Meols jumpa ni
Spicy Baked Fish Ala Manhattan Fish Market
Bahan-Bahan (Untuk 3-4 orang makan):
4 fillet ikan - boleh dibeli di bahagian sejuk beku kat mana-mana supermarket. Daun limau purut - dihiris halus Bunga kantan - dihiris halus Aluminium foil utk baked ikan dlm oven.
Bahan-bahan semua dicampak dlm blender dan dikisar halus dgn sedikit air (jgn cair sgt):
1 cekup kecil daun ketumbar - agak2 ikut rasa masing-masing (klo x suke ketumbar x nak masuk pun takpe) 2 biji tomato 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 2-3 batang serai 3-5 biji cili padi - kepedasan ikut kesukaan masing-masing sedikit lada hitam kisar sedikit gula garam secukup rasea air perahan limau @ air asam jawa @ apple cider vinegar - ikut suke nak pkai mane satu, ni nak bagi rse masam2 mcm asam pedas tu...klo rase masam yg kelicap2 mulut dibuatnyer tu baru ngammm..!
Cara-Caranya:
1. Defrost fillet ikan dlm air yg di campur sedikit garam. 2. Sediakan bahan2 yang nak diblender. blender dgn sedikit air supaya jadi paste. jgn cair sgt sbb bile bakar air akan keluar dari ikan. 3. Letak ikan dlm aluminium foil dan tabut hirisan daun limau purut & bunga kantan. 4. Sendukkan campuran tadi dibawah & atas ikan supaya menutupi sume ikan tadi. 5. Lipat aluminium supaya menjadi 1 bungkusan. Boleh juga susun semua ikan ke dalam loyang pembakar dan tutup loyang dgn aluminium.
6. Bakar ikan dalam bungkusan tadi di dalam oven dgn suhu 180 celcius selama 15-20 minit.
7. Hidangkan ikan yang telah masak bersama nasi & sayur. Boleh juga dihidangkan bersama roti bakar atau garlic bread...mmg sodap klo cecah roti dlm kuah ikan tuuu...! nyummmmss...!
P/S: Mediterranean rice tu ala2 nasi ayam je sebenarnyer...mhuhuhuhu. Just tumis bawang besar & bawang putih dgn butter. masukkan kan dlm beras & masak beras td bersama stok ayam & sedikit serbuk kunyit. lepas nasi dah masak, gaulkan bersama hirisan daun sup...siappp...!
|