CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Tempatan] PAS mahu pinda enakmen syariah jika berjaya tadbir 5 Negeri

[Copy link]
Post time 27-4-2017 11:08 PM | Show all posts |Read mode



    [




Semoga beroleh kejayaan mentadbir Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor & Kedah.
MUKTAMAR | Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi gambaran betapa parti itu akan mempunyai kuasa untuk meminda enakmen undang-undang syariah di peringkat negeri jika berjaya mentadbir lima negeri selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, kata beliau yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, ia bergantung kepada 'takdir' seandainya pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen.
"Cukuplah untuk saya gambarkan di sini, andai ditakdirkan pindaan Akta 355 di Parlimen dan PAS berjaya mentadbir minima lima buah negeri pada PRU14.
"Kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk meminda enakmen undang-undang syariah di peringkat negeri," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, hari ini.
Menurut beliau, Pemuda PAS yakin dengan berkat usaha dan pertolongan Allah Taala, mereka dapat merealisasikan hasrat presiden parti Islam itu untuk memenangi 40 kerusi Parlimen dan mentadbir lima negeri.
"Dengan komitmen Pemuda PAS untuk meletakkan lebih ramai calon muda dan menguasai 60 peratus undi anak muda di setiap kerusi yang ditandingi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain mengekalkan kuasanya di Kelantan, parti itu juga menyasarkanTerengganu, Pahang, Selangor dan Kedah.
PAS pada pilihan raya umum 2013, berjaya memenangi 21 kerusi Parlimen tetapi kini hanya memiliki 14 kerusi selepas beberapa pilihan raya kecil dan ahli parlimennya yang menyertai AMANAH.
Enakmen Syariah di Kelantan dan Terengganu juga sebelum ini berjaya dipinda.



Pada bulan Mac lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan pindaan bagi RUU355 di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, jika usul memperkasakan undang-undang syariah itu lulus di Parlimen, ia tidak mempengaruhi pelaksanaan di peringkat negeri, kecuali ia juga dipinda seperti dalam kes di Kelantan dan Terengganu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055920 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list