CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8901|Reply: 52

[Tempatan] Penjenayah bersongkok senget: Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji

[Copy link]
Post time 4-6-2017 07:38 PM | Show all posts |Read mode




Polis giat mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan kes bawa lari sebuah Toyota Hilux.

KOTA BHARU - Tiga penjenayah berjaya melarikan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas salah seorang daripada mereka memperdayakan jurujual kereta dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Hospital Cabang 4, Kampung Cherang di sini semalam.

Dalam kejadian kira- kira pukul 4 petang, seorang suspek berusia 37 tahun menyamar sebagai pelanggan untuk melihat model kereta sebelum meminta untuk memandu uji kenderaan tersebut bersama jurujual terbabit.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa di dalam kereta, suspek memaklumkan mahu mengambil dua rakannya di kawasan berhampiran.

"Semasa sedang memandu uji, salah seorang suspek telah mengacukan benda tajam ke leher jurujual manakala suspek lain telah menutup kepala mangsa.

"Mangsa cuba melawan sebelum ditumbuk pada bahagian muka beberapa kali oleh suspek dan diugut akan dicederakan dengan lebih teruk," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Din berkata, suspek kemudian bertindak menolak keluar mangsa daripada kereta dan terus melarikan kenderaan berkenaan.

"Selepas itu, mangsa terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut sebelum kembali ke pejabatnya dan mendapati dompet suspek pertama yang menyamar sebagai pelanggan tertinggal di situ," jelasnya.

Tambah, polis kini memburu seorang lelaki terbabit yang dikenali sebagai Azman Zainal Abidin serta dua lagi rakan suspek untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4j1PNqseq


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2017 07:46 PM | Show all posts
Lobaiiii songkokkk hitammmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ic negeri 03.
Terrorist lettew.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ic negeri 03.
Terrorist lettew.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam Ic punyalah pamer imej Islamic tapi perangai hawau di bulan puasa pula. Di serambi mekoh lagi. Laki saper lah agaknya ni. Akak harap tiada perempuan melayu buat mamat ni laki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2017 07:59 PM | Show all posts
Kenapa dia ada 2 kad pengenalan Malaysia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2017 08:06 PM | Show all posts
kehkehkeh.......kod negri kat ic 03.

Alamat kay el.

Anak dia besok tak sadar diuntong akan berkata " Ambo ore kayel tawww!"

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 08:22 PM | Show all posts
ummah serambi mekoh yang maksom dan sempurna satu2 nya ahli sorga firdausi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2017 08:25 PM | Show all posts
Kenapa mangkok ni ada dua IC?  Penjenayah besar ke?  Ke ni pencuri 4x4 dan export ke Timur temgah?  
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
org kelantan wei
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 08:30 PM | Show all posts
macam serah diri jer,

tinggal ic kat tempat buat jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat bijak ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang bijak penjenayah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ni yg dikatakan.. bodoh punya penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-6-2017 08:25 PM
Kenapa mangkok ni ada dua IC?  Penjenayah besar ke?  Ke ni pencuri 4x4 dan export ke Timur temgah?

Yang tukang fotostat tu lupa nak terbalikkan bhgn belakang tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Balasan on the spot ni.. mana mau letak muka da lepas ni
Ada kawan ppuan I sorang ni..dia accountant.. selalu upload gambar dia p soping kt kehel..pavillion tiap bulan..rupanya curik duit bos dia puluh ribu..lepas tu bila kena tangkap ada orang sebar gambar dia kena gari pakai baju lokap..sedih ja tengok muka dia.. bila check fb dia sempat dah dia deleted
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2017 09:59 PM | Show all posts
nak kelik raya tiket dah abis kot..
lagi pun raya nanti kelik bawa hilux nampak sikit dah jadi have have dok kl
and tertanya juga.. napa ic dia ada dua..
gambar kat ic pun sama..
cuma satu cantik bersih satu tu comot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 10:05 PM | Show all posts
Odyman replied at 4-6-2017 09:11 PM
Yang tukang fotostat tu lupa nak terbalikkan bhgn belakang tu

Ooo. Yeke...  Tq ya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2017 10:08 PM | Show all posts
apa tuduhan ke atas pesalah bersongkok ini..

mencuri, mengugut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2017 10:13 PM | Show all posts
Odyman replied at 4-6-2017 01:11 PM
Yang tukang fotostat tu lupa nak terbalikkan bhgn belakang tu

Itu gambar ic original lah. Bukan gambar ic yang di photostat. Tengok chip tu nampak tak sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.088008 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list