|
Edited by eddlisa_uyuk at 29-6-2018 07:24 AM
Blok 404 bakal difilemkan
Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/273167
KUALA LUMPUR: Telefilem bercorak cemas, Blok 404, yang pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam bentuk video cakera padat (VCD) sekitar 2003, bakal difilemkan. Pelakonnya, Boy Iman, 37, berkata usaha menyatukan kembali bintang asalnya semakin menjadi kenyataan dan jika tiada aral, versi filemnya akan memulakan penggambaran bulan depan. Selain dirinya, telefilem arahan Silver Chung itu turut menampilkan Nabila Huda, Zamarul Hisham, Raja Azrey, Allahyarham Faizal Yusof dan Allahyarham Ahmad B. "Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada? Insya-Allah kalau tiada aral melintang, ia akan dihasilkan dalam format filem dan penggambaran akan diadakan pada Mei depan. Ia juga akan mengekalkan pelakon asal seperti Nabila, Zamarul dan Raja Azrey. "Pada mulanya saya terfikir untuk mengarahkan sendiri naskhah berkenaan, tetapi selepas dipertimbangkan semula, lebih baik saya serahkan kerja pengarahan kepada orang yang lebih pakar. Berkemungkinan besar ia akan diarahkan Azma Aizal Yusoof. "Ia akan diterbitkan syarikat milik saya, DBI Entertainment, dan produksi Ahmad Idham," kata Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman. Beliau berkata demikian ketika ditemui BH Online pada majlis pelancaran DBI Homes di ibu kota. Pelakon terbabit berjinak-jinak dengan dunia hartanah menerusi projek perumahan alaf baharu berdaya saing menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS), yang diusahakan oleh syarikat miliknya, DBI Technology Sdn Bhd. Syarikat berkenaan ditubuhkan pada 16 Disember 2016. "Dunia hartanah bukan asing bagi saya. Dulu saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang membangunkan projek perumahan banglo mampu milik. "Apa yang saya lakukan ini selaras dengan seruan kerajaan untuk membina rumah mampu milik bagi rakyat Malaysia," katanya.
Sumber: BH online
|
|