View: 3993|Reply: 41
|
Umum Bersara, Ini Penjelasan Mengapa Putera Philip Tidak Bawa Gelaran Raja
[Copy link]
|
|
Putera Philip tidak akan terlibat dari menghadiri upacara awam bermula pada musim luruh ini selepas membuat pengumuman akan bersara secara kekal daripada tugas-tugas rasmi.
Baginda telah berada di sisi isterinya sepanjang 65 tahun di atas takhta dan merupakan raja yang paling lama berkhidmat dalam sejarah British.
Pengumuman tersebut mencetuskan spekulasi, dan pelbagai persoalan timbul antaranya, mengapa Duke of Edinburgh ini bergelar Putera dan bukan Raja sedangkan isteri baginda adalah seorang Ratu?
Foto: www.express.co.uk
Menurut portal Metro.co.uk, mengikut undang-undang Inggeris, isteri biasanya akan mengambil nama dan pangkat suaminya selepas berkahwin.
Situasi sama terjadi keluarga Diraja Britain, iaitu isteri yang tidak mempunyai gelaran kebiasaannya akan mengambil gelaran suami secara sah.
Contoh terdekat adalah apabila Kate Middleton berkahwin The Duke of Cambridge, iaitu Putera William, beliau dikenali sebagai The Duchess of Cambridge.
Namun jika Putera William tidak diberikan gelaran 'Duke' untuk perkahwinannya, Kate akan membawa gelaran 'Princess William of Wales'.
Walau bagaimanapun, perkara ini akan menjadi sangat berbeza apabila wanita dari keturunan diraja berkahwin.
Misal kata jika gelaran isteri adalah lebih tinggi daripada suaminya sebelum berkahwin, gelaran itu akan dikekalkan buat isteri.
Sebelum baginda Ratu Elizabeth II menaiki takhta, baginda memegang gelaran Duchess of Edinburgh, yang merupakan gelaran yang diwarisi daripada suami.
Walau bagaimanapun, disebabkan gelaran Ratu (Queen) merupakan pangkat yang lebih tinggi daripada Duchess, maka Ratu Elizabeth II menggunakan gelaran ratu tersebut.
Manakala gelaran Duke of Edinburgh yang dianugerahkan kepada suaminya dikekalkan tanpa ada perubahan.
Maka disebabkan itulah Putera Philip bergelar Putera dan bukannya Raja. -CARI
Foto: Reuters
|
|
|
|
|
|
|
|
Queen ni masa muda dedulu cantik banget.. siphilip ni pun ensemm.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nampak berumo lanjut dah,Atuk Putera Phillip nie |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak ko lah. Takde kene mengene pun dgn masa depan aku |
|
|
|
|
|
|
|
Deyols pun dah tua, umur 90s. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm2 era diorang lalui..since ww2, zaman jepun, hippies,millenium... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kenapa queen jadi pemerintah? Bukan king?? Queen elizabeth xde adik beradik lelaki ke tuk jadi king? |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu tertanya kenapa
nak google malas lak
thanks TT |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg sulung yg jd king (lelaki) atau queen (perempuan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi persoalannya....
Napa tiba2 kak mah jadi first lady?.. Tu yg aku musykil sampai skarang... |
|
|
|
|
|
|
|
lavilavi replied at 5-5-2017 02:48 PM
Tapi persoalannya....
Napa tiba2 kak mah jadi first lady?.. Tu yg aku musykil sampai skarang...
Kak mah tuu tolak tepi.. dia gi mana pun dia tetap first lady.. pi cmpk ke uganda pun first lady tuu masih ado.. cmpk lubang kubo je hilang first lady tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Queen Elizabeth xde adik beradik lelaki, yang ade adik perempuan - Princess Margaret
|
|
|
|
|
|
|
|
DeeHanania replied at 5-5-2017 12:08 PM
Dah nampak berumo lanjut dah,Atuk Putera Phillip nie
Nmpk masih gagah lg |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kalo kt msia pompuan dpt Datuk tp suami xde la dpt Datin. |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 5-5-2017 12:01 PM
dulu
Suke tengok omputih dolu dolu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prince Phillip dah uzur jugak nampaknya. umur pon dah 95 kalau x silap. Xlarat nak buat official visit, elok dok rumah je la. Aku suka tengok The Crown walaupon bukan 100% real sebab seronok tengok dorang laki bini bergaduh pasal coronation. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 malas dah nak ikut protocal letih elok duduk relax2 je sambil sesekali layan cicit |
|
|
|
|
|
|
| |
|