CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2831|Reply: 30

[Tempatan] Harga Sutun Ganu melambung tinggi

[Copy link]
Post time 24-5-2017 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 24-5-2017 07:05 PM

KUALA TERENGGANU - Harga sotong di Terengganu dilaporkan melambung tinggi walaupun pada musim mencandat berikutan permintaan pengguna terhadap hasil laut itu yang dikatakan meningkat mendadak ketika ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, Mat Yassim Mohamed yang mengakui perkara itu berkata, permintaan bukan sahaja meningkat dari kalangan pengguna tempatan tetapi juga dari pengguna luar Terengganu.


“Faktor musim (sotong) yang baru bermula juga menyebabkan harganya melambung tinggi ditambah dengan permintaan tinggi manakala hasil diperoleh nelayan ketika ini tidak mampu menampung keperluan.

“Malah, ada pelanggan yang sudah berurusniaga walaupun nelayan masih belum sampai ke darat, mereka sudah membuat perjanjian kerana bimbang apabila sotong sudah tiba di darat mereka tidak sempat untuk mendapatkannya,” katanya.

Katanya, harga sotong ketika ini adalah sekitar RM25 hingga RM28 sekilogram tetapi ada juga peniaga yang menjual pada harga RM30 sekilogram dan keadaan itu berbeza pada hari biasa iaitu RM18 sekilogram sahaja.

Beliau berkata, walaupun harga haiwan tanpa tulang belakang itu mahal ketika ini, namun penggemar makanan laut itu tidak menjadikannya sebagai isu sebaliknya tetap mahu mendapatkan bekalan sotong segar daripada nelayan.

“Dalam masa sama, aktiviti mencandat ketika ini juga tidak menggugat pendapatan nelayan tempatan kerana permintaan diterima tetap tinggi dan aktiviti itu berjalan seperti biasa walaupun pada bulan Ramadan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mo ... -melambung-1.679434

musim mencandat sutun da bermula

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah kak azwana..berharga jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sedapnya sotong goreng tepung..yum yum
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn mmg dah melambung ke harganya tak kira musim
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:19 PM | Show all posts
makanan kat ganu mmg mahal baik dari harga makanan dh siap masak atau bahan mentah mcm ikan,udang,sotong.dah berzaman dah mmg mahal.sebab tu kalau org tanya aku kt mana kedai makan sedap kat Ganu, aku mmg x de idea nak bgtau sbb wpun aku org ganu,sekali sekala balik ganu  mana makan kat kedai.even zaman aku sekolah pun mmg famili aku jenis x makan kt kedai kecuali fast food mcm piza atau kfc tu,mmg la makan.
kalau sotong seciput gitu rm15 mmg lah cekik darah..aku br je beli sotong panjang lbh tapak tangan 3 ekor rm17..puas hati makan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik la rege sotong pok nong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat memory mencandat sotong di tioman dgn nelayan sana. Sedap sgt sotong goreng atas kapal....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga ganu ni asal boleh  cekik je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru beli kat pasar, sotong panjang 2 jengkal tu..sekilo rm26
Mggu lepas sekilo rm24
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah tambah nak posa ni makin tinggi la permintaan noooo

Sedapnya sotomg goreng tepung
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:17 AM | Show all posts
sutun ni mahal ke idokkkkk???


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:24 AM | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-5-2017 08:19 PM
makanan kat ganu mmg mahal baik dari harga makanan dh siap masak atau bahan mentah mcm ikan,udang,so ...

agree with mama...boleh bilang brp kali je sepjg hidup mkn kat luar bila balik ganung...mahal ya ampun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:08 AM | Show all posts
toksah dilayan anak tekak nk makan itu ini..sotong mahal beli je sotong dlm tin
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:15 AM | Show all posts
sebut 'sutun' aje terus teringat 'sutun pink'

astaga..sori


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:46 AM | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-5-2017 08:19 PM
makanan kat ganu mmg mahal baik dari harga makanan dh siap masak atau bahan mentah mcm ikan,udang,so ...

you, yang ni i sangat setuju, ganu memang TAK ADA kedai makan yang sedap.. mostly mahal, manis yang amat, tak sedap... i  tak faham kenapa masakan terengganu lebih manis dari masakan kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:59 AM | Show all posts
Dalam tahun ni, boleh bilang berapa kali aku makan sotong. Rasanya x sampai 5 kali kut....

Makanan laut agak pricey sekarang nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 10:03 AM | Show all posts
mana2 tempat pon mmg dah mhei kot.. baru nie mak iols ckp sotong sekilo dh nk dkt rm30.. saiz sderhana jer pon..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sotong kurang musim candat kali ni..byk trip yg pulang hasil kurang. Baik p candat dari pantai kat pangkor dari naik bot tgh laut. X penat sgt boleh mandi laut lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-5-2017 08:19 PM
makanan kat ganu mmg mahal baik dari harga makanan dh siap masak atau bahan mentah mcm ikan,udang,so ...

apa sebabnya ya... aku pegi makan di restoran sana tahun 2009, mak oiii harga nasi goreng 5.50 terkejut aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:20 AM | Show all posts
sotong walaupun mahal ..
kalau dah nafsu nak makan menguasai diri .. beli jugak

FC masak salut tepung


cicah dengan ....
- ni cilok sambal kicap sapa ntah punya

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.259539 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list