Edited by EJALTI at 25-7-2017 11:45 AM
Kecoh di PWTC, Pemuda BERSATU-Umno bertembung
https://www.malaysiakini.com/news/389748
Anne Muhammad Hari ini, 3:39 petang Hari ini, 4:02 petang
Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Umno bagi menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang berbuat demikian oleh Pemuda Umno.
Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan itu.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak di antara mereka.
Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.
Turut kelihatan beberapa anggota polis cuba menghalang dan mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai.
|