20 Jul – Dua nama besar industri seni tanah air Afdlin Shauki dan Dato' AC Mizal telah bekerjasama dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen mereka sendiri yang diberi nama Syiok TV baru-baru ini.
Stesen televisyen yang dijangka akan mula bersiaran pada hujung minggu ini akan mempunyai tiga saluran, iaitu komedi, variasi dan inspirasi.
"Kita tahu, ramai artis yang mempunyai idea bernas. Apabila ia disampaikan kepada stesen TV yang akhirnya diangkat hingga berjaya, hak harta intelek (IP) bukan lagi milik artis.
"Karya mereka dibayar secara terus dan artis tidak boleh guna lagi. Kami tidak seperti penyanyi yang mendapat royalti apabila lagu diputarkan," ujarnya Afdlin yang dipetik dari Sinar Harian.
Tambah Afdlin, dia dan sahabat baiknya AC Mizal berbuat demikian kerana mahu membantu dan membela nasib artis-artis ini supaya mereka ini akan terus mendapat pembelaan adil.
Afdlin pada masa sama menafikan dia menubuhkan stesen TV kerana kecewa dengan masalah IP yang berlaku ketika ini, sebaliknya mahu mengubah cara kerja industri yang dilihat hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
"Saya harap usaha kami ini dengan memberikan IP kepada artis itu semula akan diikuti oleh RTM."
Butiran lanjut mengenai stesen TV terbaru ini tidak dapat didedahkan lagi dan hanya akan didedahkan pada pelancaran rasmi kelak.
Dalam pada itu, Syiok TV bukanlah sebuah stesen TV berbayar, tetapi ia adalah percuma kepada seluruh penonton di Malaysia.
Selain menghasilkan karya-karya terbitan Syiok Media Network, mereka juga akan mempunyai dana untuk mana-mana karya yang dirasakan terbaik
Interview
Logo TV
Skrg tgh buat audition mencari host2 program, pembaca berita, pelakon, penyanyi etc..
Post time 27-7-2017 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hebat...eh ni tv online, stesen cm rtm ker atau stesen tv brbayar ker apa ye.
sbb si joe 4u2c tu pun kecoh gak ceo femina channel...tp dr 2011 smpai 2017 senyap..katanya nk buat saluran kena ada 1 year content list...
cuma all the best la ye afdlin..menengokkn track record ackiok ni
I nampak announcement ni kat ig afdlin. Siap ada countdown to the day of announcement, pastu announcement kat ig live lagi. Tapi entah beberapa orang yg tengok
(tapi I sebenarnya minat kat afdlin since soal hati lawak gak)
Post time 27-7-2017 10:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Adoiiii bisnes gelang lingkup, radio online lingkup, ni nk buat stesen tv pulak???!! Kosserrrr tp tetapp lah rambut datin tinted pesen gitu kejung karat dari zaman jual gelang