CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 1

[Tempatan] BERSIH Sabah dakwa seminar dihalang polis

[Copy link]
Post time 23-4-2017 10:54 AM | Show all posts |Read mode
BERSIH Sabah mendakwa program Seminar Pengundi Bijak yang diadakan di daerah Kudat, Kota Marudu hari ini dihalang pihak polis.

Menurut Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Sabah, Beverly Joeman, mereka telah menempah bilik serbaguna Perpustakaan Daerah Kudat, sebelum didatangi tiga anggota polis yang tidak membenarkan mereka meneruskan program tersebut.

"Apabila kami sampai di sana, pihak perpustakaan tiba-tiba membatalkan tempahan kami kerana mereka takut. Menurut mereka, dua tiga hari sebelum program kami, ada tiga pegawai polis yang memberi amaran kepada mereka.

"Amaran yang diberi adalah sekiranya mereka membenarkan seminar ini, mereka akan ditangkap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, beliau mendakwa anggota polis berkenaan juga meminta mereka menanggalkan baju BERSIH 5 yang dipakai sekiranya mahu meneruskan seminar tersebut.

"Kami mempersoal tindakan pihak polis yang dilihat kebudak-budakan dan mempertikai pakaian yang kami pakai.

"Adakah baju BERSIH yang kami gunakan menyalahi undang-undang negara atau adakah pakaian ini menghuru harakan negara?

"Pihak Polis tidak dapat memberikan jawapan kerana telah mendapat arahan untuk tidak membenarkan program tersebut diteruskan," dakwa beliau.
Polis, katanya, perlu menghormati dan membantu rakyat mengetahui lebih lanjut mengenai hak-hak perlembagaan dan bukan menggunakan ugutan untuk menyemai rasa takut di kalangan mereka.

Beliau juga menggesa pihak polis bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang, tanpa dipengaruhi keputusan mana-mana pemimpin politik.

Program Pengundi Bijak berkenaan kemudian dipindahkan ke sebuah restoran di Kudat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2017 10:54 AM | Show all posts
sudah selayaknya sabah sarawak punya autonomy sendiri serta menteri besar sendiri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.195327 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list