CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LaksamanaBentan

Sayang sayang sayang: Aliff Aziz pukul isteri tengah pantang. Bukti CCTV post #6

  [Copy link]
Post time 1-8-2017 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
AyamQueen replied at 31-7-2017 11:49 PM
Bella nih sejenis yang 10 tahun lagi, kalau anak dia bergaduh dgn org lain, dia pergi serang bdk tuh ...

Bila me ckp me xsuka jenis bini yg lakinya berskandal bini salhkn org ke 3.org kt sj nk kutuk bela... kt me sokong pencaras..
Siap didoakan laki kita ni berskandal pulak..
Padahal me xsetuju terang2 laki kita salah tpi tetap nk salahkn org luar. Buknnya org ke 3 tu xsalah lnsung tp klu nk back up laki bulat2... Tmbh pulak bila dah havoc gini.. bukn tindakn bijak la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
citey replied at 31-7-2017 11:18 PM
Cara alif hug dia..
nanti dia so small and she look secure in dakapan alif gitu..
tapi tu lah..  ...

Harap2la..

Jgn janji tinggal janji..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
citey replied at 31-7-2017 10:14 PM
Haha mata iols tak pernah nampak pun anzalna classy..
nampak dia KAMPUNG..
cuma dia pandai berga ...

Sebab tu neelofa 2 - anjal 0.
Tah sapa yg bagi skor kat awal thread ni.
Iols setuju
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
virgo19 replied at 31-7-2017 08:49 AM
memang bella pun mengaku dia report polis tu nak dakwa pipah sebenarnya sbb kacau laki dia. agakny ...

So.. bella saman tak fefek? Dia buat laporan polis buat apa kalau tak proceed. Biar future apipah tak berani nk kacau alif.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
KarinaKapur replied at 1-8-2017 01:01 AM
Not bad haa... Boleh p karaoke lg time2 gini.. Baby sapa jaga.. Dah habis pantang ke..

Menyambut kemenangan chuols, harus lah selebret yach, basah lencun netizen dikencing dua ekor nih, anak jaga diri sendiri lah chuols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2017 03:56 AM | Show all posts
Lepas alif mengaku salah dn heret apipah juga, semua org maafkan alif ya. bila lelaki minta maaf dgn isteri dan janji tak kan buat lagi, terus lelaki boya nampak suci gitu? tak kisah la bella tu nk bersama dgn suami die atau tak, nmpk sgt siapa yg mengaku salah dulu, pihak satu lagi nmpak busuk. walhal alif tu mmg dayus dgn tindakan "bergelut" dgn bini dn lari dgn apipah.

Apipah tu tetap salah. malu yg die tanggung perlu setara dgn yg alif tanggung. tapi tgk komen netizen abis kaitkan mak bapak dn bf die. org ckp bf die dayus sbb percayakan die, siap ajak bapak si pipah p kelab dangdut, pertikaikan title prof pd bapak pipah. harap si pipah lps ni berhenti je berlakon, die off comment netizen p serang ig famili die.

sorry, I emo mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 05:47 AM | Show all posts

Alif Aziz mengaku curang

Aliff Mengaku Curang, Tuntut Afifah Juga Mengaku Salah
PENYANYI Aliff Aziz mengakui dirinya bersikap curang terhadap isterinya, Bella Astillah dengan keluar berdua-duaan dengan aktres baharu, Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Khamis lalu.
Aliff mengatakan dia meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas dengan kontroversi tersebut terutamanya kepada isteri dan ahli keluarganya.
Di samping itu, Aliff turut menuntut Afifah untuk memohon maaf dan tidak perlu berdolak-dalik mengenai kontroversi yang melanda mereka.


“Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan.
“Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu,” katanya, memetik mStar Online.
Aliff ditemui pemberita ketika mengadakan sesi sidang media bagi menjawab segala persoalan yang berkaitan kisah kecurangannya dengan adik pelakon Anzalna Nasir itu.
“Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah. Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama Aliff turut menafikan dakwaan mengasari Bella seperti mana yang dilaporkan kebanyakan media sebelum ini.
Menurutnya, kecederaan yang dialami Bella adalah akibat pergelutan yang berlaku di antara mereka. Malah dia langsung tidak berniat untuk mencederakan isterinya itu.
“Saya bukan jenis manusia kaki pukul dan tidak pernah sekali pun memukul siapa-siapa dengan sengaja,” kata aktor dan penyanyi kelahiran Singapura itu.
Khamis lalu, Bella telah ‘menangkap’ Aliff dan Afifah dalam sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.
Susulan pergelutan itu, Bella telah membuat laporan polis dan Aliff kemudiannya ditahan polis dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, Sabtu lalu.
Mengenai penahanannya di lokap, Aliff berkata ia memberi pengajaran yang sangat berguna buat dirinya selain bersyukur isterinya telah menarik balik laporan dan sudi memberi peluang kedua buat dirinya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 05:49 AM | Show all posts

Alif Aziz nak mula hidup baru

Mahu Mula Hidup Baru,Bella Sudah Maafkan Saya
PENYANYI Aliff Aziz menyatakan isterinya, Bella Astillah sudah pun memaafkannya berikutan kontroversi melibatkan rumah tangga mereka.
Aliff juga melahirkan kesyukuran selepas dibebaskan daripada tahanan polis, Sabtu lalu dan berhasrat untuk memulakan hidup baru bersama isteri dan anaknya, Mohamad Ayden Adrean.
“Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.
“Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap.

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.
“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.
“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Kes Aliff-Bella-Afifah menjadi hangat apabila Bella dipercayai ‘menyerang’ suaminya dalam sebuah bilik karaoke bersama pelakon baru, Afifah Nasir di Cheras, Khamis lalu.
Dalam insiden itu, berlaku sedikit pergelutan sehingga Bella tercedera di bahagian muka dan lututnya.
Susulan itu, Aliff telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 2 pagi, Jumaat lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku juga akhirnya. Better tell the truth, than to lie with another lie.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Okla tu at least dia mengaku dari dok dolak dalih. Mintak2 berubahla lepas ni. Kesian bella.

Afifah lak nak konar cemana lagi? Si anzalna mulut longkang tu mintak tolong minta maaf dengan bella ye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:33 AM | Show all posts
Apa2 jelah ko dik.  Buat salah, mintak maaf.  Pas tu wat salah lg, mintak maaf lg

Harap2 lps ni berubahlah. Dah jd laki n bapak org pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengakuan demi nk mintak kesian latewww..serial fuki hunter ni xde maknanya berubah..gud luck lah bella.syg muka comel muda belia tp nk jugak hadap jantan x guna ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:34 AM | Show all posts
Semuga trus berubah ke arah kebaikan. Istiqamahlah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:36 AM | Show all posts
Dah tau salah, selayaknya la mengaku salah.
Engko mengaku salah, minta maaf. Netizen ni kan pemaaf
Jangan jadi macam SY, dah salah masih nak konar baring sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Brapa byk thred kau nk bukak der..masuk skali thred td lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 06:52 AM | Show all posts
Harap memang betul2 insaf lah. Kalau tak, makan hati lagi la nampaknya Bella.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:54 AM | Show all posts
Ala benda sama tt  satukan je la benang
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 1-8-2017 06:36 AM
Dah tau salah, selayaknya la mengaku salah.
Engko mengaku salah, minta maaf. Netizen ni kan pemaaf  ...

SY siap cakap fobia dgn pompuan kau, nk gelak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul syg kat anak n bini tu bawak2lah insaf bebetul..jgn propa aje semata2..
Mmg lah bertepuk sebelah tngan x brbunyi..patut dia yg nak pikir smua tu..yg si afifah apa nk heran katanya..curang n kantoi cam manapun, bf dia setia menunggu kekdahnya walaupun terang2 nmpak berpimpin tngan ke karok tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.259353 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list