CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] Falsify - Nam Goong Min, Jeon Hye Bin, Uhm Ji Won, Yoon Jun Sang, Moon Seu

[Copy link]
Post time 30-8-2017 11:00 PM | Show all posts
dauswq replied at 30-8-2017 04:46 PM
Biasalah kau kan tau aku suka mengkritik drama haha

Skrg aku pun dh kena magis drama ni

enjin tak sempat panas ko dah kritik...

aku suke tgk pakcik junsang/sukmin... terbayang jintan dlm healer...

tang mana ko kecewa dgn ngm tuh..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2017 01:13 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 31-8-2017 01:15 AM
ichi replied at 30-8-2017 11:00 PM
enjin tak sempat panas ko dah kritik...

aku suke tgk pakcik junsang/sukmin... terbayan ...

aku rimas klu dia sedang bercakap dgn org, mesti dia ayun -ayun kan tangannya smbl tangan yg satu lagi cekak pinggang
tak kena dgn situasi drama ni

lain lah chief kim

ade lagi hat lain, yg ni more to penulisan yg sedikit lemah tentang lead character..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 02:51 PM | Show all posts
stress tgok epsd 25-26 ni

kenapala diorg main flashback2 storyline

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 7-9-2017 02:51 PM
stress tgok epsd 25-26 ni

kenapala diorg main flashback2 storyline

Ade certain confusing kan? Skrg diorg tgh come out dgn plan nak jatuhkan balik nam kyung man dan those yg berkomplot dgn nya.

Epi baru2 ni tunjuk ceo daehan tersepit dan dia pun tak berapa setuju pendekatan secret organization tu utk huru hara kan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 02:41 PM | Show all posts
dauswq replied at 8-9-2017 02:35 PM
Ade certain confusing kan? Skrg diorg tgh come out dgn plan nak jatuhkan balik nam kyung man dan t ...

yup..sgt confuse

part yg Nam Goong Min tolg prosecutor tgkap gang jahat terbesar utk tujuan ape
?
gang tu kire tali barut elders ke?

mlm ni bru nak dwnload next epsd 27-28

tgok ending 26 da dpt duit si Nam Mang Kyung kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 08:08 AM | Show all posts
tak sabo lak nak abiskan drama ni..
tinggal 2 episod jek lagi..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2017 08:10 AM | Show all posts
tak sempat nak start lagi cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 08:13 AM | Show all posts
atira replied at 12-9-2017 08:10 AM
tak sempat nak start lagi cerita ni

tengoklah
citer ni ade sket mcm filem spotlight terutamanya team splash
citer ni pentingkan role media sbg manipulator  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2017 08:15 AM | Show all posts
dauswq replied at 12-9-2017 08:13 AM
tengoklah
citer ni ade sket mcm filem spotlight terutamanya team splash
citer ni pentingkan rol ...

sekarang sempat layan dua drama je uols..
musim bz...
lagi pon melekat plak dgn journey to the west .. ada 4 season nak maraton hahahahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 02:05 PM | Show all posts


>> PANDUAN REVIEW <<


Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Falsify
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)




@ayushuhada04  @ichi  @idakamaruddin @ C1k_J4h






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 12:18 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 15-9-2017 12:20 AM

FALSIFY

Rating Keseluruhan Drama:  (9.2+9.4+8.0+2+2.5) =31.1/4=7.78)

Kritik Keseluruhan: "Kehipokritan media dalam memanipulasikan kenyataan dan memalsukan kebenaran menjadikan Falsify sebuah drama yang berat dengan mesej dan wajar ditonton. Seolah-olah anda kagum dengan kebenaran yang diselongkar wartawan dalam filem yang memenangi Oscar, Spotlight, Falsify sebaliknya membuatkan anda 'kagum' dengan kelicikan mereka yang menyalahguna media untuk kepentingan sendiri."

1. Cerita  (9.2/10)
Media dijadikan sebagai “bayangan” dalam merealisasikan kerja-kerja kotor oleh pihak yang berkepentingan. Ianya dijadikan satu cabang propaganda yang efisien sehingga mengubah persepsi orang ramai dalam sekelip mata. Isu yang diutarakan drama SBS Falsify lebih kepada “berita-berita semasa” yang diubahsuai dan disensasikan bagi memacu perhatian orang ramai supaya ianya harus ditegakkan. Contohnya, apabila berita tentang seseorang bunuh diri, media boleh memanipulasikan kenyataan berkenaan daripada sudut persepsi negatif tentang sebab kematiannya tanpa perlu risau tentang kredibiliti & laras bahasa digunakan. Kesannya, orang ramai yang membaca akan membenci kenyataan tersebut. Bak kata pepatah digunakan dalam drama ini,  “Wartawan ialah benak fikiran yang akan memimpin dan memacu peperangan”

Namun, dari pihak yang lain pula, masih ingin menegakkan ketidakadilan untuk memperbetulkan peranan media yang sepatutnya menyampaikan kebenaran dengan bersandarkan pada prinsip sendiri.

Permainan menjatuhkan antara satu sama lain semenangnya menjadikan drama itu lebih menarik. Syarikat akhbar Daehan berterusan memalsukan kenyataan dibuat oleh syarikat akhbar Aeguk. Kedua-duanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai tentang isu mereka mahu tegakkan. Kehadiran “Splash Team” bernaung di bawah Daehan telah mengimbangi, dan seterusnya menyelongkar apa yang CEO Daehan ingin sembunyikan di hadapan orang ramai.

Antara strategi menarik dimainkan pihak lawan adalah di dalam Episod 11 dan 12 (21 -24  di cenel SBS Korea) di mana pihak lawan telah mengaburi mereka dengan maklumat disampaikan kepada mereka ‘secara tak langsung’, dalam pada masa yang sama, menjayakan misi yang tak dapat diduga pihak seterusnya itu.

Pengakhiran juga tidak menampakkan sangat cerita tergantung tapi sedikit kekeliruan timbul tentang sesuatu plot bagaimana ia bersambungan antara satu sama lain. Ada kelopongan antara plot tersebut menyebabkan tertinggal sesuatu adegan yang patut dimuatkan dalam cerita. Contohnya peralihan adegan terakhir episod 31 di mana strategi daripada kumpulan Splash dengan memuatnaikkan iklan ke dalam surat akhbar Daehan kepada adegan awal episod 32 iaitu perjumpaan Lee Suk Min dan Han Mu Yong dengan 'whistblower' tersebut tidak dilakukan dengan berkesan. Ada ruang kosong perlu diperjelaskan.


2. Keberkesanan Lakonan (9.4/10)


Nam Goong Min - Han Mu Yong
Ada sedikit kekecewaan dengan persona lakonan yang dibentuk Nam Goong Min selaku Han Mu Yong.Misi utama Han Mu Yong adalah untuk membalas dendam terhadap kematian abangnya yang disifatkan sangat meragukan. Han Mu Yong tinggalkan sukan taekwondo lalu memutuskan menjadi wartawan Aeguk.  Dengan menggunakan cara yang bukan ortodoks, akhbar Aeguk akan membongkar apa saja pihak media lain cuba sembunyikan. Kesungguhan Han Mu Yong untuk menegakkan kebenaran mula berbangkit apabila menyedari artikel-artikel yang dinukilkan abangnya sebelum ini telah memalsukan pelbagai fakta senario politik. Tapi, gaya bentuk badan dan postur bentuk badan agak mengganggu ketrampilan dibina ke atas Han Mu Yong selain Han Mu Yong 'nampak' lemah dari semua perlakuan yang memungkinkan dia melaksanakan misi tersebut.  


Uhm Ji Won - Kang So Ra
Kang So ra lebih pada pendakwaraya yang bertugas untuk memastikan misi Han Mu Yong tercapai. Tiada apa boleh dikritik menerusi watak lakonan aktress ini.


Moon Seun Gyun - CEO Daehan - Gu Tae Won [Best Supporting Actor]
Moon Seun Gyun semenangnya meninggalkan impressi yang amat mengagumkan selaku CEO akhbar Daehan yang licik,  berkarisma dan penuh dengan tipu helah. Ini merupakan ‘comeback’ beliau dalam drama arena drama sejak 8 tahun yang lalu. Strateginya dalam menggunakan Daehan untuk memanipulasikan “fakta” dan menggelapkan kenyataan akhbar yang lain telah menyebabkan plan Han Mu Yong  dan kumpulan “Splash” selalunya gagal. Beliau juga akan mengarahkan penerbitan kenyataan akhbar terlebih dahulu sebelum sesuatu misi dilaksanakan.


Yoo Jun Sang - Ketua editor Splash Team - Lee Suk Min [Best Supporting Actor]
Kehebatan watak Lee Suk min tak dibangkitkan pada mulanya, tapi ia mula menyerlah apabila strateginya dalam menjatuhkan CEO Daehan berbuah hasil.  Yoo Jun Sang menampakkan Lee Suk Min seolah-olah "cool" dalam menghadapi tentangan dan tekanan dari pelbagai penjuru dalam keadaan dirinya strategis dan tenang di hadapan musuh. Antara lakonan yang layak untuk mendapat pencalonan.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.0/10)
[Best Cinematography]
Sedikit pujian diberikan pada pengarah memainkan konsep "abstrak" dalam membentangkan plot adegan yang seterusnya. Banyak cuba disembunyikan menjadikan drama ni masih kekal misteri walaupun sudah sampai ke penghujung. Adegan "flashback" sengaja dihitamkan memberikan signifikan tentang plot yang ingin diajukan. Dialog yang digunakan mengenai peranan media, juga sesuatu yang memorable dan pandai dieksplorasi pengarah ini.

Di akhir cerita, CEO Daehan keluar daripada pejabatnya apabila dia dimalukan juniornya. Kamera ditunjukkan pada motto syarikat yang tertera, "Sentiasa tahu yang salah daripada yang betul" menunjukkan betapa hipokrit nya media dilaung-laungkan selama ini.

Pujian lain harus diberikan pada sinematografi yang mantap terutamanya setiap keadaan pejabat ditunjukkan dalam drama ini. Beza sinematografi yang sangat jelas tentang pejabat CEO Daehan yang tampak kemas tapi kelam, keadaan pejabat Splash Team yang kosong tapi tampak ceria dan bermotivasi mencari kebenaran serta keadaan pejabat Aeguk yang kurang ceria dan berserabut dengan tunggakan kerja.

Apapun, kelemahan teknikal adalah dari segi "suntingan" , yang bagi saya , telah menyebabkan kekeliruan dalam banyak aspek. Pengarah harus berwaspada untuk menjadikan suntingan mereka lebih elok dan bertepatan dengan plot yang ingin dibentangkan.


4. Skor muzik (2/5)
Tiada yang boleh dingati tentang skor muzik dimainkan.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)
Drama ini sekadar sesuai untuk pembelajaran tapi untuk keseronokan mungkin tidak.

Rating Keseluruhan Drama:  (9.2+9.4+8.0+2+2.5) =31.1/4=7.78)
Nomination: Moon Seun Gyun, Yoo Jun Sang

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang


Review untuk dibaca: @atira @wima @idakamaruddin  @kartieka  @ichi


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:40 AM | Show all posts
cptnye daus review
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 02:48 PM | Show all posts

aku tertunggu ribiu kau ichi..
alang2 thn ni kau anto satu..
nak bg tacang byk2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 07:29 PM | Show all posts
dauswq replied at 15-9-2017 12:18 AM
FALSIFY
Rating Keseluruhan Drama:  (9.2+9.4+8.0+2+2.5) =31.1/4=7.78)

dh lama x lyn drama
tgk ko review mcm best sgt
rs mcm nk tgk plak
best sgt ka?


klu cite ni ngn cite oppa dak is tu, ko rekemen mn?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
wonto replied at 15-9-2017 07:29 PM
dh lama x lyn drama
tgk ko review mcm best sgt
rs mcm nk tgk plak

Motif lepas bace ribiu aku tulis, masih konfius samada best ke tak

Dr segi gelak gelak gtuh , aku prefer drama semaha tu lagi. Tp dr segi mesej dan rase wow gtuh, drama ni better lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:29 PM | Show all posts
dauswq replied at 15-9-2017 08:17 PM
Motif lepas bace ribiu aku tulis, masih konfius samada best ke tak  

Dr segi gelak gelak g ...

oo....gitu.
klu cite ni ngn secret forest?
hahaha...sbb dh lama x lyn
nk lyn yg thriller2 dlu..gelak2 dh malas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Konfemlah secret forest. Sila layan ahjussi kesayangan kau cpt dlm secret forest
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 15-9-2017 09:56 PM
Konfemlah secret forest. Sila layan ahjussi kesayangan kau cpt dlm secret forest

Hahaha..tgh lyn tp br ep 3.
Berkarisma ahjussi jd jahat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wonto at 18-9-2017 03:24 PM
dauswq replied at 15-9-2017 09:56 PM
Konfemlah secret forest. Sila layan ahjussi kesayangan kau cpt dlm secret forest


Edit blik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 03:36 PM | Show all posts
wonto replied at 18-9-2017 03:22 PM
Hahaha..tgh lyn tp br ep 3.
Berkarisma ahjussi jd jahat

tak cukup lagi psl ahjussi tu..
dia best epi 15-16
terus jd simpati dgn nya

btw @idakamaruddin kau layanlah wonto ni dlm rumah secret forest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067698 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list