sila hubungi nombor yang tertera pada poster berkenaan. Tempat duduk adalah terhad.

PERINGATAN: Bengkel ini hanya tertumpu pada penanam pokok gaharu SAHAJA. Kami TIDAK menerima ahli dari ladang berasaskan syarikat, pelabur ladang, peniaga kayu gaharu dan penjual inokulum.

NOTA: Bengkel ini dianjurkan sepenuhnya oleh Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia, dan tidak berkaitan dengan mana-mana syarikat swasta mengiklankan produk mereka. Ia adalah semata-mata acara mendidik dan penyelesaian masalah untuk memenuhi penanam gaharu tempatan di Malaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 06:38 PM | Show all posts
ada je scammer jual inokulun ada duit RM 4.2 juta akaun maybank.. dia sendiri xde hasil gaharu..

beli inokulun daripada thailand declare inokulun ciptaan sendiri.. lepas tu untung atas angin..org lain derita bayar hutang..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2017 08:18 AM | Show all posts
Tolong sebarkan maklumat kepada saudara/kawan yang minat dan memenuhi syarat penyertaan bengkel tersebut. Tujuan kami adalah untuk mendidikan peladang tempatan bagi membangunkan industri gaharu tempatan.

Sekian, terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 02:03 AM | Show all posts
klu xde ladang boleh join ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 02:15 PM | Show all posts
lepas tu pergi pameran gaharu kat ioi putrajaya anjuran MTIB... 12-14 Mei 2017... cantikkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.148649 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list