Bukan sahaja makcik-makcik dan remaja yang tergila-gilakan Fattah Amin, budak sekolah pun 'obses' dengan aktor yang bakal membintangi drama Coffee Prince versi Malaysia itu!
Foto: IG Fattah Amin
Malah, kanak-kanak yang baru berusia enam tahun pun sudah mengenali Fattah Amin dan menjadikannya sebagai idola.
Memetik mStar Online, Mohammad Reezqi Rayqal, 6, terlalu meminati Fattah sehingga sanggup meniru gaya aktor terbabit.
Tak cukup dengan itu, sanggup pula kanak-kanak berkenaan merayu ibu bapanya untuk ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu Fattah.
Menurut ibunya iaitu Wan Hanim Wan Muhammad, 38, Reezqi mula 'jatuh hati' pada Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.
"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.
"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca," ujarnya kepada mStar Online.
Foto: mStar Online
Lagi best, adik ini akan memanggil semua lelaki yang dirasakannya kacak sebagai Fattah Amin.
"Kalau berjalan di luar, mana-mana lelaki putih dan kacak dia panggil Fattah,
kadang-kadang kami yang terkejut.
Nama dia pula diminta panggil Tengku Ean
macam dalam drama Hero Seorang Cinderella," ujarnya.
Adoi adik ni, kalah peminat tegar wanita lain. Apa yang ada kat Fattah sampai 'gila' macam tu sekali, dik? - CARI |