Lembu dan kerbau di India dapat kad pengenalan
Kerajaan India yang dipimpin parti Bharatiya Janata Party (BJP) mahu melindungi lembu dan kerbau di India dengan memberi nombor dan kad pengenalan kepada setiap seekor binatang itu.
Antara sebab diberi kad pengenalan adalah untuk mengelak haiwan itu diseludup keluar ke negara jiran seperti Bangladesh dan Pakistan, khususnya untuk daging. Justeru, setiap lembu akan di”tag” dengan 12 digit nombor memudahkan ia dikesan menggunakan sistem dalam talian. Hebat kan? Selain mengelak diseludup, sistem ini juga bertujuan menjaga lembu-lembu secara sistematik dari aspek vaksin dan meningkatkan produktiviti penyusuan lembu terbabit, petik The Quint.
Tambahnya, kerajaan India berharap tindakan tersebut dapat meningkatkan pendapatan petani kepada lebih 2 kali ganda dari biasa. Menurut laporan beberapa portal tempatan India, juruteknik sedang dilatih untuk memasang tag poliuretana ringan yang siap dengan aplikasi di dalam telinga lembu. Ia direka supaya tidak menggangu rutin lembu dan tahan lama selain mudah ditanggalkan. “Sebaik tag tersebut dipasang, juruteknik akan mengemaskini numbor dalam perakam data talian dan menawarkan pemilik lembu dengan kad penjagaan kesihatan yang dilengkapi dengan nombit UID, maklumat pemilik, tarik vaksin dan sebagainya,” lapor The Quint. Setiap tag hanya 8 gram boleh dibeli pada harga 8 rupee atau RM0.54. Terdapat lebih 88 juta lembu dan kerbau di seluruh India dan hanya 800,000 ke sejuta anak lembu mempunyai tag atau direkodkan dan kerajaan menjangkakan semua lembu akan di”tag” menjelang hujung tahun ini.
|