CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1084|Reply: 19

Berbalah sesama sendiri kerana dedak UMNO

[Copy link]
Post time 9-8-2017 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Pas berbalah isu terima 'duit Umno'

08 Ogos 2017 | ARIF ATAN



Pas dilihat sedang berbalah ekoran isu penerimaan wang daripada Umno sekali gus menyaksikan wujudnya perpecahan dalam parti itu terutama dalam sayap pemudanya.
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff memberi gambaran presiden parti tersebut menghalalkan duit Umno manakala Zaharudin Muhammad iaitu menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan tuduhan tersebut.
Dakwaan Nurul Islam itu tular di media sosial apabila enam keratan turutan perbualan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu itu dengan individu tertentu di aplikasi Facebook Messenger tersebar.
Beliau berkata, dakwaannya berhubung sikap Abdul Hadi itu boleh disahkan dengan sekumpulan individu yang menziarahi Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia tersebut.
Turut menyertakan foto terdiri daripada 12 individu terbabit dengan majoritinya berkopiah bergambar bersama-sama Abdul Hadi, Nurul Islam menyebut beberapa nama bergelar ustaz sebagai orang yang boleh diminta mengesahkan pendirian pemimpin nombor satu Pas itu.
"Nta (Kamu) tanyalah Ust Muiz dia tanya pasal duit Umno pada TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan tanya apa jawapan TGHH pada dia.
"Kemudian boleh tanya pada Ust Ismi Taib yang ada dalam gambar tu. Pendirian dan pandangan ana (saya) sama seperti jawapan TGHH kepada Ust Muiz," dipetik daripada keratan Facebook Messenger yang tular sejak beberapa hari lalu.
Nurul Islam juga sekali lagi mengulangi pertanyaan sama ada individu yang meminta penjelasanya itu merujuk kepada kedua-dua ustaz tersebut.
"Nta tanya Ust Muiz dah apa soalan dia tanya dan apa jawapan TGHH? Dan dah semak dengan Ust Ismi every word (setiap kata) yang disebut oleh Ust Muiz dan TGHH?
"Apa pandangan nta terhadap jawapan TGHH? Nta jawab dulu yang ni," desak Nurul Islam.
Fitnah yang berat
Bagaimanapun Zaharudin yang juga Ketua Pas Kawasan Subang dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Nurul Islam itu sebagai 'fitnah yang berat terhadap Tuan Guru'.
"Perbuatan ini (dakwaan Abdul Hadi benarkan penerimaan wang daripada Umno) boleh menconteng arang bukan sahaja ke muka TG (Tuan Guru), bahkan kepada Pas secara amnya jika tidak dibendung.
"Saya kenali TG jauh lebih dekat berbanding Nurul Islam. TG seorang yang tegas tentang banyak perkara," tegas Zaharudin dalam satu kenyataan terbuka kelmarin.
Beliau menulis kenyataan itu sebagai menjawab tulisan seorang anggota Pas yang menggunakan nama Abu Ulwan di Facebook.
Menurutnya, beliau telah menghubungi hampir semua mereka yang hadir dalam pertemuan dengan Abdul Hadi itu dan mendapati maklum balas diterima bercanggah dengan dakwaan Nurul Islam.
"Sebab itu saya rasa sangat hairan apabila saudara Nurul Islam boleh mendakwa TG bersetuju mengambil duit daripada Umno di dalam majlis yang dihadiri oleh semua rakan yang saya kenal.
"TG di dalam majlis tersebut empat kali ditanya oleh Ustaz Muiz dan empat kali juga TG menyebut larangan mengambil duit Umno dan menyebut bahawa Pas ada ramai ahli dan penyokong korporat, kenapa mesti daripada Umno?" tulisnya lagi.
Tidak kurang menarik perhatian ramai apabila Nurul Islam menafikan dirinya menerima 'duit Umno' sebanyak RM2 juta yang dianggapnya sebagai fitnah.
Dua kali menulis kata 'terima' duit Umno dengan kesemuanya huruf besar, beliau mengalu-alukan individu yang sedang berhubung dengannya di Facebook Messenger itu mengemukakan laporan tatatertib jika mempunyai bukti berkaitan.
"Kalau nta ada bukti ana TERIMA duit Umno, ana persilakan nta buat laporan disiplin ke atas ana segera," katanya lagi.
Difahamkan, Nurul Islam sebelum ini juga pernah membangkitkan hal sama berhubung pendirian Abdul Hadi yang menghalalkan 'makan' duit Umno bahkan hal tersebut kononnya mendapat 'lampu hijau' daripada Majlis Syura.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2017 09:16 AM | Show all posts
jarum2 halusss umno mula mengena



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
@dodolgemok

Harum2 halus Yahudi kristus laknatullah mula mencucuk kepimpinan pas..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 09:23 AM | Show all posts
kalau tak nak duit umno bg je akak,  pe susah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 01:50 PM | Show all posts
nurul islam ni agen dap - walaun




Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan anuar kata umno bagi kita ambik. Tapi lawan tetap lawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2017 04:05 PM | Show all posts
Err.. agak2 BRIM berapa ramai ek macai PH dah sapu? Rasanya time bagi BRIM, muka2 cina DAP beduyun2 pegi hadap duit UMNO tu.. Kan.. kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 9-8-2017 09:18 AM
@dodolgemok

Harum2 halus Yahudi kristus laknatullah mula mencucuk kepimpinan pas..{:1_532 ...

Selayaknyalah lobai2 bimbo ni di jarum halus kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2017 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 9-8-2017 04:05 PM
Err.. agak2 BRIM berapa ramai ek macai PH dah sapu? Rasanya time bagi BRIM, muka2 cina DAP beduyun2  ...

Hujah walaun PASampah dh sama macam hujah cacai babi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 08:26 PM | Show all posts
kena tahu bezakan antara duit kerajaan dengan duit parti...
seperti pemberian BR1M, itu bukan duit parti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Si Arif Atan ni Pendeta ke?

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 9-8-2017 08:00 PM
Selayaknyalah lobai2 bimbo ni di jarum halus kan.

kalau dap nak haramkan azan di seluruh negara
kau setuju tak

just nak tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 9-8-2017 08:48 PM
kalau dap nak haramkan azan di seluruh negara
kau setuju tak


Kalau dapig nak haramkan azan di seluruh negara, Agong dan sultan2 benarkan ke?

Tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 10:35 PM | Show all posts
duit umno haram lah nak terima
tapi tu kan duit derma pak arab
utk tujuan dakwah islamiyyah

lalalalalalala


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 10:35 PM | Show all posts
duit umno haram lah nak terima
tapi tu kan duit derma pak arab
utk tujuan dakwah islamiyyah

lalalalalalala


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 9-8-2017 08:48 PM
kalau dap nak haramkan azan di seluruh negara
kau setuju tak


Dah terdiam x berani jawab ke sial?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 12:17 PM | Show all posts
Mai youlls join saye di DAFABET! x yah DEPOSIT! Kasi lu FREE RM48 pulak tu~ Alahai jom la main skrg!




Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 10-8-2017 12:07 PM
Dah terdiam x berani jawab ke sial?

kau tak menjawab soalan
lepas tu tanya soalan pula
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 10-8-2017 12:28 PM
kau tak menjawab soalan
lepas tu tanya soalan pula

Aku jawab soalan kau dgan persoalan. X berani jawab kan cacai?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 12:02 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 9-8-2017 04:05 PM
Err.. agak2 BRIM berapa ramai ek macai PH dah sapu? Rasanya time bagi BRIM, muka2 cina DAP beduyun2  ...

Sebilangan masyarakat Cina memang begitu. Kamu boleh lihat di Youtube mengenai perangai pelancong Cina Tanah Utama. Begitu juga di Malaysia. Sehina-hina kerana warna kulit hitam masyarakat saudara Afrika kamu seperti, kami warga Afrika tidak berperangai sedemikian. Kami tidak mahu digelar busuk hanya kerana mahu menunjukkan kebebasan berpolitik kami.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080274 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list