View: 6001|Reply: 70
|
[Tempatan]
Tular pisang goreng kapur siling, KKM terima alasan tak munasabah pengilang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kes pisang goreng campur kapur siling yang djual peniaga di Puchong berpunca daripada kesilapan kilang tertukar bungkusan.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, siasatan mendapati hasil siasatan menunjukkan tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan mendapati pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.
“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran.
“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata demikian mengulas isu yang tular di media sosial daripada artikel bertajuk “Rezeki terjejas kerana tular palsu” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian hari ini.
Peniaga yang dijual berdekatan dengan Hospital Columbia Bandar Puteri di Puchong, Selangor didakwa dicampur dengan kapur siling oleh peniaga bagi merangupkan makanan tersebut.
Selain itu, katanya, pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut oleh kerana beroperasi tanpa lesen |
|
|
|
|
|
|
|
Caner ley tertukar? Heran betul |
|
|
|
|
|
|
|
jenama pe? tolol punya wartawan |
|
|
|
|
|
|
|
habis tu barangan letak di rak kedai tu di letak di kategori mana?
kilang ramuan tepung goreng tapi guna bungkus plastik siling?
mcm ni punya soalan pun pegawai lembam KKM tak boleh fikir ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Warga asing berniaga tanpa lesen...naper x gempur? |
|
|
|
|
|
|
|
ai siyesli kenot berain dis
wartawan lapor news tak lengkap & jadi tambah menggelirukan
ko ghaser pembaca semua ada masa untuk sakit kepala?????: |
|
|
|
|
|
|
|
sedihlah baca berita tak habis begini |
|
|
|
|
|
|
|
Beritahu la jenama apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kilang sama ke yg keluarkan kapur siling dan tepung goreng pisang? Pelik betul.
Kalau dah bungkusannya memang betul guna kapur siling, maka janganlah nak salahkan pelanggan pulak bila sebar cerita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
x paham la..
kiranya tepung dbgkua dgn kertas kapur siling so pengguna nampak dia viralkan, gitu?
yg bengap sgt peniaga tu pehal,klu btl dlm kertas kapur siling tu adalah tepung, kau buka la masuk bekas lain,ni mnimbulkan syak wasangka org... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana peniaga tu tau yg pengilang salah bungkus? so boleh confident beli bungkus yg tertulis kapur siling.
pengilang yg sama kelaurkan tepung goreng dgn kapur siling? |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya pembeli tu tau yang dibungkus dalam bungkusan kapur siling tu sebenarnya tepung goreng pisang? |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi dalam hal ini, tiada tindakan tegas dikenakan kepada pengilang, selain dari arahan menarik balik produk dari pasaran?
Pada kita insiden ini dah sama buruk kesannya dengan insiden susu tepung asbestos yang pernah tular di China. Di sana siap masuk mahkamah lagi. Pengilang yang sama acuankah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berapa paham dgn artikel, peniaga Tak salah kan...sbb dia pun Tak tahu dlm tepung rangup yg dia beli tu Ada campuran Kapur siling. Pihak pengeluar tepung goreng tu yg salah sbb tersalah letak Kapur siling.
Kecuali kalau peniaga sendiri yg terang terang letak Kapur siling Kat bancuhan tepung goreng macam gambar Kat atas ni |
|
|
|
|
|
|
|
ak pun x brpe paham ni mak teh..
x psl2 pagi2 dah pening ngn artikel ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|