View: 873|Reply: 8
|
[Dunia]
Dunia perlukan 255,000 juruterbang lagi
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Dunia memerlukan tambahan 255,000 juruterbang menjelang 2027 untuk menampung pertumbuhan pantas industri penerbangan komersial peringkat global. Jangkaan itu diterbitkan syarikat latihan juruterbang CAE Inc yang berkata, jumlah juruterbang sedang dilatih ketika ini mungkin tidak mencukupi. Katanya, lebih separuh juruterbang yang diperlukan belum memulakan latihan, sekali gus dijangka menimbulkan masalah ketika industri berdepan peningkatan penumpang trafik udara sekali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang.
"Pertambahan jumlah kapal terbang dan kadar persaraan juruterbang yang tinggi memerlukan 180,000 juruterbang dilatih," kata laporan CAE yang melatih juruterbang untuk syarikat penerbangan di seluruh dunia. Beberapa kesatuan juruterbang di Amerika Syarikat berkata, gaji rendah dan manfaat terhad untuk kedudukan junior menyaksikan ramai generasi muda mengelak karier itu. Katanya, keperluan latihan juga menjadi penghalang kepada bakal juruterbang di Amerika Syarikat. Negara itu adalah satu-satunya di dunia yang memerlukan pembantu juruterbang melepasi 1,500 jam penerbangan, melainkan jika mereka berpengalaman menerbangkan pesawat tentera atau graduan program khas. - Reuters
|
|
|
|
|
|
|
|
Syarat pon macam takmo bagi orang jadi juruterbang kan... Selayaknye lah. |
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi UBER buat UBER flight.. landing semua airport.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya malaysia pilot over supply sebab student pilot lebih ramai daripada peluang pekerjaan.. struggle..
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bkn oversupply...tapi graduate dengan tak cemerlang...wajib la tak diterima bekerja...
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat malaysia 1500 pilot tak dapat job . sebab tu sekolah pilot ada limitation nak buka kelas sebab oversupply buat masa ni..selamat hari raya kentel. kaka demam panas ni 4 hari jalan jauh
|
|
|
|
|
|
|
|
g mane lah jejalan tuh selamat hari raya jugak kaka cili padi
|
|
|
|
|
|
|
|
org kg ak dulu penah bgolak gadai makpak dia nk bg anak masuk kelas pilot2 gini lah..
sampai skg x penah dg plk kije juruterbang hasil bgolok gadai tanah sekangkang kera tu
kesian plk kat makpak tu..
sama ada anak x cemerlang ke ape ke ntah x sure.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|