View: 2745|Reply: 17
|
Betulkah Cara Anda Minum Air Ketika Bulan Puasa? Cuba Tengok Ini
[Copy link]
|
|
Perkara sering berlaku kepada kita ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah kekurangan air di dalam tubuh. Ditambah pula dengan cuaca terik, boleh jatuh sakit dibuatnya!
Puasa, puasa juga tapi jangan sampai mengabaikan kesihatan kerana tak kurang juga sesetengah daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk mengurangkan berat badan. Tak begitu?
Jadi, untuk memastikan tubuh sentiasa cukup air dan sihat sepanjang berpuasa di bulan mulia ini, anda boleh amalkan kaedah minum air paling baik disyorkan majalah Mingguan Wanita ini!
Pastikan anda minum cukup lapan gelas air sehari ya! Caranya adalah:
1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat fardhu Isyak
1 gelas selepas solat Tarawih
1 gelas selepas makan malam (kuih-muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur
Foto: Cari Internet
Elakkan dua perkara ini ketika bulan Ramadan:
1. Minum air manis
Elakkan dari kerap mengambil minuman manis bagi mengelak kenaikan berat badan mendadak sepanjang bulan puasa.
2. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka
Memang tak terkata nikmatnya apabila dapat menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Namun, janganlah pula anda minum sehingga hilang selera makan. Sebaliknya, banyakkan minum air ketika waktu sahur.
Nampak mudah untuk dilakukan, namun tak semua mampu melaksanakannya dengan baik. Sebelum jatuh sakit, baik kita mencegahnya daripada berlaku. Selamat berpuasa semua! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Saranan yang baik apa pun yang penting kena kerap minum sepanjang antara selepas waktu berbuka hingga masa bersahur. Cuaca agak panas sekarang kurang minum air boleh menjejaskan kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau minum air kat cawan segelas pun tak lalu habis
tp kalau gogok dari botol berliter2 aku telan
inspired by dr vida gogok pamoga
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar_sabariah replied at 30-5-2017 12:31 PM
kalau minum air kat cawan segelas pun tak lalu habis
tp kalau gogok dari botol berliter2 aku telan
...
Eh i pun macam tu. Kalau secawan, payah nak habis. Padahal bila kat botol, gogok lebih secawan |
|
|
|
|
|
|
|
minum ikut berat badan lbh sesuai. x semua org perlukan 8 gelas sehari.. bdn setiap org blainan.
25kg=1liter
ape2pun yg ptg minum air secukupnya utk elakkan sembelit/kekeringan bibir/terhidrat d bulan puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan puasa susah ler nak minum air 0...tekak selera nya ke air manis ja..nak2 yg sejuk mhmm |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku ni bukan jenis yg Jakun bila berbuka togok air manis bertong tong. Gok.. Gookk.. Goookkk..
Aku mmg togok air masak dulu air manis ni takat nk rasa je sedap sgt ke sbb tgk orang orang depan aku kemain telan air manis dulu berjug jug....
Sahur pon sama aku mmg ngan air masak sekali sekala baru sahur ngan milo ke horlicks ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Ayda89 replied at 30-5-2017 02:42 PM
Bulan puasa susah ler nak minum air 0...tekak selera nya ke air manis ja..nak2 yg sejuk mhmm
Betul la. I ingat i sorang je tak selera air kosong bulan puasa ni. Harus cari air manis. Soya bean ke sirap ke milo ais ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:26 PM
Betul la. I ingat i sorang je tak selera air kosong bulan puasa ni. Harus cari air manis. Soya bea ...
Tapi kena paksa minum jugak, nnti kencing manis pulak. Hahahha. Sahur segelas, lepas buka segelas, sebelum tido segelas, tu pun terkelat2 nak minum huwaa |
|
|
|
|
|
|
|
Time sahur paling tak selera minum air kosong. Namun ku gagahi jua |
|
|
|
|
|
|
|
Ayda89 replied at 30-5-2017 03:32 PM
Tapi kena paksa minum jugak, nnti kencing manis pulak. Hahahha. Sahur segelas, lepas buka segelas, ...
Eh mesti lah minum air kosong jugak. Cuma maksud i masa mula nak bukak puasa tu kena air manis. Lepas lepas tu nak tido/sahur mmg air kosong la. |
|
|
|
|
|
|
|
I memang tak gemar air manis. Memang kalau berbuka and everyday 24 jam minum air kosong je. Cuma I kurang minum air la. Tak kuasalah nak minum 8 gelas sehari. Kembung perut. |
|
|
|
|
|
|
|
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:38 PM
Eh mesti lah minum air kosong jugak. Cuma maksud i masa mula nak bukak puasa tu kena air manis. Le ...
Ha bagusss |
|
|
|
|
|
|
|
biase minum air masak/kosong..air manis mmg kurg...mmg kna byk minum air...ikut aturan..mmg bgs |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 30-5-2017 12:23 PM
Saranan yang baik apa pun yang penting kena kerap minum sepanjang antara selepas waktu berbuka hingg ...
y nie setuju...sbb kurg minum air dh demam...haiisshh |
|
|
|
|
|
|
|
xminat air kosong...kecuali betul2 penat |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh baru pukul 4 dah kering tekak weyy..lepas berbuka aku nak try cam ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|