CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30488|Reply: 161

[Tempatan] Satu Persatu Francais Terkenal Tutup Cawangan Di Malaysia

[Copy link]
Post time 7-7-2017 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 8-7-2017 09:34 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Makin banyak jenama dan syarikat luar negara yang melabur di negara ini sejak beberapa tahun lalu terpaksa gulung tikar.

Tahun lalu, 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara ditutup, manakala 1,425 pekerja mereka diberhentikan dalam masa enam bulan.

Mungkin fakor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membuat orang ramai lebih berjimat.

Walau apa sahaja alasan dan sebabnya, berikut beberapa francais yang ditutup:

1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong

Restoran dim sum popular ini memiliki dua cawangan di Malaysia, di pusat beli- belah Mid Valley dan 1Utama.

Digelar "restoran berbintang Michelin termurah di dunia", keuntungannya merosot RM895,642 pada tahun lalu.

Namun Tim Ho Wan masih beroperasi di Singapura, Thailand dan Filipina.

2. True Fitness dari Singapura

Pusat kecergasan ini, pada 9 Jun lalu, mengumumkan penutupan operasi di seluruh negara, sehari selepas menghentikan operasi di Thailand.

Dianggarkan 10,000 ahli terjejas ekoran penutupan cawangan di pusat beli-belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza.

Bekas pekerjanya mendakwa majikan gagal membayar komisyen RM66,000. Namun isu itu dilaporkan selesai pada hujung bulan lalu.

Pusat senaman itu masih dibuka di Taiwan dan China. Laman webnya mendakwa keahliannya lebih 200,000 orang.

3. Tous Les Jours dari Korea Selatan

Kedai roti ini, berilhamkan konsep Perancis, tiba-tiba mengumumkan di Facebook penutupan premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Tiada alasan diberikan sehingga mengelirukan pekerja. Ada yang menyangka ia hanya ditutup sementara selama sebulan. Namun sehingga kini ia tidak dibuka.

Ia memiliki empat cawangan sekitar Lembah Klang: Bangsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.

Pemilikinya CJ Foodville mempunyai lebih 1,300 kedai di seluruh dunia, termasuk Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.

4. Pumpkin Patch dari New Zealand

Jenama pakaian kanak-kanak ini menutup premisnya di sini tahun ini, bermula di Mid Valley pada Mac dan terakhir di 1Utama pada Mei.

Syarikat pemiliknya menanggung hutang NZ$80 juta (RM250 juta).

5. Delifrance dari Perancis

Mula beroperasi di Malaysia sejak 1990, dengan 20 cawangan kedai roti dan kafe di seluruh negara.

Pada 2013, ia menjenamakan semula sebagai Delifrance Bistro, namun pada 2016, jenama itu menutup semua operasinya.

Dimiliki syarikat Grands Moulins de Paris, ia memiliki ratusan francais di 20 negara.

6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat

Jenama milik pewaris Hotel Hilton ini mula bertapak di Malaysia sejak 2008 di beberapa premis di Lembah Klang termasuk Pavilion Kuala Lumpur.

Selepas bintangnya mula malap, jenamanya tidak lagi dianggap barangan mewah dan mula dijual di Parkson dan Sogo.

Laman Facebook rasminya berhenti memuat naik promosi barangan terkini pada 2014. Namun barangan itu masih boleh didapati di gedung dalam talian Lazada.

7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan

Restoran barbeku ini kelmarin mengumumkan penutupan operasinya di premis terakhirnya di pusat beli-belah Paradigm, Petaling Jaya.

Bertapak sejak 2012, ia tidak menyatakan sebab penutupannya. Namun restoran itu masih boleh didapati di Seoul, Filipina dan Kanada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 12:44 PM | Show all posts
no 2 and ngan no 4 pumpkin patch tu salah gst ke?
sah sah la global shutdown untuk true fitness ngan pumpkin patch

true fitness
http://www.nationmultimedia.com/news/national/30317657

pumpkin patch
http://www.news.com.au/finance/b ... ad0cbbadc429c271ebd

satu dunia tutup, nak salahkan gst
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 12:47 PM | Show all posts
biasalah bisnes competition..byk lagi brand franchiser baru timbul, latest demand better quality etc..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 12:50 PM | Show all posts
boleh tahan bimbo jua penulis artikel ini. nak kencing acik2 kepam felda pprt bimbo boleh la dek
pumpkin patch, trur fitness itu bukan hanya katup di ibu pertiwi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 12:52 PM | Show all posts
Voyagers replied at 7-7-2017 12:44 PM
no 2 and ngan no 4 pumpkin patch tu salah gst ke?
sah sah la global shutdown untuk true fitne ...

biasa lah batak2 politik ini. takat tulis artikel untuk kencing acik2 kepam bimbo felda pprt boleh la dek....
nak kencing weols2 yang reti membaca memang tak lah dek...
wrong target kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 12:55 PM | Show all posts
Edited by Changa at 7-7-2017 12:57 PM

delifrance itu sebelum GST pun dah sendu teramat...penutupan heshe takde kaitan dengan GST pun, dah business heshe tak boleh nak keep up with current trend kekdahnya...
yang lain2 kedai kpop jah yang hanya di buka di few places....tak semua ummah suka cekik makanan kpop ini, dan kedai kpop bersepah2 baharu buka merata tempat...banyak kompetensi untuk kategori kedai kpop ini.
tim ho wan cater untuk oriental yang makan babi jah dan hanya di buka di certain places.
din tai fung ok jah walaupun cater untuk pemakan babi jua, siap nak buka dint ai fun versi non babi di KLCC, entah dah buka atau belum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2017 12:56 PM | Show all posts
who r yuss.. x glemer pun brand2 nih..paris hilton?? almost expired dah ..zaman2 party girl dah berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 12:57 PM | Show all posts
saladin780 replied at 7-7-2017 12:56 PM
who r yuss.. x glemer pun brand2 nih..paris hilton?? almost expired dah ..zaman2 party girl dah ...

sheols pun dah sejuk beku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 01:02 PM | Show all posts
saladin780 replied at 7-7-2017 12:56 PM
who r yuss.. x glemer pun brand2 nih..paris hilton?? almost expired dah ..zaman2 party girl dah ...

entahnya

tajuk thread francais terkenal

tapi aku tak rasa terkenal pun

tim ho wan tu orang cina malaysia pun tak lalu nak makan. tak kena tekak. overprice macam bulgogi brothers tu juga
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:14 PM | Show all posts
The Nature Republic pun nk tutup. Ada sale tutup kedai.

Yves Rocher tutup kedai. Shower gel best mcm TBS.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:14 PM | Show all posts
patut kt OU tgk dah tutup ramai je org mkn kt situ.
igt renovation rupanya tutup

Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong


ni pun dh tutup lama kt OU
dulo igt dorang pindah lot lain dlm OU

Delifrance dari Perancis



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cash la kedai ni. gaji rm1000 kjer 6 hari smggu rules mcm celaka. pastu korg ckp pkeja pmalas
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:18 PM | Show all posts
Edited by Changa at 7-7-2017 01:22 PM
mixed replied at 7-7-2017 01:14 PM
patut kt OU tgk dah tutup ramai je org mkn kt situ.
igt renovation rupanya tutup

franchise2 oriental ini patah tumbuh hilang berganti sangat....
banyak jah franchise2 yang konon gah do negara oriental baharu buka..
pablo lah, original cake lah.
pablo pun itu takde lah extraordinary sedap ke apa,...sama taraf jah rasa nya dengan hokkaido dan tokyo whatever itu.

yang original cake itu akak nasihat tak payah la gigih beratur nak beli ke apa...hanjeng ok rasanya.
tak sedap langsung so called cake pop heshe itu.
hauk sangat taste oriental ini....cake hauk sebegitu pun menggelupor pop berebut nak beli.

akak gigih beli sekali, makan cubit sikit lepas tu akak biarkan dlm fridge then ujung nya masuk dalam tong sampah jah.
situ jah layak cake heshe yang overrated itu.
so next time kedai2 yang konon pop di negara oriental ini akak enggan terpengaruh dah,,,,,taste mereka tak sesuai dengan taste akak yang lebih ke arah kokesen ini.

tapi bila din tai fung versi non babi buka akak nak try makan sebab dha lama terliur nak makan kat kedai heshe


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:23 PM | Show all posts
Changa replied at 7-7-2017 12:55 PM
delifrance itu sebelum GST pun dah sendu teramat...penutupan heshe takde kaitan dengan GST pun, dah  ...

sekiranya eknomi negara bagus, francais francais ini tidak akan mengalami penutupan
rakyat sekarang hidup susah sangat di bawah pemerintahan barisan nasional
semalam kerajaan naikkan lagi harga minyak
di kala rakyat mengalami kesusahan, kerajaan naikkan harga minyak sesuka hati
selepas itu rakyat tidak memiliki wang lagi untuk berbelanja seperti dahulu
sekarang mahu pergi francais ini, akan dikenakan gst lagi
mana rakyat mahu ambil duit lagi
tidak hairan selepas ini kfc, mcdonald juga akan menutup sebahagian branch mereka kerana rakyat sudah tidak lagi mampu berbelanja seperti dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:26 PM | Show all posts
Voyagers replied at 7-7-2017 01:02 PM
entahnya

tajuk thread francais terkenal

sekarang trend di resto kpop adalah ayam cicah dengan cheese ke apa babi gitu..
so banyak dah kedai2 kpop yang tukar menu offer ayam cicah cheese ini pulek...
nak survive kena la ikut trend kpop terkini la kot??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:27 PM | Show all posts
Changa replied at 7-7-2017 01:18 PM
franchise2 oriental ini patah tumbuh hilang berganti sangat....
banyak jah franchise2 yang konon  ...

nasib baik tak gigih gi beratur jugak...
tengok ramai org share kat socmed best in town lah apa lah...
takut nanti jadik macam hokaido cheese cake tu.. nyesal je beli. tak sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 01:32 PM | Show all posts
Dlm byk tu iol kenal delifrance dgn true fitness je sis...
Delifrance tu pernah mkn 2 kali seumur hidup dan tak sedap...lasagne tu dipanaskn sampai keras kejung....dan roti pun x sesedap mana....iol buat sendiri lg sedap
Seeloknya tutup kalau tak mahu improve quality of the dishes....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 7-7-2017 01:37 PM
Changa replied at 7-7-2017 01:18 PM
franchise2 oriental ini patah tumbuh hilang berganti sangat....
banyak jah franchise2 yang konon  ...


Din Tai Fung itu sedap sangat Xiao Long Bao deyol. Mudahan buka la restoren deyol versi halal then ada Xiao Long Pao halal. Dah lama tak mencekik Xiao Long Bao sejak masuk Islam.  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
shuk_one replied at 7-7-2017 01:27 PM
nasib baik tak gigih gi beratur jugak...
tengok ramai org share kat socmed best in town lah apa l ...

Tak sedap ye Hokaido cheese kek tu? Padahal pemes nak mampus.

Tapi akak suka Hokaiddo cheese tart. Setakat ni suma flavour sedap (ori, coklet, durian).  Brand ni lokal punya kan, takda kaitan dengan Jepon pon.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:45 PM | Show all posts
chazey replied at 7-7-2017 01:35 PM
Din Tai Fung itu sedap sangat Xiao Long Bao deyol. Mudahan buka la restoren deyol versi halal th ...

din tai fung memang nak buka versi non babi di KLCC pun.
tak pasti dah buka ke belum. bulan puasa hari itu belum buka lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.182591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list