CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86906|Reply: 2997

[V4] FATTAH AMIN & NUR FAZURA **The final journey of HERO SEORANG CINDERELLA

 Close [Copy link]
Post time 26-6-2017 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 29-6-2017 04:50 AM

SELAMAT DATANG SEMUA KE BENANG "ALL ABOUT FATTAH AMIN & NUR FAZURA”, VOLUME 4 !!!


Minggu ini adalah minggu akhir drama Hero Seorang Cinderella. Adakah Puan Sri Mawar akhirnya akan mendapat balasan? Adakah Medina dan Puteri akan berbaik? Bagaimanapula hubungan Farrizam dan Puteri? Tengku Ian dan Medina? Jangan lupa tontoni episod 21 malam ini jam 10pm di saluran Astro Ria dan Ria HD.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2017 05:46 PM | Show all posts
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI FATTAH DAN FAZURA





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2017 05:46 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 26-6-2017 05:48 PM

FAZURA DAN FATTAH DI HARI RAYA PERTAMA




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2017 05:47 PM | Show all posts




TIADA LAMARAN SYAWAL
Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
Pancaindera, Mingguan Malaysia - 25 Jun 2017


Seorang berhari raya di Kuala Lumpur dan seorang lagi memilih untuk pulang ke Bagan Datoh, Perak, maka Aidilfitri kali ini bukan dengan agenda sedondon 'berduet' , menziarahi keluarga antara satu sama lain.

Sebaliknya, mereka barangkali hanya akan berjumpa semula pada Syawal ketiga atau keempat, bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan ini.

Kala ditanya soal hubungan yang dikatakan sudah ke peringkat berbincang untuk lebih serius hidup bersama, Fazura sudah dapat mengagak dia perlu menjawab soalan itu.
Sambil membetulkan posisi duduknya dalam temubual kami, kata Fazura hal itu masih terlalu jauh dari fikirannya.

"Untuk diri saya, tidak ada apa-apa yang istimewa akan berlaku. Saya sendiri tidak pernah umumkan apa-apa dalam hal ini, maknanya belum bergerak kepada mana-mana fasa yang lebih serius pun. Ia masih terlalu awal untuk ke tahap itu sebenarnya. Walaupun saya tahu ramai yang di luar sana mengharapkan hal yang lebih jauh berlaku, untuk saya biarlah keadaan yang akan menentukan," jelasnya.

Lebih kemas memberikan jawapan berkenaan hubungan dengan Fattah Amin, kata Fazura ada baiknya ia menterjemahkan hubungan itu sebegini - "Kalau hendak kali sedang kenali hati budi dia, itu sangat klise. Lebih mudah dan jujur, kami sedang dalam proses untuk kenal baik dan buruk masing-masing. Juga, belajar menerima kebaikan dan keburukan itu dengan hati yang paling ikhlas dan jujur, itu sahaja," katanya.

Sedari dulu, dia meletakkan diri sebagai seorang wanita yang selayaknya hanya bercakap akan hal-hal yang berada dalam lingkungan peribadi sendiri. Urusan jodoh dan pertemuan, dia bukan ahli bicara, jauh sekali membuat pendedahan melulu.

"Sebagai wanita, selebihnya saya tak boleh cakap apa-apa. Sedari dulu, saya bukan jenis perempuan suka bercakap soal lelaki, dengan siapa saya bercinta dan sebagainya jadi kisah peribadi. Bagi saya, ia tak manis dan tidak molek kerana sebagai perempuan, ada tertib yang perlu dijaga," katanya.

Belum masanya bercakap soal jodoh, kata Fazura dia tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa juga. Tidak juga menaruh harapan kepada hal yang indah-indah sahaja apabila bercakap soal perhubungan dirinya dengan pelakon tersebut.

"Masa shooting Hero Seorang Cinderella (HSC) selama 70 hari lebih, kita bersama-sama sebagai satu pasukan, sudah tentulah kita gembira. Buat banyak benda bersama, setiap hari di lokasi, tetapi selepas shooting berakhir kita pilih jalan sendiri.

"Sebab itu, pada saya kalau hendak cakap pasal jodoh atau apa, kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Esok atau lusa, mungkin kita 'diceritakan' dengan orang lain pula, jadi apa yang boleh dikatakan setakat ini kami happy bersama-sama, saling terima baik dan buruk seadanya.

"Kalau saya cakap okay, mungkin hanya untuk hari ini. Pada kita sudah benar-benar bersedia untuk berkahwin. Tak bermakna orang berkahwin, kita pun perlu berkahwin dan kena ikut. Takkan buat benda ikut apa yang orang buat, sebaliknya lebih baik ikut jalan sendiri dan segalanya tentang kata hati sendiri," katanya.

Tidak, ini bukan bermakna Fattah tidak sempurna di matanya sebagai lelaki, atau tidak boleh dijadikan sebagai calon 'masa depan'.

"Kalau tengok rekod masa lalu, saya sudah biasa dekat dengan lelaki yang usianya jauh lebih muda, termasuklah Fattah. Itu tidak jadi hal bagi saya kerana yang penting personaliti dia. Kalau serasi, okay sahajalah," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2017 05:47 PM | Show all posts


MASA UNTUK JAGA HATI SENDIRI

Langkah yang semakin gagah dalam dunia nyanyian hari ini. Bercerita tentang itu, Fazura punya cita-cita peribadi sejak sekian lama. Bukan sesekali berniat untuk cuba menandingi sesiapa dalam bidang nyanyian, dia melakukannya hanya atas asbab memenuhi mimpi-mimpi peribadi yang tertangguh selama ini.

Lalu, jika sesiapa anggap percaturan Fazura untuk bergelar penyanyi satu kesilapan, anda sebenarnya yang silap. Penuh iltizam dan semangat membara yang tiada kalah, langkah dalam dunia seni seni suara terus ke depan.

September akan jadi saksi, album solo pertama dia akan berada di pasaran, dengan sembilan buah lagu. "Salah satunya adalah lagu dari kumpulan Samsons dan saya sudah ke Jakarta pada 22 Jun lalu untuk sesi rakaman. Sungguh, ia sesuatu yang membuatkan saya uja sekali. Buat rakaman lagu di bulan Ramadhan, itu bukan hal yang memenatkan, sementelah sesi rakaman pada sebelah malam, tak jejas puasa pun," katanya dalam tawa bahagia.

Selepas bernaung di bawah Universal Music, dia semakin positif. Langkah menjadi penyanyi itu sesuatu yang betul dan dia tidak akan pernah kalah dengan kutukan dan kata-kata orang.

"Cakaplah apa sahaja, saya tetap dengan semangat untuk terus bekerja keras gapai apa yang saya hendak dalam hidup. Niat menyanyi sudah lama, sejak kecil, tetapi sudah rezeki dalam lakonan hadir terlebih dahulu, saya ikut saja aturan Tuhan.

Alhamdulillah, Allah macam kejutkan saya dalam hal ini. Dulu, saya tinggalkan banyak perkara, hal-hal berkaitan diri sendiri kerana mengejar cinta dan menjaga hati orang lain. Sibuk hendak kahwin, tetapi akhirnya itu tidak terjadi juga.

"Jadi, selepas ini, saya benar-benar kembali dengan semangat untuk hanya buat kerja, tidak akan boleh duduk diam. Sekarang masa untuk diri saya sendiri, gapai semula apa yang pernah ditinggalkan dahulu, cari balik semua apa yang saya pernah lepaskan.

"Selepas ini tidak akan ada lagi apa juga impian dan keinginan yang tertinggal di belakang, semata-mata kerana mahu menjaga hati orang lain seperti tahun sebelum ini," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2017 05:47 PM | Show all posts


SOALAN CEPUMAS

Kalau esok atau sehari dua ni, si dia dan keluarga datang ke rumah, merisik dan melamar, bagaimana?
“Tidak ada sebarang gambaran pun ke arah tu. Kalau dia ada niat sebegitu, itu dia punya bahagian dan dia ada hak sebagai lelaki dan kami masing-masing solo. Saya percaya, Allah akan membuka pintu hati kita seluas-luasnya, kalau itu adalah jodoh terbaik buat kita.”

Maknanya akan terima?
“Hahaha! Tengok kata hati saya pada tika dan saat itu. Kalau ada, adalah. Kalau sebaliknya, itu bermakna bukanlah. Sesiapa saja calon Allah hadirkan buat saya, insya-Allah, DIA akan bantu saya untuk membuka pintu hati ini seluas-luasnya.”

Apa emak cakap pasal Fattah?
“Mama saya jenis yang sangat faham hal industri, dia tak kisah sebab dah tahu macam mana dunia yang sedang dilalui oleh anaknya ini.”

Hari ini, detik ini, siapa pesaing terdekat seorang Fazura, baik dalam bidang kerja mahupun peribadi?
Macam inilah saya. Sebenarnya, saya tak pernah anggap persaingan itu perlu. Saya tak mahu bersaing dengan sesiapa pun, baik dalam lakonan mahupun kehidupan peribadi. Jikalau orang lain hendak jadikan saya pesaing, itu bukan urusan saya.”

Tetapi, jika ada pihak lain yang letakkan Faz sebagai pesaing kepada si polan, si polan?
“Kalau orang nak banding, itu terpulang. Saya hadir dalam kerja saya bukan dengan niat untuk menyaingi sesiapa. Saya hanya jadi diri sendiri dan hargai bakat semula jadi saya. Di situ kepuasan sebenarnya.”

Bagaimana tangani haters?
“Saya akan tetap bersyukur kalau orang tak suka saya. Itu untuk kita kaji balik, kat mana silap kita dan tangani dengan sabar. Saya percaya, selagi kita tidak ada niat jahat kepada orang, kemenangan akan milik kita juga akhirnya. Prinsip saya mudah, buat baik balas baik, jahat jangan sekali.”

Bagaimana seseorang wanita itu dikatakan sebagai wanita bermaruah?
“Yang punya kerjaya sendiri, tanpa harap duit lelaki, itu wanita yang punya maruah. Allah bagi tenaga, kita bekerjalah sendiri, kuat-kuat. Mewah dan dapat apa yang kita hendak atas usaha sendiri, itu adalah kebahagiaan yang sebenar-benarnya.”

Ditakdirkan kahwin dengan hartawan, kaya-raya masih hendak bekerjakah?
“Ya, itu sudah semestinya. Suami masa depan perlu beri saya peluang untuk terus buat apa yang saya suka untuk buat. Kena bagi saya kerja jugak sebab saya hendak ada kerja, duit sendiri.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2017 05:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2017 05:47 PM | Show all posts
SPECIAL MONTAGE OF FATTAH AND FAZURA BY FASTYLE STUDIO





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey hey hey vol3 dah. Tq  mel
I tinggal jejak dulu ngantuk la kenyang hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:00 PM | Show all posts
check in sis @melnanzz,.
Selamat Hari raya semua fans FA n Faz....
Iols SR sambil kunyah biskut kt opis n layan benang fav iols.


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini dah?kaka br merempan menjawab segala persoalan di rumah 3 !
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
check inn sedih sbb dah pukul 6
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in..Baru jer lepas tgok manisnya cinta di Cappadocia..tgok bnyak2 Kali pun tak bosan..sweet angat..nak last2 tadi Nazmi bgtau ifti beetle yang dier hadiahkan ifti tue farhan yang betulkan..Skang nie ifti berkawan dgn farhan lak...coincidence?? Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih.. Dah minggu akhir hsc.. Kena tggu WT la pulak.. X sabar nk tgk scene peha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hi check in dengan lots of love. thks melz muahhhh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nmi replied at 26-6-2017 06:11 PM
Check in..Baru jer lepas tgok manisnya cinta di Cappadocia..tgok bnyak2 Kali pun tak bosan..sweet an ...

Sweetkan mcdc. Sesuai ngan tajuk dan heroinnya sekali. Yup dialog nazmi kata farhan yg betulkan volkswagen tu. Sebab nazmi ni dalam novel bukan tau sgt pasal volkswagen. Farhan yg byk tolong heols sebenarnya  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in
X sabar nk tgk epi mlm ni.  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk terus ke hati abam abdul fattah...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.414211 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list