View: 5704|Reply: 60
|
Nahas Konvoi Rakyat Msia Dari Thailand, Mangsa Perlu Bantuan Bawa Pulang
[Copy link]
|
|
Petang kelmarin berlakunya satu kemalangan di kilometer (km) 4046 Sikao, barat laut wilayah Trang, Thailand yang membabitkan seorang rakyat Malaysia cedera parah dan seorang lagi cedera ringan.
Memetik laporan Malaysian Digest, dalam kejadian pada 5.21 petang waktu tempatan itu, kedua-dua mangsa bersama tujuh ahli Kelab LC 135 Gombak dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah selepas melakukan konvoi selama empat hari ke Phuket, Thailand.
Menurut salah seorang ahli konvoi tersebut, Norman Adam, kemalangan berlaku ketika mangsa, Muhammad Suffian Sazali, 31, dan Zulfikar Idris, 26, sedang menunda salah sebuah motorsikal ahli konvoi itu yang mengalami kerosakan, kira-kira 146km menghampiri sempadan Bukit Kayu Hitam.
sumber : Malaysian Digest
Malangnya semasa melalui kawasan selekoh, motorsikal yang ditunggang Muhammad Suffian dan Zulfikar secara tiba-tiba bergeser sesama mereka kerana keadaan jalan yang berpasir mengakibatkan kenderaan mereka hilang kawalan.
Kemudian motosikal Zulfikar berputar dan melanggar batu jambatan, sementara itu Muhammad Sulfian berpusing bersama motosikalnya sebelum dia terjatuh dan orangnya menghentak besi penghadang jalan raya.
Kini Muhammad Suffian dirawat di Hospital Trang dan memerlukan kira-kira 35,000 baht (RM4,386.40) bagi menampung kos rawatan pesakit luar, tidak termasuk kos ambulans bagi membawa pulang mangsa.
Anggaran kos tersebut adalah meliputi kos hospital, X-Ray, imbasan Tomografi berkomputer (CT) serta Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).
Laporan mengenai kemalangan itu dibuat di balai polis berdekatan dan pihak berkuasa Thailand telah mendapatkan keterangan lanjut berhubung insiden tersebut.
Sehubungan itu, Kelab LC Gombak melancarkan kutipan derma kilat memohon sumbangan orang ramai bagi membantu menampung kos perubatan dan pengangkutan membawa pulang mangsa ke tanah air.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Ahmad Izzuddin Rosman bernombor 16220013518 (Maybank) atau boleh menghubungi beliau di talian 013-474 9823 untuk maklumat lanjut.- CARI
sumber : Malaysian Digest
sumber : Malaysian Digest |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suke berkonvoi.. suke jln dua tiga org jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde insurans ke pi travel tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pentingnya travel insurance.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. knp tak ambil travel insurance siap2..konvoi ni ada baik buruknya..kena berhati hati juga lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap kali pegi travel tak kira la dekat ke jauh ke travel insurance penting. Malang tak berbau ok. Bukan mendoa yg bukan2. Sebagai pengajaran. Jumpa doctor atau flight lambat bag hilang bukan amount yg besar. Amount yg penting bila ada surgery atau nak angkut balik negeri.....especially sos helicopter leh jejak USD300K tau |
|
|
|
|
|
|
|
sooo???
buat nya akak nak peduli dek.
mereput jah kat siam itu. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah...btw, tak sedapnyerrr karangan wartawan cari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
takat naik LC135 pun nak berkonvoi |
|
|
|
|
|
|
|
Moto biasa jer kan. Dok diam2 kat rumah tolog mak ke bini ke adalah pekdahnya. Dah terbaring macam tu semua rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo insurance pun x mampu nk beli xyh la nk berkonvoi2 bagai risiko tinggi kot |
|
|
|
|
|
|
|
travel insurans kalau pi luar co insurans tanggung ka bayar dulu klaim kemudian? |
|
|
|
|
|
|
|
.
Korang yg berseronok , bila kena musibah awat pulak netizen yg kena tanggung kos perubatan korang??
|
|
|
|
|
|
|
|
btw, ride jauh2 nih especially negara org pakai la pakai la extra safety gear... riding suit, knee pad...dsb |
|
|
|
|
|
|
|
selalu jumpa geng2 konvoi ni kat selatan thai...agak annoying gaklah perangai majoriti dorg nih....tetap bawak perangai caprut dorg tu walopun dah gi negara orang ..n actually thais pun menyampah ok ngan geng2 kaki konvoi dari malaysia ni..tak kiralah moto besa ke kecik |
|
|
|
|
|
|
|
kaktom rasa nak sumbang la. tolong menolong sesama muslim banyak pahala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia caj hospital siam terhadap warga asing, rawatan macam tu sampai rm4386... klu hospital gomen mesia mungkin dalam seribu lebih ja... dah sampai masanya hospital gomen kita naikkan caj kat warga asing... |
|
|
|
|
|
|
|
gi berjalan ada duit tapi kedek nak beli insurance and simpan untuk emergency..
pastu bawak perangai rempit gi negara orang..
bukan tak tau bahaya main tolak tunda gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menuntun moto rosak pun sampai terbabas berpusing motor
Laju sangat ke |
|
|
|
|
|
|
|
Duk rumah ja la..yg nek moto sorg2 pun aku seriau nikan pulak bekonvoi2..bahaya lg byk drpd seronok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|