Biasanya kalau jalan-jalan ke Melaka, antara yang wajib dicuba adalah masakan asam pedas sebab rasanya yang memang istimewa.
Tapi selepas ini tambah lagi satu dalam senarai wajib anda sebab sebuah kedai yang terletak di Masjid Tanah ini memang betul-betul menarik hati.
Bayangkan sotong bersaiz jumbo dihidangkan di atas mi goreng basah, lengkap dengan udang sekali. Tak sempat pelawa orang sebelah, habis licin makan sendiri.
Rasanya yang sempurna membuatkan kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Mungkin anda perlu menunggu lama sedikit, tapi percayalah memang berbaloi.
Harga untuk sepinggan Mi Goreng Sotong Jumbo ini ialah antara RM20-RM25 sepinggan bergantung kepada harga pasaran bahan mentahnya.
Kalau tak suka makan mi, boleh cuba Rojak Sotong Super Jumbo. Sekali kena penangan sotong jumbo, mesti nak ulang banyak kali.
Foto: www.jelajahmaya.com
Warung Hijau Rojak Sotong
Bt 19 3/4 Kg Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad 5ptg – 11mlm (Isnin tutup)
Jom ramai-ramai ke sana, rasa sendiri baru tahu!-CARI |