CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5046|Reply: 53

[Tempatan] Rekod setakat ni : Kahwin kemudian cerai dalam tempoh 24 jam

[Copy link]
Post time 20-7-2017 01:47 PM | Show all posts |Read mode


       

KUALA TERENGGANU: Bercerai dalam tempoh 24 jam adalah tempoh perkahwinan paling singkat direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST).

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun dikesan paling ramai bercerai dengan kebanyakannya pasangan berkahwin kurang lima tahun.

Beliau berkata, fasa perkahwinan belum matang dalam tempoh lima tahun, menyebabkan ramai pasangan memilih perpisahan sebagai penyelesaian masalah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaksefahaman dan kewangan.

"Pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun itu paling ramai bercerai dengan kadar 19.3 peratus, diikuti pasangan 31 hingga 35 tahun (18.6 peratus) dan 17.2 peratus bagi pasangan berusia antara 21 hingga 25 tahun.

"Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki," katanya.

Wan Mohd Zakri mengakui, ada beberapa kes perceraian yang direkodkan berpunca kerana masalah suami gila seks, selain ketidaksefahaman antara pasangan kerana bekerja syif.

"Memang tidak dinafikan kes ini berlaku tetapi kebanyakannya tidak direkodkan dalam afidavit sokongan, sebaliknya berbangkit ketika soal balas prosiding di hadapan hakim.

"Lebih menyedihkan, ada wanita yang memfailkan perceraian kerana tidak tahan sikap suami yang gila seks sehingga ke tahap mencederakan anggota sulit dan fizikalnya semata-mata mahu membangkitkan syahwat," katanya.

Rekod juga menunjukkan, walaupun pasangan warga emas lazimnya dikaitkan mempunyai persefahaman tinggi kerana tempoh perkongsian hidup yang lama, perceraian dalam kalangan mereka masih berlaku apabila 5.1 peratus pasangan yang bercerai berusia di antara 61 hingga 86 tahun.

Katanya, Terengganu menduduki tangga kelima berbanding 13 negeri lain yang merekodkan kadar perceraian paling tinggi sejak 2015.

"Secara purata, Terengganu merekodkan antara 10,000 hingga 11,000 kadar perkahwinan setiap tahun. Perceraian pula membabitkan lebih 3,000 pasangan setiap tahun," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 01:50 PM | Show all posts
birah nya ummah ganu,.
gatal buret
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:52 PM | Show all posts
Ganas nya orang ganu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang khwin, kau pun nak khwin kan dik
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang khwin sampai 24 jam je tu agak2 apa punca cerai ek?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:11 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 20-7-2017 02:01 PM
Yang khwin sampai 24 jam je tu agak2 apa punca cerai ek?

kusangka dara, rupanya bolos saja dinding itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2017 02:24 PM | Show all posts

terlebih consume budu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
My cousin sorg ada rekod 2 marriages yg cerai less than 6 months. Kalau dia nak kawen kali ke 3, kosser nak jadi rombongan pengantin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh sampai situ aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:44 PM | Show all posts
so, yg kawin tempoh 24 jam tu, ape perkembangan selanjutnya? tajuk kemain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:46 PM | Show all posts
teganu tangga kelima. 4 di atas tu ape?

asal eh, teganu ni asik kerap sgt ckp psl perceraian? ak rse byk thread2 terdahulu asik ckp statistik dna punca.

ke teganu da x de mslh politik utk dibincangkan skg ni hinggakan kes cerai kawin je ade skg?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:48 PM | Show all posts
Changa replied at 20-7-2017 01:50 PM
birah nya ummah ganu,.
gatal buret

faizal senyum sokmo penambah statistik... die sorg dah 3 kali cerai....
dgn menambah statistik penagih dadah lg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 20-7-2017 02:28 PM
My cousin sorg ada rekod 2 marriages yg cerai less than 6 months. Kalau dia nak kawen kali ke 3, kos ...

Birah nya heshe, konsep touch n go kah
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:49 PM | Show all posts
chinta89 replied at 20-7-2017 02:46 PM
teganu tangga kelima. 4 di atas tu ape?

asal eh, teganu ni asik kerap sgt ckp psl perceraian? ak  ...

yela bab politik PAS n UMNO berbaik doh weh
lgpun MB trg yg aku slalu kutuk dulu MB wat keje weh... comel doh kg aku tu skrg.... moden doh gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:50 PM | Show all posts

yg ganas tu ngisap le...... totey letak bearing lg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dinoloveshasha replied at 20-7-2017 02:49 PM
yela bab politik PAS n UMNO berbaik doh weh
lgpun MB trg yg aku slalu kutuk dulu MB wat keje w ...

Mung undi gape.. aku dok tau la ari tu dua2 haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 03:07 PM | Show all posts
Edited by chinta89 at 23-7-2017 09:56 AM
dinoloveshasha replied at 20-7-2017 02:49 PM
yela bab politik PAS n UMNO berbaik doh weh
lgpun MB trg yg aku slalu kutuk dulu MB wat keje w ...

kuat ah projek Ganung Lening..

tgk d FB nk wat Sogo tah Ganung.. pergh...

Menara Darul Iman in the making.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:08 PM | Show all posts
myoujin replied at 20-7-2017 03:02 PM
Mung undi gape.. aku dok tau la ari tu dua2 haha

tgk la nanti...wat menda sama kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:13 PM | Show all posts
chinta89 replied at 20-7-2017 03:07 PM
kuat ah projek Gabung Lening..

tgk d FB nk wat Sogo tah Ganung.. pergh...

takyah doh mari kl nak menyogo kekdahnya
wpun sogo ni sis @Changa kata pprt
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 20-7-2017 03:07 PM
kuat ah projek Gabung Lening..

tgk d FB nk wat Sogo tah Ganung.. pergh...

Alik mana wak sogo? Lening tatau nk shopping mn.x kan maiding kut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.084895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list