CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31622|Reply: 255

[SBS] Temperature of Love - Seo Hyun Jin, Yang Se Jong [Review: dauswq, pg. 11]

  [Copy link]
Post time 26-7-2017 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 26-11-2017 09:45 PM

Seo Hyun Jin & Yang Se Jong sah membintangi drama SBS Temperature of Love
by        daus    ·                            Published July 26, 2017              · Updated July 26, 2017               
                                    



Seo Hyun Jin, ratu komedi romantik tahun 2016, sudah pun mengesahkan akan berlakon dalam SBS Temperature of Love yang dijadualkan menggantikan SBS Falsify.  Drama Temperature of Love berkisarkan mengenai seorang penulis skrip bernama Lee Hyun Soo yang mempunyai hubungan maya (‘online relationship’) baik dengan seorang tak dikenali rupanya yang memasang impian untuk bergelar tukang masak (‘chef’) Perancis terkenal.
Lee Hyun Soo bekerja sebagai pembantu seni selama sepuluh tahun. Disebabkan bosan dengan kerenah di syarikat konglamerat, Lee Hyun Soo berhenti kerja dan memulakan langkah sebagai penulis drama. Dia berkenalan dengan seorang tak dikenali di ruang media sosial.

Manakala, watak tukang masak tersebut, Jeong Seon akan dilakonkan oleh Yang Se Jong, pelakon baru yang menyinar melalui Saimdang. Jeong Seon ialah  seorang pemilik restoren ‘Good Soup’ yang mendapat penghargaan Michelin. Beliau belajar memasak daripada sekolah terkemuka, Le Cordon Bleu di Perancis.

Tidak menyangka Seo Hyun Jin akan bertemu sekali lagi dengan Yang Se Jong setelah bergandingan sama sebagai dr. Yoon Se Jong dan dr. Do Im Bom dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim, kali ini pula sebagai pasangan romantik.  Dapatkah mereka menyambungkan kimia mereka setelah gagal dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim?

Ini merupakan pembabitan pertama Seo Hyun Jin selepas drama SBS Romantic Teachers Kim dan tvN Another Hae Young yang berjaya meraih pencalonan Best Actress 5th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di Baeksang Art Awards 2017. Hubungan mereka akan dijadikan fokus utama drama ini, dan khabarnya drama ini adalah nukilan Ha Myung Hee, penulis drama SBS Doctors. Drama ini akan disiarkan melalui oneHD sebalik saja SBS Fabrication selesai ditayangkan.

Sumber: https://kmania.info/2017/07/26/s ... emperature-of-love/

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2017 05:45 PM | Show all posts
@ichi @wima @idakamaruddin @thafly

acik sewel sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 05:53 PM | Show all posts
bkn ke mamat tu jd adik dia dlm ticer kim hahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yessssss... rindu nak tgk seo hyun jin beraksi.. watak shj nak macam dlm lets eat 2... tazabarr aku.. harap2 terlajak best la hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2017 03:06 PM | Show all posts
adik beradik angkat cerita Teacher Kim jadi lover pulak. Seo Hyun Jin! ingat Kim Jae Wook jadi hero. jadi second lead kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 29-7-2017 03:06 PM
adik beradik angkat cerita Teacher Kim jadi lover pulak. Seo Hyun Jin! ingat Kim Jae Wook jadi hero. ...

Ingat jugak kim jaewook
Nk sgt dia jd lead
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2017 03:24 PM | Show all posts
rei_fiesya replied at 30-7-2017 12:27 PM
Ingat jugak kim jaewook
Nk sgt dia jd lead

kalau Kim Jae Wook hero, haruslah meletop drama ni. dia selalu berlakon second lead je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2017 01:10 AM | Show all posts
SBS Temperature of Love serlahkan wajah berseri Seo Hyun Jin sambil ditemani ‘chef’ kacak
by        daus    ·                            Published August 29, 2017              · Updated August 29, 2017      

Seo Hyun Jin sebagai Lee Hyun Soo.

Selepas sesi pembacaan skrip 4 hari yang lalu, pihak produksi SBS segera mengeluarkan teaser terbaru drama terbitannya, Temperature of Love menampilkan Seo Hyun Jin yang sedang menaip naskahnya di sebuah restoren yang dikendalikan oleh seorang chef dilakonkan Yang Se Jong. Seo Hyun Jin menikmati hidangan sejenis bubur sambil melemparkan senyuman ke arah chef berkenaan.Di sekelilinginya, terdapat pelanggan yang lain sedang memerhatinya secara rapat, iaitu pelakon Kim Jae Wook dan Jo Bo Ah.
Yang Se Jong sebagai Oh Jung Sun.


Drama Temperature of Love berkisarkan mengenai seorang penulis skrip bernama Lee Hyun Soo (“Seo Hyun Jin”) yang mempunyai hubungan maya baik dengan seorang tak dikenali rupanya yang memasang impian untuk bergelar tukang masak Perancis terkenal, (“Yang Se Jong”).

Lee Hyun Soo bekerja sebagai pembantu seni selama sepuluh tahun. Disebabkan bosan dengan kerenah di syarikat konglamerat, Lee Hyun Soo berhenti kerja dan memulakan langkah sebagai penulis drama. Dia berkenalan dengan seorang tak dikenali di ruang media sosial.

Oh Jung Sun ialah  seorang pemilik restoren ‘Good Soup’ yang mendapat penghargaan Michelin. Beliau belajar memasak daripada sekolah terkemuka, Le Cordon Bleu di Perancis.

Ini merupakan penampilan kedua Seo Hyun Jin dan Yang Se Jong setelah bergandingan sama sebagai dr. Yoon Se Jong dan dr. Do Im Bom dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim, kali ini pula sebagai pasangan romantik.  Lakonan Seo Hyun Jin dalam tvN Another Hae Young berjaya meraih pencalonan Best Actress 5th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di Baeksang Art Awards 2017. Kemunculan Seo Hyun Jin sangat dinanti-nantikan peminatnya.

Drama ini adalah hasil nukilan Ha Myung Hee, penulis drama SBS Doctors dan diarahkan oleh PD SBS Jackpot, Nam Gun. Ianya akan disiarkan sebalik saja SBS Falsify selesai ditayangkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2017 09:40 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 30-7-2017 03:24 PM
kalau Kim Jae Wook hero, haruslah meletop drama ni. dia selalu berlakon second lead je

kan? iols harap watak Kim Jae Wook lagi meletop dr hero

tgk teaser dia bakal bawak watak lelaki yang sombong.muka dia kena kot.

iols bakal dapat 2nd hero sindrom


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 09:49 PM | Show all posts
Edited by santubung at 7-9-2017 09:51 PM

baca kat soompi, ramai gak yang dapat 2nd lead sindrom wpun drama x start lagi


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 09:56 PM | Show all posts
wah ... excited nak tgk citer ni






Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 10:02 PM | Show all posts
Edited by santubung at 7-9-2017 10:04 PM

terasa mcm tgk VOICE lak





Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 10:05 PM | Show all posts
lagi





Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:42 AM | Show all posts

bila dia buat muka serious gitu, aura Mo Tae Goo tu mcm kuat je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:42 AM | Show all posts

awat poster Kim Jae Wook je yang bergerak? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:43 AM | Show all posts
santubung replied at 7-9-2017 09:40 PM
kan? iols harap watak Kim Jae Wook lagi meletop dr hero

tgk teaser dia bakal bawak watak lelaki ...

kan? takde pun dapat watak lead, semua second je. sedihnyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 08:55 AM | Show all posts


asal nampak mamat ni mcm Go Kyung Pyo?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 8-9-2017 08:55 AM
asal nampak mamat ni mcm Go Kyung Pyo?

Amboi uols..terbayang2 nampaknya...hihi..

Tp ada la rupa tu sket..maybe sbb rambut tu sama dgn rambut kyung pyo skrg dlm strongest deliveryman tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:14 PM | Show all posts
puas pikir sape kim jae wook siap google

rupanye MTG dlm voice hahaha

dia jd second hero ke? why why?

@santubung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 8-9-2017 12:14 PM
puas pikir sape kim jae wook siap google

rupanye MTG dlm voice hahaha

Motif masing2 tak leh terima? Sian anak emas SBS, yang se jong  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.238972 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list