CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2795|Reply: 38

[Tempatan] Kos ambik bibik Indon cuma RM15,000

[Copy link]
Post time 27-6-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KHAMIS lalu, pulanglah pembantu rumah yang telah berkhidmat 14 tahun dengan keluarga. Pulang bukan sahaja untuk menyambut Aidilfitri tetapi ke pangkuan keluarganya secara tetap.

Berbeza dengan cerita-cerita sadis pembantu rumah yang sering disensasikan di media Indonesia, bibik saya ini sudah membeli beberapa bidang tanah di kampung halamannya di Malang, Jawa. Balik setahun sekali naik Malaysia Airlines. Pergi balik tiket ditanggung sepenuhnya. Bilik disediakan televisyen skrin pipih. Tidak dibenarkan mencuci kereta.

Sebagaimana perjanjian lisan antara saya dengan pembantu rumah pada hari pertama bertugas dahulu, bahawa dia hanya perlu menjaga anak-anak dengan baik dan setia, dia akan diberi layanan sewajarnya. Tempoh 14 tahun menjadikan dia sebahagian daripada ahli keluarga. Dan ini amat dihargai.

Dia jarang dimarahi walaupun perkakasan elektrik mempunyai jangka hayat yang luar biasa singkat di tangannya. Cuma bulan lalu, dia kena sikit. Itu pun kerana kelekaannya memasukkan jaket ke dalam mesin pembasuh. Tahu jaket apa? Jaket Liverpool.

Saya marah kerana jaket tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam mesin pembasuh dan fakta, jaket itu dibeli era Kenny Dalglish, bermakna ia tidak dijual lagi di pasaran! Dia tahu saya tidak pernah meninggi suara bila dia rosakkan baju kerja. Tetapi ini jaket Liverpool!


Dia memberi notis penamatan kerja kira-kira April lalu (tiada kaitan rosakkan jaket). Sejak itu, kami mula mencari pengganti. Terdapat dua pilihan. Satu secara konvensional, satu lagi tidak berapa konvensional.

Konvensional ialah menerusi agensi pengambilan pekerja asing. Tahu berapa kos yang dikenakan? RM15,000. Ya, saya tidak sebak bibik balik, tapi sebak hendak ambil yang baharu.

Kaedah kedua, adalah 50 peratus daripada harga itu. Menarik, kata saya. Tetapi setelah ditanya lebih lanjut, ada sesuatu yang tidak kena. Bibik masuk dulu, kemudian mendapatkan permit. Tidak betul prosedur ini, kata hati saya. Ejen tersebut tidak tahu saya pernah menjadi pemberita hal-ehwal imigresen zaman Pasukan Petugas Pekerja Asing (PPPA) pada 1990-an.

Pilihan ini pantas saya tolak, walaupun harganya separuh. Bayangkan sesuatu buruk berlaku, misalnya bibik ditahan dan saya dipanggil ke balai. Esoknya terpampang berita `Editor Utusan ditahan kerana melindungi pendatang haram’.

Tidak mengapa, saya rela untuk tidak berani. Lagipun, jika menggunakan khidmat agensi bonafide, bila berlaku sesuatu tidak diingini, kita masih boleh membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa.

Lalu kembali semula sebak, untuk mengumpul dana RM15,000 bukan semudah mengeluarkannya di mesin ATM sebab duit sebesar itu tidak pernah menjelma pada hari gaji. Agensi kata boleh bayar dua kali. Kurang sikit sebak. Tapi mood hendak beraya memang ke laut. Niat hendak beraya ke Kuching, terpaksa dibatalkan.

Bila difikirkan secara analitikal, bagaimanakah yuran pengambilan pembantu rumah boleh mencecah RM15,000 sekarang ini? Nampak jelas tiada siapa hirau. Apakah pihak berwenang merasakan hanya mereka yang kaya-raya sahaja layak mengambil pembantu rumah?

Bagi kelompok `kaya hujung bulan, muflis pertengahan bulan’ seperti saya ini, hendak mencari RM15,000 adalah sesuatu yang amat menghibakan. Ini belum mengira gaji minimum RM900 sebulan kepada bibik yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia. Jika tidak, pegawai kedutaan tidak akan memperbaharui pasport.

Janganlah pantas anda seru agar saya batalkan saja menggaji pembantu rumah. Ini bukan opsyen pintar. Saranan ini tidak berpijak di bumi nyata. Kedua-dua suami isteri perlu keluar mencari nafkah untuk kelangsungan hidup hari ini, apatah lagi tinggal di Selangor yang beg plastik pun kena bayar 20 sen.

Memiliki pembantu rumah sudah menjadi keperluan, terutama bagi keluarga yang masih ada anak yang bersekolah sesi pagi dan petang, iaitu waktu ibu bapa bertugas.

Dalam konteks ini, keengganan pihak berkuasa melakukan apa-apa yang konkrit untuk menurunkan kadar bayaran pengambilan pembantu rumah ke paras di bawah RM10,000 adalah sama sekali bertentangan dengan dasar menggalakkan kaum wanita bekerja.

Dalam konteks ini, keengganan pihak berkuasa melakukan apa-apa yang konkrit  untuk menurunkan kadar bayaran pengambilan pembantu rumah ke paras  di bawah RM10,000 adalah sama sekali bertentangan dengan  dasar menggalakkan kaum wanita bekerja.
Tidak betulkah Merrepak saya ini? Berapa ramai keluarga mudah untuk mencari RM15,000 bagi mengambil pembantu rumah? Sudahlah mahal, kontraknya hanya dua tahun. Jika pembantu rumah itu mahu balik, kena cari RM15,000 lagi sekali.

Jadi bagaimana? Kena suruh isteri berhenti kerja? Dalam keadaan ekonomi sekarang dan pelbagai cukai diperkenalkan, apakah cukup dengan gaji suami seorang? Atau kita rela melihat rakan-rakan makin kerap mengusung anak ke pejabat. Ini bertentangan dengan prosedur pejabat. Tetapi siapa hendak menjaga anak di rumah? Pusat jagaan harian? Anak kecil bolehlah. Tetapi anak umur 10 tahun ke atas?

Bab inilah saya tegaskan, dasar prowanita bekerja sedikit karam bila dasar pembantu rumah asing tidak diambil perhatian sewajarnya, sehingga caj RM15,000 menjadi kadar semasa pasaran. Melampau dan amat menyulitkan.

Tidaklah saya berhasrat merosakkan mood Aidilfitri anda hari ini. Pengunjung yang datang ke rumah, mungkin diberikan pinggan polistrin sebab tiada siapa hendak basuh pinggan. Hidangan air semua jenis air kotak, agar tidak perlu kotorkan gelas. Duit raya jangan merungut jika angpau hanya berisi seringgit. Faham-faham sajalah, sudah bankrap bayar RM15,000.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua pembaca setia Merrepak. Maaf zahir dan batin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2017 01:01 PM | Show all posts
Been with illegal maid for 4 yrs now.......

Aman aman sahaja sejauh ini.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jigglybuffs replied at 27-6-2017 05:01 AM
Been with illegal maid for 4 yrs now.......

Aman aman sahaja sejauh ini.....

Hati2 sis...takut bibik tu ada penyakit kelamin...bibik2 indon ni bekas pelacur pun ada...sila buat medical check up ya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam kos meminang anak dara lepasan ijazah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
klu mampu sediakan rm15000 maknanya dia mampu la tanggung keluarga jika isteri tak bekerja. gaji bulanan bibik tu bagi ke isteri. tapi kalau hidup nak bermewah, tak boleh nak kata apa la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
and zaman ni takde siapa heran dtg beraya guna pinggan polistrin/ kertas. ramai dah biasa. orang riak je sibuk punggah pinggan mangkuk konon nak jaga standard. bila lagi nak tunjuk pinggan mangkuk mahal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm15k tu di rasa murah oleh indon indon caprut....

Sbb tu dorang rela caras laki yg gaji rm5k je tetiap bln mcm trisna buat....blh tanggung famili nya di indon seumur hidup....


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 02:02 PM | Show all posts
15000 kos masuk je, belum gaji bulanan.

RM 15000 ambil bibik indon?  dpt bibit cm fitri kabur barang kemas pengsan sakit jantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Better amik Philippine since diorang rajin & speaking English. Amik Indon kerjanya nak mencuri, lari balik & rampas laki kau Sebab Indon memang Bangsa tak sedar diuntung..klu memasak tu resipi ko lah yg paling sedap...low class sgt food dia. Puii
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
uhuStic replied at 27-6-2017 01:34 PM
klu mampu sediakan rm15000 maknanya dia mampu la tanggung keluarga jika isteri tak bekerja. gaji bul ...

Salah tu...kalo mampu $15k...awat x pinang 1 lg...wat kontrak...jaga anak...     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wang hantaran sekarang paling rendah pun RM10000
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 27-6-2017 02:52 PM
Wang hantaran sekarang paling rendah pun RM10000

Maknyernye ada belen $5k lg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat anak 2 org x pyh maid xpe, suj laki rajin2 kerja rumahr, train anak Dan ahli keluarga kemas rumah, masak sendiri, basuh sendiri, org tempatan pun boleh, atau hidup simple  pinggam alas kertas coklat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat anak 2 org x pyh maid xpe, suj laki rajin2 kerja rumahr, train anak Dan ahli keluarga kemas rumah, masak sendiri, basuh sendiri, org tempatan pun boleh, atau hidup simple  pinggam alas kertas coklat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat anak 2 org x pyh maid xpe, suj laki rajin2 kerja rumahr, train anak Dan ahli keluarga kemas rumah, masak sendiri, basuh sendiri, org tempatan pun boleh, atau hidup simple  pinggam alas kertas coklat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 04:10 PM | Show all posts
Apakah pihak berwenang merasakan hanya mereka yang kaya-raya sahaja layak mengambil pembantu rumah?
rasa nya yer .. sepatut nya yang kaya raya saja layak mengambil pembantu rumah

Tetapi siapa hendak menjaga anak di rumah? Pusat jagaan harian? Anak kecil bolehlah. Tetapi anak umur 10 tahun ke atas?
konsep baby sitter tak menyerlah kat kita d sini. boleh ja upah baby sitter untuk tengok-tengok kan anak.
sebenar nya merengek bukan sebab tak ada yang jaga anak .. tapi memang nak juga konsep maid full package jaga anak , kemas rumah memasak dan sebagai nya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2017 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
uhuStic replied at 27-6-2017 01:34 PM
klu mampu sediakan rm15000 maknanya dia mampu la tanggung keluarga jika isteri tak bekerja. gaji bul ...

Kiranya bini tu taraf2 maid aka hamba bagi ko kan... baguss
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
15k utk bw bibik? Mahalnya. Sah2 la ada pihak2 yg tlbh buat untung ni. Btl la zaman skrg jual org lg untung. Ni lah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 27-6-2017 08:15 AM
Kiranya bini tu taraf2 maid aka hamba bagi ko kan... baguss

ko rasa surirumahtangga tu tahap dorang setaraf hamba ke? ceteknya pemikiran. dlm rumahtangga kna bekerjasama. takde sapa hamba takde sapa raja. kalau dah kos tinggi nak amik maid, kena la berkorban. dorang mampu nak bayar maid maknanya masih mampu la kalau wife tak bekerja. tak payah berlagak macam org kaya duit tak habis nak berorg gaji bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 05:03 PM | Show all posts
uhuStic replied at 27-6-2017 01:34 PM
klu mampu sediakan rm15000 maknanya dia mampu la tanggung keluarga jika isteri tak bekerja. gaji bul ...
dia tak mampu la tu sebab tu meroyan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.464058 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list