CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 13

[Tempatan] Arbitrari 1MDB: Runtuhnya 'teori curi' pembangkang

[Copy link]
Post time 26-4-2017 08:45 PM | Show all posts |Read mode

kenalah putar belit sebab 1MDB nak dijadikan isu PRU-14.
apa yg difahami, 1MDB pulang balik duit yg dilaburkan kpd 1MDB.

ULASAN Apabila IPIC-1MDB membuat penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) kes yang melibatkan dua pihak, pembangkang rasa kecewa dan cuba putar belit dengan cerita bohong yang tidak berasas.

Fitnah terbaru pembangkang – Jumlah hutang RM25.18 bilion (IPIC RM5.28 bilion + bon RM15.4 bilion + faedah bon RM4.5 bilion) perlu dibayar oleh 1MDB dan kerajaan Malaysia. Di samping itu pembangkang juga mendakwa "penyelesaian luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah bayar kepada entiti yang tiada kaitan dengan IPIC".

Fakta 1: Jaminan IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC perlu membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.

Fakta 2: persetujuan penyelesaian pertikaian 1MDB-IPIC telah dicapai dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak AS$2.5 bilion hutang dan faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan dana tambahan dari kerajaan.

Caranya: Menebus aset kewangan/unit dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:

i. Mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.

ii. Membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang)

Fakta 3: IPIC akan melupus kira tuntutan sebanyak AS$481 juta bayaran penamatan opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat pertikaian ini.

Fakta 4: Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.

Fakta 5: Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB tidak akan membayar sekali lagi jumlah AS$3.5 bilion kepada IPIC atau membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion ini.

IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.

Fakta 6: Jika tiada penyelesaian dicapai antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.

Fakta 7: Jaminan IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.

Pembangkang tidak mahu menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan teori dan dakwaan mereka selama ini mengenai beberapa perkara, iaitu:

I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib Razak
II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V. Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini

Hakikatnya penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia:

I. Dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB
II. Membuktikan unit dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB
III. IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.
IV. Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri.

DATUK MOHD PUAD ZARKASHI anggota Majlis Tertinggi Umno.
⁠⁠⁠
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

[url=][/url]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
duit yg tersilap bayar tu...tak mintak balik ker
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kes ni punya la simple....tak perlu berbelit pun...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 26-4-2017 08:45 PM
kenalah putar belit sebab 1MDB nak dijadikan isu PRU-14.
apa yg difahami, 1MDB pulang balik duit  ...


Arbitrari tu maksud dia secara rambang atau sewenang2nya. Yg ni arbitration atau timbang tara/arbitrasi. Freudian slip?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:56 PM | Show all posts
cmf_acura replied at 26-4-2017 09:46 PM
duit yg tersilap bayar tu...tak mintak balik ker




tak ..  jibby amalkan konsep sedekahh .




Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:57 PM | Show all posts



bodo rupanya macai ni .      
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 11:07 PM | Show all posts
Edited by kelana36 at 26-4-2017 07:21 PM

double post
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:07 PM | Show all posts
letak summary jer lah...

Dari SR yang menanti surat saman dengan setia dan sabar ..




In an astonishing development and within only 24 hours of the joint IPIC/ 1MDB announcement of an ‘amicable settlement’ being registered on the London Stock Exchange, two of Najib’s closest ministers have backtracked on the essentials of that agreement!

Except, nothing is any longer surprising in Malaysia, where ministers are running round like headless chickens trying to defend the indefensible over the thefts from 1MDB.

It has been internationally recognised that the settlement as announced represented a total cave-in by 1MDB and an effective admission that no money was ever paid by Malaysia to Abu Dhabi. After all, the terms of the settlement will be that Malaysia pays back the $1.2 billion bail out of 1MDB made last year and will take over all the remaining payments on the $3.5 billion it borrowed back in 2012.

This was despite previous, unsubstantiated claimes that 1MDB had paid IPIC $3.51 billion in supposed deposits for a guarantee on those borrowings. It is now clearly demonstrated how in fact that money was stolen by conspirators linked to Najib Razak’s proxy at 1MDB Jho Low (the conspirators included the Head of IPIC at the time, who is now jailed).

However, Najib’s monkey ministers, who don’t like being shown up are now sounding off that IPIC did get the money and still owes $2.5 billion after all!  They claim documents (which they still have not substantiated) prove their point. And now they are suggesting that Malaysia is going to tear up the agreement and SUE ABU DHABI!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 11:56 PM | Show all posts
sejak dapat Samsung free, macai dedak jadi semakin tongong
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-4-2017 11:56 PM
sejak dapat Samsung free, macai dedak jadi semakin tongong

terlebih minum kencing unta.. eh.. salah kincing umngok
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:22 AM | Show all posts
bukan pembangkang, tetapi pembangang  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 07:45 AM | Show all posts
alahai sama2 posting macai...gila ke apa orang nak pcaya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 26-4-2017 11:07 PM
letak summary jer lah...

Dari SR yang menanti surat saman dengan setia dan sabar ..

Ayatnye..minister running around like headless chicken mmg xmenahan   bagusnye kesusasteraan english, kalau dlm kesusasteraan melayu bagai babi berlari2 kene punggah atas lori tunggu kene sembelih   mcm tulah perumpamaan utk kes 1mdb ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:46 AM | Show all posts
penangan A9 Pro buatkan macai over konfiden  skandal 1MDB tu takde salah pape


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.332683 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list