CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4513|Reply: 42

[Tempatan] Saya rela bermadu asalkan tidak dicerai suami

 Close [Copy link]
Post time 30-5-2017 05:11 AM | Show all posts |Read mode
Kawan saya, ketika berusia 18 tahun dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Namun, apabila berumur 20 tahun, dia sudah bercerai dengan suaminya. Katanya suami layan dia seperti 'hamba seks' semata-mata.

Mereka bercinta dalam tempoh 3-4 tahun. Lelaki itu sekarang berumur 23 tahun. Masa bercinta pun lelaki ini jenis suka simpan gambar perempuan lain. Katanya gambar 'autosave' dari group WhatsApp.

Semasa bercinta, lelaki itu sopan, gentle gila, tak berkira duit, sanggup drive jauh semata-mata nak berjumpa selain selalu beri hadiah ataupun bunga.

Jadi mereka pun rancang nak berkahwin selepas kawan saya dah tamat persekolahan sebab lelaki itu nak taja semua. Kawan saya pula tak sambung belajar dan tak berkerja dan kahwin ketika umur 18 tahun. Sekarang dia sudah berumur 20 tahun dan ada seorang anak perempuan. Comel teruk, rasa nak cungkil biji mata dia.

Tahun pertama kahwin, rajin travel sana sini. Bak kata suaminya, 'honeymoon'. Bagi saya, suami dia sudah cukup sempurna, kaya, handsome, baik dan semua ciri-ciri suami seperti dalam drama TV3 ada pada suami dia.

Tetapi masuk tahun kedua, anak pun dah besar. Suami dia pula asyik marah-marah, mengungkit, memaksa isteri kalau nak 'bermesra' dan abaikan anak.

Bila isteri tak nak 'bermesra', mulalah si suami mengungkit bahawa dia yang tanggung semua selama ini sejak dari mula mereka bercinta.

"Nak minta jaga nasfu aku pun susah!" katanya.


Sampailah satu malam itu, si suami balik bising-bising dan kata nak juga 'bermesra' malam itu, tak kira apa alasan isteri walaupun anak menangis bagai. Tetapi disebabkan si isteri malas nak bergaduh, dia turutkan sahaja. Kadang-kadang sampai sakit-sakit isteri dikerjakan. Entah nafsu apa si suami dia ini.

Benda yang sama berlaku hampir setiap hari. Apa bendalah, rabaklah, gila. Sakit pula fikir perkara-perkara begini.

Selepas beberapa minggu kemudian, si suami dah berani bawa perempuan lain 'bermesra' di dalam kereta. Kantoi busuk tertinggal barang dengan isteri dia.

Tetapi itulah kita perempuan kadang-kadang dah seperti orang bodoh saja disebabkan tak nak kena pukul, dia pejamkan mata dengan sikap suaminya.

Sehinggalah satu hari si suami berani membawa perempuan itu balik ke rumah semasa isterinya sedang tidur. Sumpah saya menyirap saja bila isteri dia ceritakan perkara ini. Berapi gila! Serius terasa nak pukul orang masa saya taip cerita ini.

Si suami baru mengenali perempuan itu dua minggu. Tengok gambar perempuan itu, ayu sangat, tudung bulat tetapi syaiton betul. Kawan saya pula jenis redha saja dan terlalu positif.

"Saya rela bermadu asalkan tidak dicerai suami.."


Naif sangat ya Allah. Kenapalah. Malas nak cerita panjang. Sekarang mereka dah bercerai. Ibu bapa kawan saya ini yang paksa anak perempuan mereka bercerai sebab lelaki itu tak layak jadi imam.

Bekas suami dia langsung tak kisah pun tentang anak perempuan mereka. Bapa jenis apa dia ini? Serius muka dia baik gila, handsome apa semua tetapi tak sangka perangainya begini.

Sekarang aku sendiri rasa takut nak kahwin (tapi nak kahwin), bercinta lama pun, takut lelaki tiba-tiba berubah perangai. Sebab itu perempuan, tak kisahlah belajar sampai mana, yang penting ada income. Jangan 100% harap duit suami.

Dapat pula yang jenis lelaki yang suka mengungkit ini. Jangan terperdaya dengan muka kacak atau cantik seseorang. Jangan jadi bodoh mempertahankan benda gila sebab 'relationship dah lama'.http://www.thereporter.my/2017/0 ... -tidak-dicerai.html

GEMPAR Awek Melayu ini Tayang Body Mantap Untuk Lelaki Di Laman Sosial


Wow! Baru 19 Tahun Laki laki ini Dah Ada Empat Bini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2017 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki melayu kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya
Drama melayu - penipu
Lelaki berciri2 kan drama melayu - tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama biasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berkahwin buat kata ipan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 05:55 AM | Show all posts
ini copy paste dari twitter ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2017 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu kawin...yang laki takleh kawal emosi...yg pompuan takleh nak faham kehendak suami...campurtangan plak dr pihak orang tua...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
"Comel teruk, rasa nak cungkil biji mata dia."




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2017 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg pon kalau Allah nak uji dgn macam2 cara...jodoh.kesihatan.anak.suami.isteri. keluarga.kerja.mcm2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg pon kalau Allah nak uji dgn macam2 cara...jodoh.kesihatan.anak.suami.isteri. keluarga.kerja.mcm2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg pon kalau Allah nak uji dgn macam2 cara...jodoh.kesihatan.anak.suami.isteri. keluarga.kerja.mcm2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pernah baca ni sehari dua yg lepas...tp kat mana ya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berlaki,,gitew! Jgn jd andartu. Nanti di hina oleh makcik2 kepam
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berlaki,,gitew! Jgn jd andartu. Nanti di hina oleh makcik2 kepam
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:45 AM | Show all posts
Dr terseksa baik ajer berpisah...
Move on
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sampai nak cungkil biji mata?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2017 07:06 AM | Show all posts
da bercerai ok le tu..
jgn ingat lagi kisah lama, boleh bina hidup baru
org kata kahwin ni mcam memperjudikan nasib
berdoa sja lah dapat istri/suami yg baik
kalau gagal jugak anggap itu lah ujian dn dugaan hidup
semua org ada ujian dn dugaan dlm hidup nya
cuma dlm keadaan yg berbeza
jd single pun ada jugak ujian dn dugaannya..
rezeki dn nasib masing2
macm mana pun kena terus berdoa kpd Allah
berserah sja kpd Nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 07:22 AM | Show all posts
ultra78 replied at 30-5-2017 06:55 AM
Kenapa sampai nak cungkil biji mata?

sebab yg menulis ni mental..berkawan plak ngan org2 mental bermasalah..cash lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 07:24 AM | Show all posts
Kandungan dari FB ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmm kalau saya umur 18 tu awal sangat nak berkawin. Time tu baru nak cari kerja or study.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.359162 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list