CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2260|Reply: 6

[Tempatan] Jaga2 yg tinted gelap, plat kilat.. JPJ sasar kutipan RM4 Bilion tahun ini

[Copy link]
Post time 27-4-2017 12:05 PM | Show all posts |Read mode




MELAKA, 26 April (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil RM4 bilion tahun ini bagi semua perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan iaitu peningkatan kutipan lima peratus setiap tahun.

Pengarah Kewangan Bahagian JPJ Datuk Kamarudin Mohamad Sa'ad berkata pada tahun lepas, JPJ mengutip hasil kira-kira RM3.9 bilion meningkat enam peratus berbanding RM3.7 billion pada tahun sebelumnya.

JPJ merupakan jabatan ketiga yang berjaya meraih kutipan hasil tertinggi pada tahun lepas, selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari JPJ Malaysia ke-71 peringkat negeri di sini, hari ini.....




"Kita juga sentiasa menggerakkan Kaunter 1JPJ supaya perkhidmatan jabatan dapat sampai ke semua peringkat masyarakat termasuk di kawasan pedalaman yang jauh dari cawangan JPJ bagi memberi kemudahan yang menyeluruh," katanya .

Kamarudin berkata, JPJ memerlukan tambahan 14 buah Kaunter 1JPJ, dalam usaha memperluaskan lagi perkhidmatan jabatan berkenaan secara lebih efisien, dan berharap ia dapat diperolehi dalam masa terdekat.

"Setakat ini, kita hanya mempunyai 14 van yang berfungsi sebagai Kaunter 1JPJ dan ada JPJ negeri iaitu Perlis dan Negeri Sembilan tidak mempunyai kaunter ini. Ia adalah satu keperluan untuk menambah baik mutu dan memperluaskan rangkaian perkhidmatan sedia ada," katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata, JPJ bekerjasama dengan Pos Malaysia bagi menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan dalam talian sebagai langkah transformasi sistem penyampaian dan perkhidmatan sedia ada.

"Melalui inisiatif ini, urusan perkhidmatan seperti pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan perlu dilakukan menerusi laman sesawang kita dan lesen dan cukai jalan berkenaan akan dihantar kepada pelanggan menggunakan khidmat pos laju. Ia dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.

Ketika ini, perkhidmatan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan ditawarkan di kaunter Pos Malaysia. - Bernama




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 01:51 PM | Show all posts
bukan skrg tinted gelap ddah boleh ke?

sekejap boleh sekejap xboleh ..boleh xboleh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:55 PM | Show all posts
Tadi ada road block dekat2 bandar Seri Iskandar, polis traffic trace balik saman2 yg lama.....member iols kena trace 9 saman lama.  Balik office heshe meyumpah2  .....gomen Jibby dah start nak kutip duit untuk PRU kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lately sume jabatan rajin kutip duit. Bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:06 PM | Show all posts
Tokey kedai accessory keta juga yang senyum lebor ramai le datang nak mintak tukar itu ini nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:11 PM | Show all posts
Ok noted. So far semua ikut spefikasi yg di benarkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2017 02:17 PM | Show all posts
kalau dah bersalah membayarlah jawabnya...apa nak bising bising...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.172320 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list